Wednesday, June 13, 2007

PM: Gandingan ulama, umara berjaya majukan negara

BANGI 12 Jun – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, gandingan ulama dan umara (pemimpin) yang terbukti berjaya membawa kemajuan kepada negara sejak 50 tahun lalu akan terus dipertahankan. Perdana Menteri berkata, gabungan tenaga dua golongan itu yang telah menjadi amalan sejak negara mencapai kemerdekaan akan dipereratkan lagi kerana ia terbukti berkesan bagi membolehkan rakyat berbilang kaum hidup dengan aman…(UM,13/6/06).

Ulasan: Selepas merdeka, umara (pemerintah) dari kerajaan Perikatan/UMNO dan kemudiannya BN/UMNO hanya memandang sepi terhadap ulama. Agama jarang di jadikan asas ukuran dalam mentadbir negara. Hasilnya boleh nampak di depan mata kita: Rokok, dadah, zina, judi dan rasuah makin banyak dan menghimpit negara kini.

Gandingan ulama dan umara tidak pernah berlaku di negara ini kerana umara lebih leka dengan model-model pembangunan berasaskan materialsm.


Pengiklan digesa guna Bahasa Malaysia
KUALA LUMPUR 12 Jun – Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin menggesa para pengiklan menggunakan Bahasa Malaysia untuk menyampaikan maklumat dan mempromosikan produk kepada masyarakat…(UM,13/6/06).

Ulasan: Terasa kini bagai tinggal di London kerana kebayakan iklan dalam bahasa Inggeris. Merdekakah kita?


Lantikan jawatan Ketua Polis perlu tapisan BPR, Tatatertib PDRM
KUALA LUMPUR 12 Jun – Pelantikan pegawai kanan polis untuk jawatan Ketua Polis negeri perlu melalui prosedur tapisan yang ketat dan siasatan terperinci terhadap calon terpilih oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan Urusetia Tatatertib Polis Diraja Malaysia (PDRM)…(UM,13/6/06).

Ulasan: Janganlah pilih calon yang sukakan RASUAH. Pesan datuk nenek supaya jauhilah rasuah kerana Allah mengharamkan memberi dan menerima rasuah.


Sejuta wanita Malaysia gemuk


PUTRAJAYA: Lebih sejuta wanita berusia antara 25 hingga 64 tahun (18.8 peratus) di negara ini dikategorikan sebagai gemuk, sekali gus terdedah kepada risiko mengalami pelbagai penyakit kronik, termasuk serangan jantung, kencing manis dan strok.
Kajian Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan tahun lalu mendapati 20 peratus penduduk dewasa dan 21 peratus kanak-kanak di negara ini mengalami masalah 3G, iaitu gebu, gempal dan gemuk dengan wanita mencatatkan peratusan lebih tinggi berbanding lelaki. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, berkata kajian itu mendapati bilangan penduduk gemuk di Malaysia kini kedua paling ramai di Asia Tenggara dengan mencatat masing-masing 19 wanita dan 14 lelaki bagi setiap 100 orang.
“Jika satu masa dulu orang yang gebu, gempal atau gemuk mungkin dikatakan sihat dan sejahtera, tetapi kini tidak lagi. Kegemukan sebenarnya adalah permulaan kepada pelbagai penyakit kronik seperti sakit jantung, diabetes serta strok…(BH, 12/6/07).

Ulasan: Rajin-rajinlah bersenam dan sila beri perhatian kepada apa yang kita makan. Selalunya: Garbage in, garbage out.


Pelancong punca lambakan majalah: Johari
KUALA LUMPUR: Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN) tidak menolak kemungkinan lambakan majalah dari China, termasuk yang berunsur seks dan tidak sesuai dengan nilai masyarakat negara ini berlaku kerana peningkatan bilangan pelancong dari negara itu.
Timbalan Menterinya, Datuk Mohd Johari Baharum, berkata pelancong itu mungkin menjadi sasaran sebagai pelanggan oleh pihak tertentu yang menyeludup masuk majalah itu.

Ulasan: Termasuk juga kemungkinan rasuah yang di gunakan untuk melembikkan peraturan yang tegas dan keras.


Remaja bazirkan wang dengan ‘SMS sampah’

KUALA LUMPUR: Kerajaan bimbang semakin ramai remaja menyalahgunakan kemudahan teknologi khidmat pesanan ringkas (SMS) telefon bimbit dengan menghantar dan menerima ‘SMS sampah’ yang hanya membazirkan wang.
Remaja juga dikatakan leka dengan kemudahan teknologi multimedia yang kebanyakannya berunsurkan hiburan seperti pemain mp3, pemain disk mini, muzik, klip video ringkas dan kamera.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Liow Tiong Lai, berkata generasi muda tidak harus terlalu ghairah serta terpengaruh dengan unsur tidak sihat dalam menikmati perkembangan teknologi yang mengutamakan hiburan semata-mata.

Ulasan: Jadilah pengguna yang bijak.


Keledek ganti tembakau di Pantai Timur 2010
BACHOK: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mensasarkan pengeluaran ubi keledek negara mencapai hingga 300,000 tan setahun menjelang 2010.

Ulasan: Selamatlah petani dari menanggung dosa kerana menghasikan rokok yang membawa kepada berbagai penyakit seprti yang di buktikan oleh penyelidikan sains. Terima kasih kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

No comments: