Friday, June 29, 2007

Tiada bukti sogok di Kubang Pasu

KUALA LUMPUR 28 Jun – Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, Lembaga Disiplin UMNO tidak menemui sebarang bukti kukuh berlaku sogokan wang dan salah laku dalam pemilihan perwakilan pada Mesyuarat UMNO Bahagian Kubang Pasu, 9 September lalu. Berikutan itu, Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, lembaga itu tidak akan mengambil sebarang tindakan tatatertib terhadap mana-mana ahli parti berhubung dakwaan tersebut…(UM, 29/6/07).

Ulasan: Susah rakyat hendak terima kecuali kita berikan kerja menyiasat kepada pakar iaitu PDRM dan BPR dan jangan ganggu mereka. Kerajaan belanja banyak untuk menjadi pakar penyiasatan tiba-tiba perkhidmatan mereka tidak di perlukan mungkin kerana mereka terlalu pakar dan di takuti. Itulah UMNO yang berlakon di depan rakyat.


Konsert Pancaindera di Bera tawan 20,000 pengunjung
TIDAK pernah mengecewakan! Begitulah gambaran yang paling sesuai diberikan kepada kejayaan konsert bergerak Pancaindera Mingguan Malaysia.
Selepas Port Dickson, Negeri Sembilan dan Bukit Merah Lake Town Resort, Perak, tiba pula giliran Laman Kerayong di Bera, Pahang diserbu lebih 20,000 pengunjung malam Sabtu lalu. Malah, menambahkan kemeriahan malam yang penuh bersejarah itu dengan kehadiran masyarakat orang Asli yang tinggal di sekitar daerah Bera….…(UM, 29/6/07).

Ulasan: Akhbar yang benar-benar bertanggung jawab terhadap rakyat tidak perlu membawa hiburan yang melalaikan kepada rakyat di ceruk negara kerana sudah cukup di asak oleh pelbagai media. Sebenarnya tak perlu bawa sampah pembangunan kepada rakyat.

Abdullah gesa rakyat bendung gejala sosial
KUALA LUMPUR 28 Jun – Masyarakat perlu memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa untuk membendung masalah sosial yang semakin meningkat akhir-akhir ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, tindakan kerajaan sahaja tidak mencukupi dalam menyelesaikan masalah seperti alkoholisme, gengster dan bunuh diri yang kian meningkat dan membimbangkan…(UM, 29/6/07).

Ulasan: Tanya apakah kerajaan saya telah buat untuk membendung gejala sosial dalam negara. Ada kuasa kenapa tidak laksanakan segera. Rakyat telah menunggu 50 tahun....

No comments: