JOHOR BAHRU: Kain alas meja dibakar, peralatan dirosakkan dan isi perut babi diletakkan di lokasi sekatan antara gangguan yang diterima Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sepanjang enam hari Ops Tutup yang bermula 23 Julai lalu.
Pengarah JPJ Johor, Rosli Ramli, berkata pada Rabu lalu, kain alas meja di sekatan jalan raya di Parit Bunga, Muar, dibakar manakala pada Khamis lalu, khemah dan peralatan JPJ dirosakkan di Simpang Renggam dan Tanjung Labuh, Batu Pahat…(BH, 30/7/07).
Ulasan: Selama ini tiada masalah dengan operasi JPJ...ada apa-apa ke?
Biar mati daripada negara di permainkan oleh towkay yang mempermainkan undang-undang. Jangan redha dengan rezeki haram.
UMNO perlu amalkan 4M – Najib
PEKAN 29 Julai – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menggariskan empat prinsip yang dipanggil 4M sebagai panduan kepada semua ahli UMNO di seluruh negara untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Empat prinsip tersebut ialah merapatkan barisan, menambah bilangan ahli, mesra rakyat dan menyelesaikan masalah rakyat…(UM, 30/7/07).
Ulasan: Apakah sudah bertaubat daripada MERASUAH pengundi supaya mengundi BN/UMNO seperti amalan dalam pilihan raya yang sebelum ini?
Israel: Bekalan tentera AS naik 25%
BAITULMAQDIS 29 Julai – Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert hari ini berkata, Amerika Syarikat (AS) bersetuju meningkatkan bantuan pertahanan dan ketenteraan negara itu sebanyak 25 peratus, menjadikan jumlahnya RM102 bilion (AS$30 bilion) untuk 10 tahun akan datang. “Dalam mesyuarat terakhir saya dengan Presiden AS George W. Bush, kami bersetuju dengan bantuan sebanyak AS$30 bilion untuk 10 tahun akan datang, bermakna lebih tiga bilion setiap tahun bermula tahun depan,” katanya pada permulaan mesyuarat Kabinet minggu ini…(UM, 30/7/07).
Ulasan: Kasihan kepada rakyat AS terpaksa menyokong kerajaan haram Israel yang menduduki negara Palestin. Inilah nasib ramai rakyat terpelajar di permainkan oleh pemimpin politik yang di perkudakan oleh orang Yahudi yang berfahaman Zionist.
Bulgaria ‘khianat’, Libya minta bantuan luar
TRIPOLI 29 Julai – Libya akan meminta sokongan Liga Arab, Kesatuan Eropah (EU) dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dalam perbalahan dengan Bulgaria berhubung “pengkhianatannya” ekoran tindakan negara itu memberi pengampunan kepada enam kakitangan perubatan yang dihukum penjara dalam kes kanak-kanak dijangkiti HIV.
Menteri Luar, Abdel Rahman Shalgham semalam mengutuk pengampunan yang diberikan oleh Presiden Bulgaria itu sebagai “pengkhinatan” dan tindakan menyalahi undang-undang. Mereka berenam telah dipindahkan ke Bulgaria dari Libya, Selasa lalu.
“Tahanan sepatutnya ditahan setibanya mereka (di Sofia) dan bukan dibebaskan dengan cara diraikan dan bertentangan dengan undang- undang,” kata Abdel Rahman kepada wartawan di Tripoli.…(UM, 30/7/07).
Ulasan: Silapnya kita kerana takutkan dan terlalu percayakan orang kafir.
Kementerian mahu rombak garis panduan, mudahkan tangani disiplin pelajar
KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran mengkaji kemungkinan mengembalikan kuasa guru dalam mendisiplinkan pelajar, termasuk merotan di khalayak ramai, bagi memastikan pendidik dapat menjalankan tanggungjawab itu dengan lebih tegas dan berkesan. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, berkata garis panduan sedia ada perlu dikaji semula supaya masalah sosial di kalangan pelajar dapat dikawal dengan kaedah pendisiplinan yang tidak terlalu terikat dengan pelbagai peraturan…(BH, 30/7/07).
Ulasan: Cukuplah pelajar dan bekas pelajar menjadi rosak akhlak kerana rotan di buang dari guru. Cuma perhatikan supaya guru tidak mengikut hati semasa menghukum. Hukum boleh tapi jangan mendera.
Hanya 13,000 kontraktor kelas F aktif
IPOH: Kementerian Kerjaraya mendapati kurang 13,000 daripada hampir kira-kira 40,000 kontraktor Kelas F berdaftar yang benar-benar aktif dan layak mendapat kontrak.
Timbalan Menterinya, Datuk Mohd Zin Mohamad berkata, masalah itu berlaku disebabkan ada keluarga Bumiputera mempunyai sehingga lima lesen kontraktor Kelas F dan berkongsi alamat sama. “Tindakan mendaftar syarikat kontraktor kelas F untuk sebanyak mungkin ahli keluarga menyebabkan sebahagian besar lesen kontraktor berkenaan tidak aktif…(BH, 30/7/07).
Ulasan: Pastikan kontraktor kelas F di naikkan kelas selepas beberapa tahun (contoh 4 tahun) untuk mengelakkan sampai tua pun duduk dalam kelas F juga.
Pegawai bertindak 'pelindung'
KUALA LUMPUR: Seorang pegawai kanan polis disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR) atas dakwaan gagal mengisytiharkan harta bernilai kira-kira RM27 juta, didakwa memainkan peranan sebagai ‘pelindung’ kepada sebuah syarikat perladangan di Sabah …(BH, 30/7/07).
Ulasan: Seronoklah berlakon di depan rakyat. Amboi pegawai kanan polis ada harta sampai RM27 juta… Pastikan rezeki adalah halal.
Mayat dalam peti sejuk
KUALA LUMPUR: Seorang pembeli rumah terkejut selepas mendapati kondominium yang baru dibelinya di Kondominium Bayu, Mont Kiara, di sini, menyimpan rangka manusia dipercayai mangsa bunuh tiga bulan lalu…(BH, 30/7/07).
Ulasan: Semakin lama Malaysia merdeka semakin banyak jenayah dan maksiat. Merdekakah kita?
Pengendali blog ditaja organisasi luar
PETALING JAYA: Pengendali dan penulis blog dibiaya organisasi luar negara hingga mencecah RM100,000 sebulan, kata Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib. Beliau berkata, organisasi berkenaan menaja mereka dan membenarkan laman mereka menyiarkan pelbagai perkara sensitif oleh penulis blog tempatan dan luar negara…(BH, 30/7/07).
Ulasan: Seolah-olah orang luar tidak tahu menulis.
Seolah-olah penulis bebas di luar UMNO tidak sayangkan negara yang adil dan sejahtera.
2 polis cedera bergelut dengan penyamun
PONTIAN: Polis mengepung sebuah rumah sebelum menahan tiga lelaki yang memecah masuk satu kediaman di Batu 24, Pekan Nanas, dekat sini, awal pagi semalam…(BH, 30/7/07).
Ulasan: Kita bangga kerana mempunyai pegawai polis yang cepat bertindak untuk kebaikan rakyat.
No comments:
Post a Comment