Tuesday, June 05, 2007

PM tegur kakitangan awam gagal hafal lagu Cemerlang, Gemilang, Terbilang

PUTRAJAYA 4 Jun – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menegur segelintir kakitangan awam yang masih tidak dapat menghafal lagu Cemerlang, Gemilang, Terbilang yang sering kali dinyanyikan pada majlis-majlis rasmi kerajaan.
Beliau berkata, walaupun makin ramai yang menghafalnya, masih ada segelintir yang tidak menyanyikan lagu itu.

Ulasan: Dulu sewaktu Pak Lah perkenalkan Cemerlang, Gemilang, Terbilang sebagai cogan kata manifesto pilihanraya BN, rakyat merasakan Pak Lah akan membuat sesuatu sebagai quantum leap lain daripada semua PM terdahulu, walaupun dari parti yang sama BN.

Rupa-rupanya sama saja. Yang jelas Cemerlang, Gemilang, Terbilang BN ialah merasuah pengundi, menakutkan pengundi dan aksi samseng BN di depan mata polis. Rasuah menjadi-jadi pula, sila buat kajian bebas. Akhirnya Cemerlang, Gemilang, Terbilang BN hanyalah Temberang. Tidak ada tanda BN akan berubah.



Hasil pelancongan diramal RM40.5b
KUALA LUMPUR 4 Jun – Datuk Seri Najib Tun Razak percaya Malaysia mampu mencapai sasaran kedatangan 20.1 juta pelancong asing dengan jangkaan pendapatan sebanyak RM40.5 bilion pada tahun ini.
Timbalan Perdana Menteri berkata, sasaran lebih tinggi berbanding kemasukan 17.55 juta pelancong pada tahun lalu adalah kerana tahun ini merupakan Tahun Melawat Malaysia dan promosi sambutan ulang tahun ke-50 kemerdekaan negara.
‘‘Ia merupakan satu cabaran tetapi saya percaya sasaran itu mampu dicapai,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Pelancongan Sedunia 2007 di sini hari ini.
Turut hadir ialah Setiausaha Agung Pertubuhan Pelancongan Sedunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNWTO), Francesco Frangialli; Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan menteri-menteri pelancongan dari seluruh dunia.

Ulasan: Walaupun kita hendak ramai pelancong menghabiskan duit mereka di negara ini tapi pertahankan maruah rakyat. Jangan terlibat menjadi pelacur atau GRO, call-girl atau seumpamanya, menjual arak dan judi. Akhirnya kita tewas di bumi sendiri semata-mata mengejar @ lapar duit orang. Carilah rezeki halal di mana jua.


Titik dakwat atas kuku ketinggalan zaman
PULAU PINANG 4 Jun – Cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menggunakan titik dakwat atas kuku pengundi bagi mengelakkan penipuan disifatkan sebagai ketinggalan zaman oleh Gerakan…(BH, 5/6/07).
Ulasan: Gerakan sebagai parti komponen kerajaan sepatutnya melihat dari sudut yang lebih jauh iaitu mengelakkan penipuan dalam pilihan raya. Walaupun itu ialah kaedah lama tapi terbukti efektif kita boleh gunakan sementara pakar sains kita mencari kaedah terkini. Kenapa kaedah tersebut tidak wajar dilaksanakan walaupun di sebuah negara maju seperti Malaysia? Kita merasa kita maju (ye ke?) tetapi mentaliti menipu kenapa masih lagi ada..


Keluarga model tuntut ganti rugi RM100 juta
SHAH ALAM: Keluarga Altantuya Shaariibuu, wanita Mongolia yang mati dibunuh Oktober lalu, menyaman ketiga-tiga yang dituduh dalam kes pembunuhannya dan Kerajaan Malaysia dengan menuntut ganti rugi RM100 juta atas kematiannya
Bapa Altantuya, Shaariibuu Setev, 56, ibunya, Altantsetseg Sanjaa, 56, dan dua anak lelaki wanita itu Mungunshagai Bayarjargal, 9, dan Altanshagai Munkhtulga, 4, menamakan Cif Inspektor Azilah Hadri, Koperal Sirul Azhar Umar, Abdul Razak Abdullah Baginda dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan.

Ulasan: Mungkin dengan cara seperti ini, kerajaan lebih cermat kerana menyelamatkan duit rakyat.


Bahasa Malaysia untuk semua
KUALA LUMPUR: Kabinet membuat keputusan menukar istilah bahasa Melayu kepada bahasa Malaysia bagi menunjukkan bahasa itu milik semua kaum, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Najib menjelaskan demikian ketika mengulas laporan berhubung keputusan Kabinet menggunakan semula bahasa Malaysia sebagai istilah rasmi bagi merujuk bahasa kebangsaan.
Berikutan itu, semua menteri, universiti awam dan institusi pengajian tinggi tempatan diarah memaklumkan kepada jabatan dan agensi berkaitan untuk mula menggunakan serta merta istilah bahasa Malaysia dalam semua surat, notis dan dokumen.
Istilah Bahasa Malaysia diperkenalkan Allahyarham Tunku Abdul Rahman selepas negara mencapai kemerdekaan bagi mencerminkan identiti Malaysia.

Ulasan: Demikianlah nasib bahasa Melayu di tanah sendiri.


Violent crime up again, more murders, robberies
WASHINGTON - More murders and robberies in 2006 sent U.S. violent crimes higher for the second straight year, the FBI said on Monday, with the increase blamed on gangs, youth violence, gun crimes and fewer police on beats…(Reuters, 4/7/07).

Ulasan: Jenayah keganasan, bunuh dan rompakan menjadi-jadi di AS. Negara kita yang menjadikannya sebagai model pun terikut juga dan negara menjadi tidak aman seperti dulu lagi. Mengikut sepatutnya dalam perkara baik sahaja. Kenapa kita mengikut?

No comments: