Monday, June 11, 2007

Minggu Filem Malaysia 3 bulan sekali di Britain dicadang

LONDON 10 Jun – Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan sedang meneliti kemungkinan mengadakan Minggu Filem Malaysia di Britain setiap tiga bulan berikutan sambutan menggalakkan terhadap tujuh filem yang ditayangkan di sini selama empat hari bermula 6 Jun lalu. Menterinya, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, pihak pengurusan Odeon Cinema di Covent Garden yang menayangkan lima daripada filem tersebut menyatakan kesediaan untuk terus bekerjasama dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) yang bertanggungjawab menganjurkan Minggu Filem Malaysia yang berakhir semalam…(UM, 11/6/07).

Ulasan: Seolah-olah masyarakat maju di Barat merindui sangat filem kita yang berkiblatkan Barat. Apa yang masih tinggal pada kita?


1.3 juta pelajar IPTA, IPTS menjelang 2010
KUALA LUMPUR 10 Jun – Kemasukan pelajar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) meningkat dari 4.5 peratus semasa tempoh Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8) kepada 16.9 peratus untuk tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelajaran Bahagian Sekolah Menengah dan Pengajian Tinggi Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim berkata, institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) juga mengalami purata kadar pertumbuhan yang meningkat iaitu dari 5.5 peratus kepada 6.7 peratus bagi tempoh yang sama. …(UM, 11/6/07).

Ulasan: Baguslah semoga rakyat menjadi cerdik dan tidak lagi mengundi BN/UMNO.


Lambakan majalah asing berleluasa
KUALA LUMPUR: Hampir 300,000 naskhah majalah termasuk yang mengandungi unsur lucah dan bertentangan dengan nilai masyarakat negara ini, dibawa masuk secara haram dari China, serta dijual secara terbuka di pasaran tempatan, setiap bulan..(BH, 11/6/07).

Ulasan: Bila berurusan dengan saudagar China, perkara yang perlukan perhatian ialah kebiasaannya kewujudan rasuah dalam pelbagai bentuk yang selalunya melembikkan peraturan dan penguatkuasa yang keras. Rasuah adalah di haramkan oleh semua agama. Tapi tidak mungkin BN/UMNO boleh hapuskan rasuah di bumi kita kerana rakyat sudah beri amanah kepada BN/UMNO memerintah negara selama 50 tahun tapi sayang penuh dengan rasuah BN/UMNO. Ertinya rakyat kena tukar kerajaan baru…
Terbaru: Kebanjiran majalah asing: Perketat penguatkuasaan
KUALA LUMPUR: Pelbagai pihak termasuk ahli politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mahu tindakan segera diambil untuk mengatasi masalah kebanjiran bahan penerbitan asing di negara ini kerana ia boleh menghakis nilai murni masyarakat...(BH, 12/6/07).

Tarik 100,000 pelajar asing sukar dicapai
JOHOR BAHRU 10 Jun – Usaha Kementerian Pengajian Tinggi menarik 100,000 pelajar asing ke Malaysia pada 2010 berkemungkinan besar tidak tercapai selagi beberapa kelemahan ketara tidak diatasi segera oleh universiti awam tempatan. Menurut Education Service Coordination International (M) Sdn. Bhd. (ESCI), syarikat yang terbabit membawa masuk pelajar asing ke Malaysia, beberapa kelemahan kritikal dikenal pasti terutamanya membabitkan universiti tempatan, seperti sistem penyampaian yang lemah sehinggalah kepada masalah taktik promosi yang ketinggalan…(UM, 11/6/07).

Ulasan: Pelajar asing sewajarnya berakhlak baik di negara kita. Pelajar kita pun serupa. Jangan hilang arah lupa tanggung jawab mendidik anak Malaysia bila selalu berfikir untuk buat untung.


Boleh berpurdah di kampus
KAHERAH: Mahkamah Agung Mesir memutuskan bahawa sebuah universiti di Kaherah (Universiti American) tidak berhak melarang wanita memakai purdah ketika berada di kampus, kata seorang pegawai mahkamah dan peguam dalam kes terbabit…(UM, 11/6/07).

Ulasan: Pemakaian purdah adalah hak setiap wanita yang mahu dan bila terjadi fitnah. Tanya pakar apa makna fitnah.


Studies say death penalty deters crime
What gets little notice, however, is a series of academic studies over the last half-dozen years that claim to settle a once hotly debated argument — whether the death penalty acts as a deterrent to murder. The analyses say yes. They count between three and 18 lives that would be saved by the execution of each convicted killer…(AP, 11/6/07).

Ulasan: Baliklah kepada cara Islam menghukum kerana itulah keadilan yang Allah redha.


Mahkamah Tinggi: Tandatangan 1,000 ibu
SHAH ALAM: Beberapa wakil media di Mahkamah Tinggi di sini, semalam, menerima salinan mengandungi tandatangan 1,000 ibu di Mongolia yang menuntut supaya kematian jurubahasa dan model sambilan, Altantuya Shaariibuu, 28, dapat dibela dengan adil. Dalam kandungan surat itu, mereka secara sinis mengucapkan ‘terima kasih’ kepada pembunuh Altantuya hingga menyebabkan dua anak mangsa berada dalam keadaan kesepian seumur hidup..(BH, 11/06/07).

Ulasan: Sebagai rakyat kita sewajarnya pastikan keadilan tertegak dalam semua kes di mahkamah bukan hanya di dalam kes-kes tertentu. Kita tak mahu melihat keadilan di laksanakan berpilih-pilih.

Tentu kita masih ingat yang selalu kita dengar, kata Nabi, "Demi ALLAH, sekiranya anakku Fatimah binti Muhammad mencuri, nescaya aku potong tangannya. Jangankan kata Fatimah Bani Mahzum, kalau Fatimah binti Muhammad mencuri pun, aku tidak akan teragak-agak untuk memotong tangan anakku."...Maka dikala itu kata Usamah, "Aku melihat adanya urat di dahi Nabi, ketika marahnya Nabi apabila hak ALLAH cuba dicabuli." Inilah sifat yang mesti kita contohi. Memanglah kita sesama kita boleh bersenyum dan bergurau senda, tetapi dalam bab hukum, kita kena berTEGAS. Dari: http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=MDForum&file=viewtopic&t=22293

No comments: