Friday, November 12, 2010

Kontraktor jadi punca masalah

BELURAN 11 Nov. - Beberapa projek pembinaan bangunan sekolah dan rumah guru yang terbengkalai di kawasan luar bandar di daerah ini berpunca daripada pihak kontraktor yang dilantik menyiapkan projek berkenaan. 

Ahli Parlimen Beluran, Datuk Ronald Kiandee berkata, kegagalan kontraktor terbabit menyiapkan projek menyebabkan rakyat di kawasan berkenaan menyalahkan masalah itu berpunca daripada kerajaan dan wakil rakyat.

"Disebabkan kegagalan mereka (kontraktor), rakyat khususnya guru dan pelajar tidak memperoleh manfaat prasarana pendidikan yang disediakan oleh kerajaan," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata demikian semasa mengulas beberapa projek pembinaan bangunan sekolah dan rumah guru di daerah itu antaranya di Kampung Lubang Buaya dan Kampung Tangkarason yang terbengkalai…

Ulasan: Elakkan projek RAKYAT terbengkalai dengan mengikut juruukur bahan terlatih khusus menilai tender dan pentender berdasarkan pengalaman, keupayaan teknikal dan kewangan sesuatu kontraktor tanpa prejudis. Bila syor juruukur bahan tak diikuti oleh Lembaga Tender, biasanya tunggulah masanya projek akan jadi terbengkalai. 

No comments: