Monday, June 04, 2007

Lima rekrut konstabel polis berkelulusan sarjana, PhD

MUAR 3 Jun - Ekoran minat yang mendalam untuk berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia, lima pemuda berkelulusan sarjana dan doktor falsafah (PhD) sanggup menjadi rekrut konstabel polis di Maktab Teknik PDRM Bakri, dekat sini.
Komandan Maktab Teknik PDRM Bakri, Datuk Zakaria Yusof berkata, mereka sanggup berbuat demikian selepas permohonan untuk mendapat tempat dalam pengambilan jawatan inspektor baru-baru ini, gagal...(UM, 4/6/07).

Ulasan: Semoga semua kakitangan kerajaan tidak makan rasuah sebagai cara hidup.


Karaoke 50 jam tanpa henti

Kementerian Pelancongan Malaysia menganjurkan Majlis Citrarasa 2007 mulai 8 Jun ini di Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur.
Menurut Ketua Unit Acara Kementerian Pelancongan Malaysia, Datin Zaiton Mohd. Ali, “Kami juga merancangkan aktiviti berkaraoke selama 50 jam sepanjang tiga hari tanpa henti. Ia akan bermula pada 8 Jun pukul 3 petang dan berakhir pada 10 Jun. ...(UM, 4/6/07).

Ulasan: Kerajaan di minta fikir semula kearah mana masyarakat nak di bawa? Seperti biasa orang Melayu akan ramai datang ke upacara hiburan yang melalaikan. Walaupun kita hendakkan pelancongan teruja di sini tapi bukan caranya. Di mana wibawa diri kita?


Pas tidak upaya gugat keyakinan rakyat – Najib

PEKAN 3 Jun – Perjuangan UMNO mempertahankan kesucian agama serta akidah Islam sudah terbukti di kalangan rakyat negara ini dan parti pembangkang, Pas sama sekali tidak berupaya untuk menggugat keyakinan tersebut.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sebagai sebuah parti, UMNO sentiasa berjuang untuk meninggikan lagi syiar Islam dengan memperkenalkan konsep Islam Hadhari. ...(UM, 4/6/07).

Ulasan: Kalau PAS lemah sudah tentulah UMNO tidak perlu berlakon berjuang untuk Islam untuk menipu orang Melayu selama ini. Rakyat semakin cerdik dan boleh menilai siapa UMNO sebenarnya. Bunyi pekikan riuh kononnya memperjuangkan bangsa tapi senyap bila anak dan kroni buncit dengan kekayaan dan harta yang tidak halal.


Tindakan tegas guru halang aktiviti kerajaan

KUALA LUMPUR 3 Jun – Kementerian Pelajaran akan mengambil tindakan tegas termasuk membuang guru yang didapati menghalang jabatan kerajaan lain menjalankan aktiviti di kawasan sekolah. Timbalan Menterinya, Datuk Noh Omar berkata, beliau menerima laporan membabitkan beberapa kes guru menghalang Jabatan Penerangan menjalankan aktiviti bercorak hiburan kerana dianggap tidak sesuai. ...(UM, 4/6/07).

Ulasan: Rupa-rupanya ada menteri yang tidak mengerti apa tujuan sebenar kementerian pelajaran. Keluarkanlah hiburan dari sekolah kerana ia memang perangkap untuk pelajar Melayu. Apabila sudah banyak berhibur, apa akan jadi kepada bangsaku?


Pekerja asing berpenyakit berjangkit meningkat

TAIPING 3 Jun – Jumlah pekerja asing yang tidak sihat didapati semakin meningkat, malah mereka dipercayai membawa pelbagai jenis penyakit berjangkit yang sebelum ini hampir berjaya dihapuskan di negara ini. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, perkara itu jelas terbukti apabila seramai 45,356 atau 3.4 peratus daripada lebih 1.34 juta pekerja asing yang diperiksa tahun lalu didapati berpenyakit.
Beliau berkata, statistik itu menunjukkan peningkatan ketara jika berbanding tahun 2005 apabila hanya 38,255 orang atau 3.3 peratus daripada lebih 1.15 juta pekerja asing tidak sihat. ‘‘Antara penyakit berjangkit yang dibawa oleh pekerja asing ialah hepatitis B dan siflis, kebanyakan penyakit ini boleh berjangkit kerana ramai pekerja wanita atau pasangan mereka turut menggunakan kemudahan hospital kerajaan.

Ulasan: Sudah ada peraturan, tapi kenapa ada yang lepas? Bila rasuah sudah merata, yang ruginya rakyat semua. Lebih baik bertegas dari menyesal.


Wanita dipecat kerana bertudung terima pampasan

PHOENIX, Alabama 3 Jun – Sebuah juri persekutuan semalam mengarahkan syarikat kereta sewa, Alamo Rent A Car membayar pampasan RM977,976 (AS$287,640) kepada seorang wanita yang dipecat kerana memakai tudung sewaktu bulan Ramadan.
Pemecatan Bilan Nur, 27, berlaku hanya empat bulan selepas serangan 11 September 2001. ...(UM, 4/6/07).

Ulasan: Di mana saja, mentaati Allah adalah satu kemestian.

No comments: