JAKARTA 10 Dis. – UMNO tetap akan mempertahankan keunggulan dan sejarah kegemilangan Utusan Malaysia sebagai lidah perjuangan orang Melayu dan dalam masa yang sama mahu Kumpulan Utusan mampu bersaing dengan syarikat media lain.
Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, oleh itu kepimpinan UMNO sedang mencari beberapa pendekatan untuk ‘mempertahankan’ kredibiliti akhbar Utusan Malaysia supaya nilai sejarah perjuangannya tidak diketepikan.
Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan demikian kepada wartawan Malaysia di sini semalam ketika ditanya usaha untuk menggabungkan Utusan dan NSTP bagi menjadi satu entiti syarikat media terbesar.
Ulasan: Apakah terjadi lagi ular telan naga? Cerita sensasi ular telan naga bila Bank Bumiputra (ditubuhkan hasil Kongres Ekonomi Bumiputera khusus untuk. membantu bumiputera) jadi Bank Bumiputra-Commerce. Sekarang Bank Bumiputra dan Bank Commerce itu terus hilang menjadi Bank CIMB.
Khabarnya sebilangan besar pengurusan dan pengurus professional Melayu yang asalnya dari Bank Bumiputra, kemudian jadi Bank Bumiputra-Commerce dan sekarang, majoritinya diganti oleh mereka yang Bukan Melayu, dibawah Kumpulan CIMB, terutama selepas Southern Bank Bhd dibawa masuk kedalam kumpulan kewangan tersebut.
Semua berlaku depan mata kita sewaktu UMNO berkuasa mutlak sejak dari merdeka.
Sayangnya, Bangsa Melayu di dagang bukan di perjuangkan. Patutlah UMNO anggap 6o tahun tak cukup untuk perjuangan Melayu…
No comments:
Post a Comment