Wednesday, December 20, 2006

Dayus jika biar Utusan Melayu dikawal pihak lain

KUALA LUMPUR 19 Dis. – Tindakan membiarkan Utusan Melayu (M) Bhd. dikawal oleh pihak lain melalui cadangan penggabungan dengan The New Straits Times Press (NSTP) boleh dianggap sebagai dayus kerana ia akan menjejaskan budaya dan maruah orang Melayu.
Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, keputusan yang mahu diambil tidak sepatutnya tertumpu kepada soal perniagaan sebaliknya mesti mengambil kira roh perjuangan Utusan Melayu dalam meneguhkan kerajaan, parti dan membangkitkan kesedaran orang Melayu.

Ulasan: Apa guna bersusah payah untuk merdeka tetapi dayus dalam segala hal? Bila yang pokok dan besar pun terlanggar, inikan pula Utusan Melayu yang kecil…

Jangan seronok bila ada isteri cantik dan/atau perempuan cantik dibawah tanggungjawab atau jagaannya tetapi DAYUS menurut pandangan pakar agama…seterusnya sila baca yang berikutnya.

Mengikut tafsiran fuqaha, lelaki yang membenarkan perempuan dibawah tanggungjawab atau jagaannya melakukan maksiat/bergaul bebas, atau memperlihatkan kecantikan mereka kepada lelaki bukan muhram sehingga menggoda hawa nafsu mereka adalah lelaki yang dayus.

Pendayus/lelaki yang dayus akan mendapat balasan di akhirat yakni tidak akan masuk ke syurga dan Allah tidak akan melihat mereka pada hari qiyamat, dan dosanya
setaraf org yg menderhaka kepada kedua ibu bapa (Az-Zahabi, Kitabul Kaba'ir).

Dari Abdullah bin Amr bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: 3 jenis manusia yg Allah haramkan mereka masuk ke jannah yakni peminum khamar, penderhaka kepada ibubapa dan pendayus yang membenarkan ahli keluarganya melakukan maksiat. (Hadith riwayat Imam Ahmad).

Dari Abdullah R.A bahawa baginda S.A.W bersabda: 3 orang tidak akan masuk ke syurga dan Allah tidak akan memandang mereka penderhaka kpd kedua ibubapa, perempuan yang menyerupai lelaki dan pendayus ...(Hadith riwayat Imam Ahmad).

Dari Abdullah dari ayahnya berkata, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: Allah `Azza wa jalla tidak melihat 3 golongan di hari qiyamat iaitu penderhaka kpd kedua ibu bapa, perempuan yang menyerupai lelaki dan pendayus(Hadith riwayat An-Nasaie).

Syarh Sunan An-nasaie: Dayus itu ialah lelaki yang tiada ghirah (perasaan
cemburu) terhadap ahli keluarganya.

Rujukan:
1. Syarah Sunan AN Nasai'e
2. Kitabul Kaba'ir, Az-Zahabi

Dayus menurut ulama' ialah "Seorang lelaki yang lemah perasaan cemburu (sensitif terhadap maksiat), ia membezakan diantara seorang Islam dari yang lain, dari orang kafir dan dayus yang membenarkan kelucahan dan perkara yang tidak
bermoral keatas keluarganya"

Imam Al-Zahabi didalam bab "membenarkan kelucahan keatas ahli keluarganya" mengkelaskan dayus sebagai salah satu dari dosa-dosa besar.
Membenarkan ahli keluarga melakukan maksiat, misalnya tidak menutup aurat, melakukan zina, menonton filem lucah dan sebagainya adalah merupakan sifat-sifat orang dayus. Dengan kata lain, dia langsung tidak mempunyai perasaan
cemburu keatas ahli keluarganya diatas maksiat yang mereka lakukan.

Dari Abu Hurairah ra., sabda Nabi saw : Sesungguhnya Allah cemburu dan orang mukmin juga cemburu, sesungguhnya cemburu Allah didatangkan kepada orang mukmin dengan apa yang diharamkan keatasnya" - [hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim]

Orang yang tidak ada perasaan cemburu keatas apa yang Allah larang keatas orang dibawah jagaannya dikatakan seorang yg dayus. Mereka disifatkan tidak mempunyai perasaan sensitive langsung dengan hukum-hukum moral dalam syariat Islam yg seharusnya dijaga keatas ahli-keluarganya.

Jangan jadi DAYUS.

Ihsan tabirhati http://s7.invisionfree.com/Kampung/ar/t2103.htm

No comments: