Wednesday, June 06, 2007

Daftar telefon bimbit bagi mengelak kecurian

KUALA LUMPUR 5 Jun – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bercadang mewajibkan pendaftaran hak milik telefon bimbit bagi mengelakkan kes-kes kecurian telefon yang semakin berleluasa sejak akhir-akhir ini. Cadangan tersebut jika dilaksanakan akan melibatkan berjuta-juta pengguna telefon bimbit di seluruh negara yang perlu mendaftarkan nombor siri, jenis dan model telefon bimbit yang mereka gunakan...(UM, 6/6/07).

Ulasan: Kena daftar lagi? Carilah cara lain. Lebih baik mendidik rakyat Malaysia supaya berperangai baik setiap masa termasuk jangan mencuri. Nanti semua pelancong tertawan kemuliaan kita dan akan datang lagi melancong bersama kawan-kawan. Penjara pun tak perlu di tambah.


Telefon bimbit lebih bahaya
KUALA LUMPUR 5 Jun – Masih ramai yang tidak menyedari bahawa gelombang frekuensi radio (RF) daripada telefon bimbit lebih berbahaya berbanding RF daripada antena pemancar dan kabel elektrik.

Pengerusi Suruhanjaya Perlindungan Radiasi Tidak Berion Antarabangsa (ICNIRP), Dr. Paolo Vecchia berkata, telefon bimbit memancarkan antara 100 hingga 1,000 kali ganda gelombang RF berbanding antena pemancar dan kabel elektrik....(UM, 6/6/07).

Ulasan: Berhati-hati menggunakan telefon bimbit anda supaya jangan terkena musibah.
Kita sebagai pengguna perlu lebih cermat kerana kesihatan kita adalah tanggungjawab kita.


Cegah ketirisan projek agenda Gabem bantu usahawan Melayu
KUALA LUMPUR: Mencegah ketirisan projek akan menjadi agenda utama usaha Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) untuk membantu usahawan Melayu mencapai kejayaan. Pengerusinya, Tan Sri Rahim Tamby Chik, berkata usahawan yang bernaung di bawah Gabem perlu tampil ke depan dengan mendedahkan setiap kes ketirisan yang berlaku. Beliau berkata, fenomena seperti menjual kembali peluang atau projek yang diterima kontraktor Melayu kepada pembeli bangsa lain perlu dihalang jika seseorang usahawan Melayu itu ingin berjaya dalam perniagaan mereka…(BH, 6/6/07).

Ulasan: Selagi UMNO memerintah dan selagi orang politik UMNO mengganggu perjalanan perniagaan, kita tidak akan maju kerana mahu jadi cepat kaya tanpa usaha. Tanpa mengamalkan Islam, orang Melayu akan hilang jati/wibawa diri.

No comments: