KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memilih bekas Pengurus Kompleks Seri Perdana, Jeanne Abdullah, 53, sebagai pasangan hidup yang akan dinikahinya pada satu majlis sederhana dan hanya dihadiri keluarga terdekat, Sabtu ini…(BH. 7/6/07).
Ulasan: Semoga berkekalan jodoh hingga ke akhir hayat. Cuma semua kita kena ingat sewaktu berseronok suka dengan isteri kita, kita mestilah berhati-hati supaya jangan sampai Allah melihat kita sebagai seorang dayus. Tak tahu, sila bertanya pakar.
30 peratus belia, remaja positif HIV
SIK 6 Jun - Gejala merokok dan ketagihan dadah sehingga membawa kepada aktiviti seksual telah dikesan sebagai punca remaja dan belia di negeri ini dijangkiti AIDS. Pengarah Kesihatan Negeri, Dr. Hasnah Ismail berkata, kecenderungan golongan itu terjebak dengan gejala negatif tersebut menyebabkan kira-kira 30 peratus daripada penghidap HIV positif adalah belia dan remaja yang berusia di bawah 29 tahun. ‘‘Kita memandang serius keadaan ini kerana ia melibatkan golongan remaja yang bakal memimpin negara pada masa depan,” katanya selepas menutup Konvensyen Prostar Negeri Kedah di Pusat Latihan Keda, Sik, dekat sini hari ini.
Ulasan: Perkara yang biasanya membawa kepada mungkar : rokok, dadah, zina, judi serta hiburan dalam pelbagai bentuk. Semuanya itu adalah berleluasa di bawah kerajaan BN dari dulu. Jangan salahkan parti pembangkang kerana mereka bukan berkuasa.
Selagi rasuah tidak boleh di cabut dari negara ini jangan harap masalah akan selesai. Tidak mungkin BN akan hapuskan rasuah kerana selama ini BN memberi rasuah kepada pengundi. Rasuah menyebabkan peraturan dan undang-undang berhenti seketika atau berpilih-pilih. Kerajaan BN/UMNO malulah sikit kepada rakyat...
Bapa dakwa anak patah tengkuk dipukul polis
KLANG: Akibat cuba melarikan diri daripada satu sekatan jalan raya polis di Persiaran Kayangan, Shah Alam, awal pagi Ahad lalu, seorang pemuda kini terlantar di hospital kerana patah tengkuk. Hairul Anuar Ishak, 20, dikatakan mengalami kecederaan itu akibat dipercayai dipukul anggota polis yang bertugas ketika cuba mengelak sekatan dengan membuat pusingan 'U' di situ, kira-kira jam 2 pagi…(BH, 7/6/07).
Ulasan: Polis kena jawab. Jangan berlaku zalim kepada sesiapa. Apakah keadilan tertegak di negara ini?
Mahkamah Syariah lebih kukuh
KOTA KINABALU: Keputusan Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Azlina Jailani atau Lina Joy untuk menggugurkan perkataan Islam dalam kad pengenalannya mengukuhkan fungsi Mahkamah Syariah sebagai satu-satunya institusi kehakiman yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Islam di negara ini. Ketua Hakim Syarie, Datuk Sheikh Ghazali Abdul Rahman, berkata keputusan itu membuktikan hanya Mahkamah Syariah boleh membicarakan kes membabitkan Islam dan umatnya, termasuk isu murtad.
Ulasan: Kita mesti berkeyakinan bahawa satu hari nanti sekurang-kurangnya umat Islam akan dapat kebebasan untuk melaksanakan dan mengamalkan undang-undang Islam seperti asal (iaitu berdasarkan Quran dan Sunnah) dan orang bukan Islam diberi kebebasan sepenuhnya untuk memilih di antara undang-undang Islam dan undang-undang civil.
290 kontraktor kena tindakan
PUTRAJAYA: Sebanyak 290 syarikat kontraktor pelbagai kelas dikenakan tindakan, termasuk 178 daripadanya disenarai hitam kerana kegagalan menyempurnakan pelbagai projek kerajaan seperti pembinaan bangunan, penyediaan infrastruktur asas, jalan raya serta jambatan sejak tiga tahun lalu. Daripada jumlah itu, 112 syarikat kontraktor pula digantung daripada memasuki sebarang tawaran tender kerja dan akan disenarai hitam jika didapati terus gagal melaksanakan tanggungjawab menyiapkan projek yang ditetapkan…(BH, 7/6/07).
Ulasan: Terima kasih kepada Pusat Khidmat Kontraktor kerana melaksanakan apa yang patut. Berapa ramai kontraktor UMNO?
Israel bincang perangi Syria
BAITULMAQDIS: Kabinet keselamatan Israel bermesyuarat semalam untuk berbincang mengenai Syria ketika tenteranya mengadakan latihan, sebagai amaran peperangan mungkin berlaku dengan negara jirannya tidak lama lagi……(BH, 7/6/07).
Ulasan: Apa OIC boleh buat untuk memenangkan umat Islam?
No comments:
Post a Comment