Tuesday, June 12, 2007

Pengendali kapal selam terima insentif tinggi – Najib

KOTA KINABALU 11 Jun – Pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terbabit mengendali dua buah kapal selam pertama negara, Scorpene menerima elaun insentif antara paling tinggi dalam perkhidmatan angkatan tentera…(UM, 12/6/07).

Ulasan: Walaupun pengendalinya akan hidup dan mati dengan kapal selam itu dan akan menerima elaun insentif antara paling tinggi dalam perkhidmatan angkatan tentera tetapi ingatlah bahawa itu adalah terlalu KECIL berbanding dengan pembayaran komisyen pembeliannya (baca: rasuah).

Pembayaran komisyen berjumlah 114 juta euro (RM530 juta) nyata sekali teramat mahal. Orang ramai berhak mengetahui siapakah sebenarnya yang mendapat durian runtuh ini? Sebagaimana didedahkan oleh Far Eastern Economic Review pada tahun 2002, Perimekar Sdn. Bhd. Akan menerima 8% dari jumlah kontrak dalam masa 6 tahun akan datang. Menurut penerbitan tersebut, Perimekar dimiliki 100% oleh Ombak Laut, syarikat milik Razak Baginda dan rakan-rakannya. Ombak Laut kemudian menjual 40% dari syarikat Perimekar kepada LTAT dan sebuah syarikat berkaitan (anwaribrahimblog.com/?p=412).

RM530 juta adalah terlalu banyak untuk ‘technical evaluations’ or ’sound negotiation skills’.
Rupa-rupanya dalam hal keselamatan negara pun ada orang sempat buat duit haram!


Pendapatan bawah RM1,200, potong gaji di bawah SSPN
KUALA TERENGGANU 11 Jun – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mencadangkan supaya kerajaan mewajibkan kakitangan awam atau swasta yang berpendapatan di bawah RM1,200 sebulan membuat potongan gaji di bawah Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN). Pengerusi PTPTN, Datuk Razali Ismail berkata, potongan gaji sekurang-kurangnya RM20 sebulan itu adalah sebagai simpanan jangka panjang untuk mengurangkan beban apabila anak-anak mereka melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi (IPT).…(UM, 12/6/07).

Ulasan: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional sepatutnya melaksanakan tugas memberikan pinjaman kepada pelajar IPT warganegara. Kenapa sibuk menyusahkan ibubapa pula. Ibubapa tahu apa yang perlu cari sebagai tambahan selain pinjaman PTPTN. Apa sudah jadi kepada biasiswa untuk pelajar Melayu seperti terkandung di dalam Perlembagaan negara. Tolong semak kalau sayangkan bangsa.


Minggu Malaysia di London berjaya promosikan negara
LONDON 11 Jun – Program Minggu Malaysia tahun ini telah berjaya menyampaikan mesej mempromosikan Tahun Melawat Malaysia selain menyebarluaskan sambutan kemerdekaan negara ke-50 dan menyemarakkan seni serta kebudayaan Malaysia.

Ulasan: Orang lain tidak perlu pun menyambut kemerdekaan kerana mereka tidak pernah terjajah. Maaf, kehebatan kebudayaan Malaysia hanya di atas pentas. Di belakang pentas dan turun pentas rupa-rupanya kita lebih Inggeris daripada orang Inggeris. Apakah kita juara di pentas saja?


Penjaga kebun getah ditemui mati ditetak
PULAU PINANG 11 Jun – Seorang penjaga kebun getah ditemui mati dengan 10 kesan tetakan di bahagian badan, dipercayai dibunuh lima warga Myanmar menggunakan parang di sebuah dusun durian di Bukit Gambir, Sungai Nibong di sini awal pagi ini…(UM, 12/6/07).

Ulasan: Kerajaan BN mengizinkan pekerja asing bekerja di sini, rakyat Malaysia yang menjadi korbannya. Terima kasih kerajaan BN kerana menyusahkan rakyat. Terima kasih kerana menyusahkan polis dan mahkamah dan penjara…


Pilihan raya Parlimen Mesir bertukar ganas
KAHERAH 11 Jun – Pilihan raya untuk dewan tertinggi Parlimen Mesir hari ini bertukar menjadi ganas apabila seorang lelaki terbunuh dalam pergaduhan antara penyokong parti memerintah dengan calon bebas di luar pusat mengundi di utara Delta Nil…(UM, 12/6/07).

Ulasan: Perkara ini biasanya terjadi apabila kerajaan yang ada terlalu lama memegang tampuk pemerintahan dan tidak pernah kalah sebelum ini. Mereka rasa negara dan undi rakyat adalah milik mutlak mereka. Tidak pelik pelbagai jentera kerajaan di salah guna untuk memberikannya kemenangan untuk memerintah lagi. Penipuan, merasuah pengundi, menakut-nakutkan pengundi melalui samseng dan menyalahgunakan polis dan tentera. Di Malaysia pun perkara hampir sama terjadi. Fikir dan cari jawapannya.


JPA dedah pegawai kena tindakan
PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan menyiarkan nama pegawai dan kakitangan kerajaan yang dikenakan hukuman atau tindakan disiplin kerana penyalahgunaan kuasa atau melakukan kesalahan tata tertib, di dalam akhbar tempatan.
Ketua Pengarahnya, Tan Sri Ismail Adam , berkata langkah untuk menyiarkan nama kakitangan awam yang melanggar etika itu dibuat bagi membolehkan rakyat mengetahui tindakan yang sudah diambil terhadap mereka.
Pelaksanaan cadangan itu, katanya, sedang dikaji JPA bagi membuktikan kerajaan mengamalkan pentadbiran yang telus dan memberi tumpuan serius terhadap usaha meningkatkan sistem penyampaian. …(BH, 12/6/07).

Ulasan: Teruskan apa yang di anggap elok, TERMASUK menteri dan orang politik yang melanggar undang-undang negara. Yang seronoknya pemegang saham akhbar (siapa?) kerana mendapat duit iklan.


Pasangan maut kereta terhumban 70 meter
SUNGAI PETANI: Hasrat sepasang kekasih bertunang akhir tahun ini tidak kesampaian apabila kedua-duanya terbunuh selepas kereta yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan ngeri di Jalan Lencongan Timur dekat sini, malam kelmarin…(BH, 12/6/07).

Ulasan: Islam hanya mengiktiraf nikah sebagai ikatan untuk hidup berkasih sayang dan bersama-sama. Dalam Islam, kekasih atau tunang tidak menghalalkan hubungan sesama. Kalau sudah berkenan sangat dan tidak boleh menjaga hukum agama, eloklah nikah cepat-cepat. Boleh pahala dan berseronok pun dapat.


JKR tubuh Bahagian Juruukur Bangunan


KUALA LUMPUR: Jabatan Kerja Raya (JKR) akan menubuhkan Bahagian Juruukur Bangunan bagi memeriksa setiap bangunan kerajaan selepas siap dibina untuk memastikan semua spesifikasi dan skop kerja dipatuhi kontraktor serta subkontraktor mengikut perjanjian…(BH, 12/6/07).

Ulasan: Buatlah apa saja asalkan dua perkara perlu di hindarkan kalau mahukan profesional yang efektif: 1.Rasuah 2. Campur tangan orang politik.



























 

No comments: