KUALA LUMPUR 20 Jun – Sebanyak enam buah kereta kebal utama (MBT) PT91 buatan Poland yang dibeli oleh kerajaan pada tahun 2002 dijadualkan tiba Ogos ini.
Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin berkata, keenam-enam MBT itu merupakan kumpulan pertama daripada 48 buah yang dibeli oleh kerajaan lima tahun lalu…(UM, 21/6/07).
Ulasan: Kalau pembelian kapal selam ada komisyen yang menggemparkan dunia, apa cerita kereta kebal PT91? Orang yang cintakan dunia biasanya tidak kasihkan tanah air sendiri.
Malaysia hanya miliki 10 peratus tenaga mahir
JASIN 20 Jun – Percayakah anda bahawa Malaysia yang sudah merdeka selama 50 tahun dan berpenduduk 26 juta orang sebenarnya hanya memiliki 10 peratus sahaja tenaga mahir tempatan? Itulah hakikatnya yang dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia, Romli Hassan dan menurutnya, jumlah tenaga mahir paling kritikal adalah dalam bidang industri, pembinaan dan pembuatan. Menurut beliau, jumlah itu jauh berkurangan jika dibandingkan dengan sasaran kerajaan yang mahu memiliki sekurang- kurangnya 54 peratus tenaga kerja mahir tempatan menjelang 2020…(UM, 21/6/07).
Ulasan: Negara ini untuk maju dengan lebih cepat terlalu bergantung kepada buruh asing. Kebanyakan mereka datang dengan tangan kosong dan akan balik dengan pengalaman bekerja sebagai pekerja mahir. Tinggallah Malaysia dengan masalah sosialnya dan tenaga kerja yang tak mahir.
AS pecah belahkan Palestin dan lakukan apa sahaja halang penyatuan Fatah, Hamas
DUBLIN 20 Jun – Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Jimmy Carter semalam berkata, Washington melakukan kesilapan dasar apabila menyokong kumpulan Fatah di Tebing Barat dan mengenakan sekatan bantuan ke atas Gaza. Katanya, tindakan Washington itu lebih kepada usaha memecahbelahkan penduduk Palestin dan bukannya membawa kedamaian di rantau Asia Barat. Carter yang dalam lawatan di sini berkata, AS dan Israel telah berusaha “melakukan segala-galanya untuk menghalang Fatah dan Hamas bersatu.” “Akhir-akhir ini AS telah memberi bantuan ketenteraan kepada Fatah untuk menumpaskan Hamas di Gaza. “Fatah tidak boleh berjaya kerana para pejuang Hamas mempunyai komitmen tinggi selain disiplin yang kuat,” tegas Carter. …(UM, 21/6/07).
Ulasan: Penyatuan Fatah dan Hamas adalah perkara yang sukar di terima oleh Amerika dan Israel. Bila kita berkelahi sesama sendiri dengan bantuan musuh, siapa yang rugi? Fatah sewajarnya melihat ke dalam dirinya sejauh manakah idealisma perjuangan di pertahankan atau perjuangannya sudah habis tarikh luput.
Operasi AS, Pakistan gagal sekat pengaruh Al-Qaeda
SYDNEY 20 Jun – Rangkaian Al-Qaeda dipercayai berjaya mengukuhkan kedudukan di pedalaman sempadan antara Pakistan dan Afghanistan walaupun Amerika Syarikat (AS) dan Pakistan giat melancarkan operasi di kawasan itu.
Ketua Pertubuhan Perisikan Keselamatan Australia, Paul O’Sullivan berkata, beliau juga percaya rangkaian itu semakin memperluaskan pengaruhnya pada peringkat global.
Katanya, peningkatan serangan pengganas dan kemunculan komplot sejak serangan 11 September 2001 membuktikan kumpulan itu mampu menjalankan kegiatan mereka…(UM, 21/6/07).
Ulasan: Mereka merancang dan Allah pun merancang, sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang.
Konsep Islam Hadhari elak salah faham dunia
MALAYSIA semalam menawarkan pengalamannya memberi kefahaman mengenai Islam kepada masyarakat bukan Islam menerusi konsep Islam Hadhari, untuk dikongsi dan dipelajari bersama oleh negara lain dalam usaha mengelakkan salah tanggapan terhadap agama itu…(BH, 21/6/07).
Ulasan: Kenapa mesti guna istilah baru iaitu Islami Hadhari pada hal Allah redha dengan Islam sebagai agama kita.
252 nahas kerana tayar celup
SEBANYAK 252 kes kemalangan jalan raya akibat penggunaan tayar lusuh atau botak serta tayar celup berlaku antara tahun 2000 hingga 2004, kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Douglas Uggah Embas. Beliau berkata, perangkaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu menunjukkan masalah tayar lusuh atau botak menjadi penyumbang tertinggi kemalangan berkenaan…(BH, 21/6/07).
Ulasan: Mengapa kerajaan beri izin perniagaan tayar celup? Kalau dah tahu kereta pakai tayar lusuh atau botak serta tayar celup, pandulah cermat dan jangan laju.
No comments:
Post a Comment