Tuesday, July 10, 2007

Projek paip minyak Kedah ke Kelantan sukar, babitkan kos tinggi

KUALA LUMPUR 9 Julai – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, pembinaan saluran paip bagi menyalurkan minyak dari utara ke Pantai Timur Semenanjung dijangka sukar kerana ia merentas banjaran gunung dan melibatkan kos yang tinggi.
Sehubungan itu, kata Perdana Menteri, beberapa syarikat yang mengemukakan cadangan kepada kerajaan untuk membina saluran paip itu perlu meneliti pelbagai perkara sebelum memulakan projek tersebut.

Ulasan: Sukar itu masalah yang perlu di selesaikan oleh perunding dan kontraktor dan kos yang tinggi adalah masalah klien. Sepanjang yang kita tahu, projek pembinaan saluran paip bagi menyalurkan minyak dari utara ke Pantai Timur Semenanjung itu itu bukan projek kerajaan. Atau tiba-tiba kerajaan pun mahu tumpang sekaki atau memberikan projek kepada kroni dan anak-anak. Kerajaan sila pastikan projek tersebut melepasi EIA.

Siar gambar palsu Najib, Altantuya kena tindakan
KUALA LUMPUR 9 Julai – Pengendali laman blog yang menyiarkan gambar palsu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sedang makan bersama Altantuya Shaariibuu boleh didenda RM50,000 atau penjara.
Pengarah Komunikasi Korporat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Adelina Iskandar berkata, hukuman tersebut diperuntukan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

Ulasan: Apakah undang-undang di wujudkan untuk manfaat pemimpin sahaja? Macam mana rakyat yang tertindas?

Air terjun Kampung Perlis dibersih
PULAU PINANG 9 Julai – Sehari selepas ditegur Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang tidak berpuas hati dengan keadaan air terjun Kampung Perlis, Bayan Lepas di sini, kerja membersih dan mengorek semula pasir yang memenuhi kolam takungan air terjun itu bermula hari ini.

Ulasan: Lagi sekali air terjun Kampung Perlis menjadi sensasi. Tak cukupkah dengan sekali PM tegur? PM bukan saja menjaga air terjun Kampung Perlis tetapi juga semua air terjun di negara ini di samping menjaga negara supaya taat kepada Allah dan di dalam redhaNya.


Lelaki ulang-alik 150km sehari maut dirempuh kereta
ALOR STAR 9 Julai – Seorang lelaki yang berulang-alik 150 kilometer setiap hari menunggang motosikal ke tempat kerja, maut apabila terlibat dalam kemalangan ngeri di Kilometer 65.8, Lebuh Raya Utara-Selatan, berhampiran Hentian Rawat dan Rehat Kobah, dekat sini pagi ini. Kemalangan berlaku kira-kira pukul 7.45 pagi ketika mangsa, Abdul Halim Sulaiman, 42, yang tinggal di Kampung Setoi, Kuala Ketil, Baling dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) cawangan Pendang, dekat sini.


Ulasan: Semoga Allah menerima ruhnya di kalangan orang beriman. Setiap hari berlalu bermakna kita semakin hampir dengan kematian kita. Cuma kita yang tidak sedar kerana sibuk dengan mengejar dunia.


Tuntutan sivil RM5.2 bilion terhadap bekas Presiden Suharto
JAKARTA 9 Julai – Pendakwa raya Indonesia hari ini memfailkan tuntutan sivil terhadap bekas Presiden Suharto bagi menuntut kira-kira RM5.2 bilion (AS$1.54 bilion) sebagai ganti rugi dan dana-dana milik kerajaan yang didakwa dicuri ketika tempoh pemerintahan beliau selama 32 tahun. Pendakwa raya Dachamer Munthe berkata, kes tersebut telah difailkan di Mahkamah Daerah Selatan Jakarta. “Ini bukanlah kes jenayah rasuah tetapi merupakan tuntutan sivil. “Kami hanya mahu wang itu dikembalikan kerana ia akan dapat digunakan untuk membangunkan negara,” kata Dachamer.
Dokumen mahkamah menunjukkan pendakwa raya menuntut Suharto membayar balik RM1.5 bilion (AS$441 juta) yang didakwa dicuri dan RM3.78 bilion (AS$1.1 bilion) lagi sebagai ganti rugi.

Ulasan: Rupa-rupanya pemimpin negara pun boleh di dakwa mencuri wang kerajaan (rakyat). Kalau mencuri satu biji telur ayam ada hukuman tertentu, inikan pula mencuri wang rakyat. Selamat berlaku adil kepada semua.


Makin ramai remaja terbabit kes rogol
KUALA PILAH: Pembabitan remaja dalam jenayah rogol semakin membimbangkan dengan 96 kes dilaporkan berlaku sepanjang tahun lalu.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Najib Abd Aziz, berkata statistik itu menunjukkan jenayah rogol membabitkan remaja adalah jenayah kekerasan kedua tertinggi selepas pergaduhan sebanyak 106 kes.

Ulasan: Pemimpin semua peringkat di negara kita kena fikir kenapa ramai remaja terbabit kes rogol? Itu belum lagi yang terlibat dalam zina dan membuang/membunuh bayi secara haram. 

Sepatutnya kerajaan pastikan semua lorong (jalan atau pun lebuh raya) kearah yang menuju kepada zina (sukarela atau pun di paksa iaitu rogol) di tutup. Jangan hanya bercakap macam ahli politik pembangkang, kerajaan sepatutnya gunakan kuasa pemerintahan untuk bertindak mengembalikan keamanan negara.

Along guna alamat palsu sukar kena tindakan
KEMENTERIAN Perumahan dan Kerajaan Tempatan sukar mengambil tindakan terhadap ceti haram atau along yang dikesan menggunakan alamat palsu, syarikat tidak didaftarkan selain nombor sukar dihubungi, kata Setiausaha Parlimen kementerian, Dr S Subramaniam…

Ulasan: Khabarnya PDRM hebat boleh menyelesaikan kes-kes yang hebat.. Gunakan kehebatan untuk menggempur penjenayah. Tiada guna dan tiada berfaedah menunjukkan kehebatan kepada rakyat.

Elak bergantung pekerja asing
KUALA LUMPUR: Pengusaha tempatan termasuk peladang dan pengusaha industri diminta tidak terlalu bergantung kepada pekerja asing bagi mengurangkan kadar jenayah membabitkan kumpulan berkenaan.
Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Fu Ah Kiow berkata, sehingga kini hampir dua juta pekerja asing berada di negara ini dan kehadiran mereka akan menyukarkan pihak berkuasa untuk memantaunya.

Ulasan: Bila sudah ramai pekerja asing akan mendatangkan masalah terutama dari sudut social dan jenayah. Yang rugi dalam semua aspek ialah rakyat.

Helah baru pembalak haram mesti disekat: Azmi
KUALA LUMPUR: Agensi penguat kuasa Jabatan Perhutanan di setiap negeri diminta meningkatkan tahap kecekapan, selain lebih berwaspada dalam menangani masalah pembalakan haram berikutan pelbagai taktik baru digunakan penjenayah terbabit sejak kebelakangan ini. Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Azmi Khalid, berkata siasatan mendapati modus operandi pihak berkenaan sering berubah bagi mengelak dikesan, selain sukar dijangka.

Ulasan: Biasanya di negara luar, dalam hal jenayah yang sukar di bendung, rasuah memainkan peranan. Pegawai kerajaan yang tidak jujur biasanya bergantung di poket penjenayah. Kalau itu berlaku dalam negara kita, macam mana jenayah mahu di bendung?

Pemuda mahu pupuk pelapis
BANTING: Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengingatkan orang Melayu dan Umno supaya tidak melepaskan amanah menjaga kepentingan bangsa kepada orang lain kerana pembangkang tidak berupaya melaksanakan tanggungjawab itu.

Ulasan: Selama ini pun orang Melayu bergantung penuh kepada UMNO, tapi rupa-rupanya pagar makan padi di atas nama perjuangan Melayu. Pemimpin UMNO dan kroni sibuk mengaut kekayaan dan harta sementara masih berkuasa.Rakyat semakin cerdik dan melihat. Rakyat akan bertindak membetulkan mana yang silap demi orang Melayu.

Golongan liberal Islam bimbang kesan fatwa
RIYADH: Tindakan seorang ulama berpengaruh Arab Saudi, Sheikh Saleh al-Fozan mengeluarkan fatwa melabelkan golongan liberal sebagai bukan Muslim sebenar, mencetuskan debat berhubung usaha pembaharuan di negara konservatif Islam berkenaan. Fozan dikatakan mengeluarkan fatwa itu sebagai memenuhi permintaan yang antara lainnya berkata: “Tindakan mengisytiharkan diri sebagai Muslim liberal sememangnya sesuatu yang bercanggah (dengan Islam). Sehubungan itu seseorang itu perlu bertaubat kerana berfikiran sedemikian demi memastikan mereka menjadi Muslim sejati.”
Mengikut fatwa itu, liberal dirujuk kepada ‘kebebasan yang tidak terikat kepada batasan Syariah Islam, menolak undang-undang Islam khususnya membabitkan wanita.
“Mereka yang mahukan kebebasan berlandaskan peraturan ciptaan manusia sebenarnya bertindak melawan peraturan ditetapkan Allah.”

Ulasan: Satu-satunya jalan hidup redhai Allah ialah mentaati Allah mengikuti Sunnah Rasulullah s.a.w. Apabila sesuatu itu jelas mentaati Allah dan mengikuti Sunnah Rasulullah s.a.w., tugas kita ialah LAKSANAKAN SAJA. Just do it.

No comments: