Wednesday, June 20, 2007

AS tarik balik sekatan Palestin

WASHINGTON: Pentadbiran Presiden George W Bush menarik balik sekatan ekonomi dan diplomatik dikenakan sejak 15 bulan lalu ke atas kerajaan Palestin selepas Presiden Mahmoud Abbas menubuhkan Kabinet darurat tanpa pembabitan Hamas.
Langkah menyambung semula bantuan langsung kepada kerajaan Palestin yang dilanda krisis kewangan meruncing menyusul tindakan Mahmoud membubarkan kerajaan perpaduan diketuai Hamas....(BH, 20/6/07).

Ulasan: Israel dan Amerika cukup bergembira bila Hamas di kalahkan oleh Presiden Mahmoud Abbas. Sebenarnya Presiden Mahmoud Abbas bukanlah presiden yang bebas kerana beliau adalah dari kumpulan Fatah yang pernah memerintah Palestin sebelum ini.
Rupa-rupanya ada kumpulan yang sanggup amalkan prinsip Machiavelli, sanggup bersekongkol dengan pihak musuh umat Islam untuk mengalahkan Hamas, kerajaan yang di pilih rakyat melalui pilihan raya bebas, di atas nama Palestin. Sepatutnya bukan kumpulan mana menang tapi yang penting ialah Palestin bebas dari penjajahan.


Najib nasihat wakil rakyat jaga perlakuan
KUALA LUMPUR 18 Jun – Jaga tutur kata dan perlakuan. Itulah nasihat Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada anggota Parlimen dan Senator daripada Barisan Nasional agar mereka berhati-hati ketika berbahas semasa persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara...(UM, 19/6/07).

Ulasan: Jaga tuturkata dan perlakuan di mana sahaja. Ini penting terutama sebagai pemimpin rakyat.


Syarat baru jual kereta terpakai
PUTRAJAYA 19 Jun – Semua kereta persendirian yang bertukar tangan akan diwajibkan menjalani pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) berkuat kuasa 1 Julai ini....(UM, 20/6/07).

Ulasan: Seronoklah Puspakom buat duit bila kita nak beli kereta terpakai. Kami harap supaya jangan kami rakyat dhaif pun kena rasuah seperti pemeriksaan kenderaan komersial. Tolonglah semak rasuah di Puspakom. Rasuah adalah kanser masyarakat kita.



Pelancongan: Bumiputera hanya ‘menang sorak’
KUALA LUMPUR 19 Jun – Pengusaha pelancongan bumiputra hanya menikmati kira-kira 10 peratus daripada keseluruhan pendapatan berjumlah RM36 bilion yang diraih dalam sektor pelancongan pada tahun lepas...(UM, 20/6/07).

Ulasan: Orang Melayu selama ini di ajar oleh UMNO supaya menang sorak. Itulah style perniagaan orang UMNO. Yang penting, nama kita gah ke mana-mana walau pun orang lain yang dapat untung. Orang lain asal berniaga walau pun nama tidak di kenali dan yang penting jual dan jual.


Sejak jadi pengantin baru saya selalu diusik – PM
MOSCOW 19 Jun – ‘‘Sejak menjadi pengantin baru, saya selalu diusik,” itulah antara kata-kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika majlis meraikan beliau anjuran Kedutaan Malaysia di sini malam tadi...(UM, 20/6/07).

Ulasan: Lebih baik di usik bila sudah kahwin, daripada tak di usik walau pun tak kahwin.


Dewan Rakyat: Firma ali baba disekat


KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menyenarai hitam syarikat Bumiputera jika melanggar syarat pemilikan ekuiti dengan menggunakan nama Bumiputera sebagai ahli lembaga pengarah, sedangkan ia sebenarnya dimiliki bukan Bumiputera.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Raman Suliman, berkata tindakan tegas itu boleh diambil jika mempunyai bukti kukuh. "Jika ada pihak tampil memberikan maklumat, kerajaan akan menyenaraihitamkan syarikat berkenaan. Syarikat itu akan dihalang untuk mengambil bahagian dalam tender dan halangan lain," katanya ...(BH, 20/6/07).

Ulasan: Maklumat macam itu susah nak di dapati jadi bila akan selesai? Rakyat terkebil-kebil melihatnya ada tapi macam tak ada. Inilah hasil pemerintahan di bawah BN/UMNO selama ini.


Kadar bayaran Puspakom naik 1 Julai
PUTRAJAYA: Kadar bayaran enam jenis pemeriksaan kenderaan perdagangan dan persendirian di semua 64 Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) di seluruh negara dinaikkan RM10 hingga RM15 mulai 1 Julai ini.
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Ahmad Mustapa, berkata kenaikan berkenaan wajar berikutan peningkatan kos operasi seperti bayaran utiliti, upah buruh, tukaran wang asing dan operasi di cawangan Puspakom...(BH, 20/6/07).

Ulasan: Kenapa pula KP JPJ bercakap bagi pihak Puspakom?
Bayaran di naikkan, rasuah di Puspakom menurunkah? Siasat jangan tak siasat. Bebaskan negara dari rasuah.

No comments: