Wednesday, July 11, 2007

Tragedi berdarah di Masjid Merah

ISLAMABAD 10 Julai – Operasi tentera Pakistan menggempur Masjid Lal yang turut dikenali sebagai Masjid Merah di tengah bandar raya ini, awal hari ini bagi menyelamatkan beratus-ratus wanita dan kanak-kanak mencetuskan pertempuran sengit yang mengorbankan sekurang-kurangnya 60 orang.
Kira-kira 50 anggota kumpulan militan dan lapan askar disahkan terbunuh sementara 15 lagi anggota tentera cedera. Pihak berkuasa mengepung masjid itu sejak 3 Julai lalu. Insiden di Masjid Merah itu adalah rentetan ketegangan yang meletus di Islamabad sejak beberapa bulan lepas apabila para pelajar melancarkan kempen antipelacuran dan mendesak dikuatkuasakan undang-undang Islam.

Ulasan: Sayangnya negara Islam setakat ini (kecuali Iran) hanya hebat bila berdepan dengan rakyat. Segala kekuatan senjata dan fizikal dihalakan kepada rakyat Muslim tetapi duduk di bawah ketiak negara maju lain. Tak ubah seperti apa yang telah berlaku di dalam Peristiwa Memali 1985. Seolah-olah tidak ada cara yang lebih baik untuk selesaikan masalah berbangkit.

Beli Sukhoi bukan kerana negara terancam – Najib
KUALA LUMPUR 10 Julai – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, pembelian 18 pesawat pejuang pelbagai fungsi Sukhoi SU-30 MKM dari Rusia tidak bermakna keselamatan negara kini terancam. Sebaliknya, kata beliau, pembelian tersebut adalah satu proses pemodenan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk mempertahankan ruang angkasa negara selaras dengan pembangunan keupayaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Ulasan: Kita beli berdasarkan kemampuan dan kehendak kita. Cuma jangan beli kerana mendapatkan komisyen seperti apa yang terjadi dalam kes pembelian kapal selam untuk TLDM. Cara mudah untuk mencuri wang rakyat. Di sebalik keselamatan negara pun ada orang yang ambil peluang untuk menambahkan wang haram.

334 remaja maut kemalangan sehingga Mei
KUALA LUMPUR 10 Julai – Seramai 334 remaja berusia 16 hingga 20 tahun terbunuh dalam kemalangan melibatkan motosikal bagi tempoh lima bulan pertama tahun ini.
Golongan penunggang serta pembonceng pada usia itu mencatatkan kematian tertinggi iaitu kira-kira 22.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kemalangan di negara ini.
Ketua Pasukan Trafik Bukit Aman, Datuk Nooryah Md. Anvar berkata, punca utama peningkatan jumlah kemalangan dan kematian melibatkan golongan muda itu adalah sikap pemandu yang negatif, cuai dan suka memandu laju. Nooryah memberitahu, sehingga Mei lalu, seramai 1,502 penunggang dan pembonceng motosikal terbunuh.

Ulasan: Sayangilah nyawa anda. Jom bersama-sama berdoa supaya mati di jalan Allah membela agama Islam.

Peniaga bumiputera di KLCC makin tertekan
KUALA LUMPUR 10 Julai – Kira-kira 12 peniaga bumiputera di Suria KLCC kini semakin tertekan apabila pihak pengurusan pusat beli-belah terkenal itu menaikkan sewa tapak lebih 50 peratus setiap tiga tahun.
Pemilik premis Kelantan Delights, Juhaidi Yean Abdullah ketika dihubungi berkata, banyak tekanan diberikan oleh pihak pengurusan Suria KLCC yang bertujuan untuk mengusir mereka. Jelasnya, peningkatan kadar sewa sebanyak kira-kira RM15,000 setiap tiga tahun jelas menekan peniaga bumiputera di pusat beli-belah itu.
‘‘Bayangkan dari sewa sebanyak RM14,000 sebulan enam tahun lalu kini telah meningkat menjadi RM43,000 sebulan.
Dia juga kesal kerana pertemuannya dengan pihak pengurusan tertinggi Petronas untuk membincangkan perkara tersebut tidak mendatangkan sesuatu yang positif.
‘‘Sayangnya, aduan daripada seorang peniaga bumiputera yang bermasalah hanya dipandang mudah dan diserahkan kepada pengurus Suria KLCC yang bukan berasal dari negara ini untuk menyelesaikannya,’’ ujarnya.

Ulasan: Baru 50 tahun merdeka, apa sudah jadi? Selagi UMNO berkuasa, kekuatan bangsa Melayu akan pupus kerana, di ketahui umum, pagar makan padi.

Gagasan Islam Hadhari disokong
PUTRAJAYA: Anggota Akademi Fikah Islam Antarabangsa (IIFA) menyokong gagasan Islam Hadhari yang dicetuskan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana ia mampu membuka mata dunia, terutama Barat berhubung konsep keterbukaan dalam Islam.
Sehubungan itu, Malaysia sebagai pengerusi Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) disaran memperkenalkan Islam Hadhari di seluruh dunia sebagai pendekatan terbaik dan ideal dalam pentadbiran negara Islam, selain mengubah persepsi negatif barat terhadap Islam.


Ulasan: Rasulullah s.a.w. hanya membawa risalah Islam kepada umat manusia tidak Islam Hadhari. Kenapa takutkan kuasa Barat? Semak semula iman kepada Islam.

Muslim diingat usah bergantung import
KUALA LUMPUR: Negara Islam mengimport terlalu banyak bahan makanan menunjukkan rakyat dan bangsa di sesebuah negara itu lemah sehingga menyebabkan mereka sentiasa berasa tidak selamat setiap kali berdepan suasana kegawatan.

Ulama: Kita ghairah untuk hidup seperti dunia maju. Tidak ada negara maju yang bergantung kepada import bahan makanan. Kita ingat kita boleh makan besi bila terjadi kegawatan. Pertanian negara mesti di berikan keutamaan.
Kenapa kita suka sangat dengan makanan import?

Acara ambang merdeka tak dibenar: Rais
PUTRAJAYA: Semua acara persendirian tidak dibenar diadakan di Kuala Lumpur ketika sambutan detik kemerdekaan negara ke-50 pada malam 30 Ogos ini bagi membolehkan rakyat memberikan sepenuh tumpuan meraikan sambutan rasmi di Dataran Merdeka.
Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata sebarang penganjuran acara ambang merdeka termasuk di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) tidak dibenarkan.

Ulasan: Kalau di beri izin, berdasarkan pengalaman lalu ramai yang akan berZINA di malam itu. Menyambut kemerdekaan dengan berzina? 

BPR buka 1,317 kertas siasatan tahun lalu
BADAN Pencegah Rasuah (BPR) membuka 1,317 kertas siasatan sepanjang tahun lalu dengan 730 kes atau 55.43 peratus masih disiasat, manakala 44.57 peratus atau 587 kes sudah diselesaikan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Ulasan: Bukan hanya menghiburkan hati rakyat mengenai berapa kertas siasatan yang di buka untuk penyiasatan tetapi juga siapa high profle yang terlibat. Juga pastikan: Sila beri laluan bebas untuk BPR menyiasat dan Jabatan Peguam Negara jangan berpilih dalam melaksanakan keadilan. Jangan sampai negara kita penuh dengan perasuah.

Padah amal diet Barat
WASHINGTON: Wanita China selepas menopaus yang mengikut diet ala-Barat dengan makan daging dan manisan berlebihan berdepan risiko tinggi mendapat kanser payu dara berbanding pemakanan tradisional iaitu sayur dan soya, menurut satu kajian.
Kira-kira 3,000 wanita di Shanghai menghidap barah, separuh daripada mereka diserang kanser payu dara kerana cara pemakanan itu, kata penyelidik yang menulis dalam jurnal Epidemiologi Kanser, Penanda Biologi dan Pencegahan.

Ulasan: Jangan tertipu dengan cara hidup Barat. Kita mempunyai cara hidup yang tersendiri dan unggul.

China hukum mati bekas ketua kawalan makanan
BEIJING: Bekas ketua ubatan dan makanan China menjalani hukuman mati semalam, lapor media tempatan yang menyifatkannya sebagai simbol rasuah negara itu.
Zheng dijatuhi hukuman mati lewat Mei lalu selepas didapati bersalah menerima 6.5 juta yuan (RM2.89 juta) dalam bentuk rasuah sebagai pertukaran meluluskan beratus ubatan, sesetengahnya terbukti berbahaya.

Ulasan: Curi telur ayam ada hukuman, di setengah-setengah negara terutama yang belum maju curi wang rakyat kenapa di biar bebas?

Internet blamed for Shanghai teen pregnancies
BEIJING (Reuters) - Nearly half of the pregnant teens in China's financial hub, Shanghai, met their partners on the Internet, state media said on Tuesday.
Zhang Zhengrong, a doctor who oversees the city's first-aid hotline for pregnant teens, said 46 percent of the more than 20,000 teenage girls who called the hotline over the past two years said they had had sex with boys they met on the Internet.
Zhang blamed the situation on adult Web sites, videos and books and appealed to parents, teachers and society at large to pay more attention to sex education.

Ulasan:  MARI SAMA-SAMA KITA JAYAKAN KEMPEN ANDA BIJAK JAUHI ZINA ANJURAN JIM.
Kerajaan tolong tutup jalan-jalan kepada zina.
Dari akhbar…Ketua Wanita Pertubuhan Jamaah Islam Malaysia, Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj berkata sedihnya gejala zina pada masa kini dilihat seolah-olah semakin berleluasa.

Katanya, ada antara pelaku melakukannya tanpa segan silu serta seakan tidak takut dengan hukuman atau balasan terhadap perbuatan keji itu.

Dr Harlina berkata, walaupun zina dilakukan dengan kerelaan pasangan terbabit, perbuatan itu adalah salah dan lebih buruk, perbuatan itu membawa banyak kesan negatif dalam masyarakat dan keluarga serta individu itu sendiri.

Katanya, Islam sendiri melarang keras zina melalui, firman Allah bermaksud: ‘Dan janganlah kamu mendekati zina, kerana sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk.’ - (Surah al-Israk, ayat 32).

“Zina bukan hanya dilihat haram dari sudut hukum agama, tetapi juga kesan yang akan dibawanya pada masa depan…..

No comments: