Monday, November 01, 2010

Mangsa dera seks paderi bantah

VATICAN CITY 31 Okt. - Mangsa-mangsa penderaan seksual paderi dari seluruh dunia, berkumpul di luar Vatican hari ini bagi mengutuk cara Gereja Katolik mengendalikan skandal tersebut, krisis paling buruk sejak beberapa tahun lalu.

Beratus-ratus penunjuk perasaan terdiri daripada mangsa dan keluarga mereka, melancarkan demonstrasi di negara gereja berpengaruh ini, sebelum menyertai satu upacara menyalakan lilin di sebelah malam bagi menyampaikan mesej kepada Vatican.

"Ini bukanlah serangan terhadap kepercayaan atau agama, ia tentang kelakuan dan etika," kata Marco Lodo Rizzini, jurucakap kepada mangsa penderaan seksual kanak-kanak dari Institut Orang Pekak Antonio Provolo, Itali.

Seramai 67 kanak-kanak pekak dan bisu di institut Katolik di bandar Verona, Itali, dilapor menjadi mangsa serangan seksual paderi dan kakitangan bukan paderi antara tahun 1950-an hingga 1980-an.

Dakwaan sama turut dibuat di seluruh Eropah dan Amerika Syarikat (AS), dengan Gereja Katolik dikatakan gagal mengambil langkah tegas dan pantas terhadap paderi-paderi terlibat selain dituduh menyembunyikan masalah tersebut...

Ulasan: Peluk Islam anda lebih selamat. 

No comments: