KUALA LUMPUR 12 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tindakan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail menutup kes rasuah yang melibatkan Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Mohd. Johari Baharum dibuat setelah siasatan penuh dijalankan. Tegas Timbalan Perdana Menteri, dalam kes tersebut sudah tentu Abdul Gani berpuas hati bahawa tiada pendakwaan yang perlu diambil oleh Jabatan Peguam Negara terhadap timbalan menteri terbabit.
Ulasan: Tutup kes arahan Peguam Negara. Atau mahkamah buang kes kerana pendakwa gagal membuktikan kes. Senang saja peperangan rasuah gaya UMNO. Penjenayah biarkan bebas. BPR lebih baik di bawah Parlimen bukan di bawah PM. Bersama-sama kita menjauhi rasuah kerana RASUAH ADALAH HARAM.
Pemimpin sokong Umno perlu tegas tangani cabaran
KUALA LUMPUR: Beberapa pemimpin Umno bersependapat dengan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob supaya pemimpin Umno tegas dalam mendepani isu sensitif yang mencabar orang Melayu bagi mengelak parti pembangkang dan ahli komponen Barisan Nasional (BN) mengambil kesempatan daripada sikap ‘berlembut’ yang ditunjukkan.
Bekas Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub, berkata sudah sampai masa orang Melayu perlu bertegas berikutan sejak kebelakangan ini, semakin banyak pihak cuba mempertikai dan menyentuh soal keistimewaan orang Melayu.
Ulasan: Setelah 50 tahun berlembut, baru terfikir untuk tegas semula? Apakah UMNO merayu rakyat supaya tak serik-serik memilih lagi UMNO? Apakah UMNO hendakkan 50 tahun lagi untuk membebaskan bangsa Melayu walaupun sudah tidak punya apa-apa kerana sikap UMNO selama ini.
Campur tangan politik DAP dibidas
PUTRAJAYA: Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam membidas campur tangan politik DAP dalam soal disiplin di sekolah hanya untuk kes tertentu dan tidak pernah mengambil tahu kes yang membabitkan kematian seorang pelajar Melayu di Ampangan, Seremban pada 2005.
Ulasan: Menteri tidak perlu bidas DAP mengenai pembelaannya kepada bangsa tertentu di Malaysia kerana mungkin itu cara DAP bekerja. Sebagai menteri adalah lebih prihatin kita meliputi semua rakyat tak mengira bangsa (dan parti apa jua pun).
Tetapi adakah semua pemimpin UMNO pernah mengambil tahu kes yang membabitkan kematian seorang pelajar Melayu di Ampangan, Seremban pada 2005? Berapa ramai pemimpin UMNO yang ambil berat tentang rakyat Melayu yang: papa kedana, terlibat dengan maksiat, dadah dsbnya dan betul-betul berbuat sesuatu untuk menanganinya? Atau pemimpin politik UMNO asyik memikirkan harta kekayaan?
No comments:
Post a Comment