RAMALLAH: Israel mengumumkan sokongannya kepada kerajaan Palestin pimpinan Presiden Mahmoud Abbas di Tebing Barat dan sudah memindahkan dana cukai berjumlah berjuta dolar kepada pentadbiran baru Palestin.
Ini sekali gus bermakna, Mahmoud boleh membayar gaji kepada pekerja secara penuh untuk kali pertama dalam tempoh setahun, kecuali kepada mereka yang bekerja dengan Hamas di Gaza. Kerajaan beliau juga menukar cuti hujung minggu bagi sektor awam dari Khamis dan Jumaat kepada Jumaat dan Sabtu, bagi menyesuaikannya dengan jadual kerja negara Barat.
Ulasan: Mari kita berfikir: Presiden Palestin Abbas di puji habis-habisan oleh penjajah Palestin, iaitu Israel dan kawan baik Israel, Amerika. Israel dan Amerika cukup menuduh yang buka-bukan terhadap Hamas. Agak pelik. Mesti ada agenda besar di sebalik drama ini. Agak-agak 5 juta pelarian Palestin di seluruh dunia akan mendapat haknya kembali ke Palestin melalui Presiden Abbas? Dan perlantikan kabinet baru oleh Abbas yang di kenali emergency cabinet adalah tidak sah kerana melanggar perlembagaan Palestin.
617 kakitangan awam ditahan BPR
DATUK Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, 617 kakitangan awam pelbagai jabatan ditahan Badan Pencegah Rasuah (BPR) kerana kesalahan rasuah manakala 304 kakitangan awam dikenakan tindakan mahkamah sepanjang 2005 hingga April tahun ini.
Ulasan: Biasanya ikan busuk bermula dari kepala kata peribahasa China. Rasuah bermula dengan ahli politik parti pemerintah di mana saja menunjukkan contoh buruk. Sila beri laluan bebas supaya BPR boleh siasat siapa saja. Kalau memang tidak mengamalkan rasuah, tidak perlu takut kepada sesiapun.
Jangan hanya tangkap anak-anak ikan dan ikan bilis tetapi LUPA ikan jerung. Takut sebab mereka jerung? Kes high profil bila nak adili?
Khidmat percuma Puspakom
PUTRAJAYA 2 Julai – Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) memberikan pemeriksaan secara percuma selama sebulan kepada semua kereta persendirian yang menjalani pemeriksaan di pusat tersebut untuk proses pindah milik kenderaan. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Chan Kong Choy berkata, bagaimanapun mulai 1 Ogos depan, bayaran RM30 akan dikenakan untuk proses berkenaan sebagaimana dipersetujui oleh Kabinet sebelum ini.
Ulasan: Tahniah kepada kerajaan kerana menaikkan bayaran di Puspakom. Tapi kenapa bila syarikat rugi poket rakyat juga tanggung. Waktu buat untung, senyap saja dan buat tak kenal rakyat.
Semoga dengan naik bayaran kita tidak mahu dengar rasuah di Puspakom yang terpaksa di bayar oleh pelanggan sekiranya tidak mahu masalah sewaktu pemeriksaan. BPR eloklah menyiasat. Tak tahu? Hmmm…
1 bilion maut akibat rokok abad ini
BANGKOK: Satu bilion penduduk dunia akan mati akibat penyakit berkaitan rokok pada abad ini kecuali jika kerajaan di negara kaya dan miskin bersikap lebih serius dalam mencegah tabiat merokok, kata pegawai kanan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Ulasan: Terima kasih kepada ulama yang mengharamkan rokok. Arak pun haram juga, kenapa sampai banyak kilang arak di negara kita?
No comments:
Post a Comment