Monday, December 11, 2006

Jangan terima tawaran Singapura

JOHOR BAHRU 10 Dis. – Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Shahrir Abdul Samad meminta kerajaan negeri menolak sebarang usaha oleh syarikat milik kerajaan Singapura (GLC Singapura) untuk membeli ekuiti dalam projek monorel yang akan dilaksanakan di bandar raya ini bernilai RM3 billion.
Katanya, Jalur Mudra Sdn. Bhd. (JMSB), syarikat tempatan yang telah diberikan kebenaran untuk menyiapkan projek tersebut, tidak harus memberi ruang kepada mana-mana GLC Singapura menyertai projek yang dikendalikannya.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai minat sebuah syarikat Singapura, SMRT Corporation (SMRT) untuk menyertai projek tersebut.
SMRT ialah syarikat pengendali pengangkutan awam Singapura yang mana 55 peratus sahamnya dimiliki oleh cabang pelaburan kerajaan Singapura, Temasek Holdings.
Katanya, cadangan pelaksanaan projek kereta api laju oleh YTL Corporation juga tidak sepatutnya melibatkan Singapura.

Ulasan: Berhati-hatilah mereka akan cuba melalui pelbagai cara untuk menyertai projek tersebut. Kita tunggu dan lihat. Terpulang kepada kerajaan Johor dan kerajaan Malaysia untuk menjaga maruah.
Cadangan pelaksanaan projek kereta api laju oleh YTL Corporation nampaknya baik tapi apa kesan negatif kepada KTMB? Semoga pemimpin Islam selamanya sentiasa bersifat fatonah (bijaksana) seperti Rasulullah s.a.w. bila menghadapi kaum kafir.

No comments: