Friday, November 12, 2010

Kita berisiko tinggi diserang penyakit tak berjangkit

Rakyat berisiko tinggi diserang penyakit tak berjangkit

BALING 11 Nov. - Rakyat negara ini berdepan dengan risiko tinggi menghidap penyakit tidak berjangkit akibat gaya hidup dan amalan pemakanan yang tidak sihat.

Ketua Sektor Bahagian Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr. Omar Mihat berkata, penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, jantung dan stres berada pada tahap serius jika tiada kesedaran bagi membendungnya.

Katanya, ia perlu dibendung dengan amalan kesihatan serta aktiviti sihat. 

"Gaya hidup yang sihat dan amalan pemakanan yang tidak seimbang menyebabkan rakyat Malaysia terdedah kepada penyakit tidak berjangkit ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Program Bersepadu Memperkasa Komuniti (Intervensi NCD) yang dianjurkan Jabatan Kesihatan Negeri Kedah dan Pejabat Kesihatan Daerah Baling di Kampung Keda Bandar, dekat sini hari ini….

Ulasan: Hidupkan budaya hidup sihat.

No comments: