Tuesday, July 31, 2007

Desak Abe letak jawatan

TOKYO 30 Julai – Beberapa akhbar Jepun hari ini menuntut Perdana Menteri, Shinzo Abe meletakkan jawatan kerana pengundi telah menolak agenda beliau selepas parti pemerintah kalah teruk dalam pilihan raya Parlimen semalam. Pemimpin konservatif itu sebaliknya enggan berbuat demikian dengan berkata, beliau percaya pengundi masih menyokong agendanya walaupun kekalahan semalam membolehkan pembangkang menguasai dewan tinggi Parlimen...(UM, 31/7/07).

Ulasan: Rakyat hakim negara. Rakyat berkuasa memilih kerajaan yang baik sekiranya rakyat pandai memilih dan tidak di rasuah untuk memilih kerajaan yang korup.

Musa tunggu laporan BPR pegawai kanan polis rasuah

KUALA LUMPUR 30 Julai – Polis tidak menerima sebarang laporan daripada Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung dakwaan seorang pegawai kanan polis di Bukit Aman disyaki menyalahgunakan kuasa serta gagal mengisytiharkan harta bernilai kira-kira RM27 juta. Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, polis juga tidak mengambil sebarang tindakan atas dakwaan itu kerana jika dakwaan tersebut benar, BPR adalah agensi yang perlu menjalankan siasatan terlebih dahulu...(UM, 31/7/07).

Ulasan: Kalau BPR mempunyai kuasa mutlak menyiasat (tidak di bawah Perdana Menteri) dan membawa ke mahkamah tanpa melalui Peguam Negara alangkah baiknya...

Mohamed Haneef akan saman kerajaan Australia

BRISBANE 30 Julai – Peguam bagi doktor India yang dibebaskan daripada tuduhan keganasan di Australia membayangkan kemungkinan anak guamnya itu akan memfailkan saman terhadap kerajaan Australia. Peguam Peter Russo juga berkata hari ini, Mohamed Haneef masih merancang untuk mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan pada 8 Ogos ini terhadap keputusan Menteri Imigresen yang membatalkan visanya.
Haneef, 27, ditemukan semula dengan isteri dan anak perempuannya yang baru lahir di bandar kelahirannya di Bangalore, India semalam selepas hampir sebulan dipenjarakan di Australia kerana disyaki menyokong komplot serangan bom di London dan Glasgow, Scotland pada bulan lalu...(UM, 31/7/07).

Ulasan: Kita tidak pernah di didik untuk mendatangkan bencana kepada orang lain. Tetapi sikap Barat untuk sentiasa menguasai bumi menyebabkan hak orang lain di ketepikan dan di hina dan ini mengundang pelbagai masalah. 

Musa dakwa difitnah 'orang dalam'
KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan percaya ada pegawai dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) cuba menjatuhkannya dengan menuduh beliau terbabit dalam rasuah, menyalahgunakan kuasa dan bersekongkol dengan penjenayah...(BH, 31/7/07).

Ulasan: Bila hati kita tidak mampu di kawal, akan keluar segala yang sifat manusia yang kotor contohnya hasad, menjatuhkan kawan dll. Kena banyak baca amalkan artikel AA Gym mengenai manajemen hati....

Surat berisi peluru cuba dihantar kepada KPN

BINTULU: Kakitangan Pos Malaysia Bhd di sini menemui dua surat masing-masing mengandungi peluru dan ugutan yang dialamatkan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan serta Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Bintulu, pagi semalam. Surat ugutan dan peluru yang dihantar itu dipercayai ugutan kumpulan gengster terhadap polis dan Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing berikutan Ops Cantas Kenyalang yang dilancar empat bulan lalu...BH, 31/7/07).

Ulasan: Siapa kawal siapa? Apakah hidup ini kalau tunduk kepada ahli maksiat dan penjenayah? Berani kerana benar. Biar mati berprinsip.

Pervez Musharraf lepas tampuk tentera Pakistan
ISLAMABAD: Presiden Pakistan, Pervez Musharraf akan mengundurkan diri daripada jawatan tertinggi tentera bagi memberi laluan kepada perjanjian yang dicapainya dengan bekas Perdana Menteri, Benazir Bhutto selepas kedua mereka mengadakan pertemuan di Abu Dhabi minggu lalu, kata seorang menteri semalam...(BH, 31/7/07).

Ulasan: Adakah umat dan agama akan mendapat manfaat dari persengkololan dua orang ini? Rakyat perlu membuat tindakan yang proaktif, jangan hanya tunggu...

No comments: