ANKARA - Turkey's Constitutional Court Thursday rejected demands to annul government reforms introducing the election of the president by popular vote, a major victory for the Islamist-rooted ruling party. The court's deputy head Hasim Kilic said a simple majority of the 11 judges on the panel ruled against the demand by Turkey's current president and the main opposition party to cancel the package of constitutional amendments. "Six of our judges ruled that there was nothing unconstitutional about the reform package," Kilic told reporters here. "The package is still in force."… (AFP, 5/7/07).
Ulasan: Berilah peluang kepada rakyat yang semakin cerdik untuk memilih kerajaan dan presiden yang baik untuk negara. Selamat memilih kerajaan yang bebas rasuah. Semoga rakyat Malaysia pun sedemikian.
MTUC tidak didalangi pembangkang
KUALA LUMPUR 5 Julai – Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menegaskan bahawa kesatuan itu tidak mempunyai sebarang agenda tersembunyi dalam memperjuangkan gaji minimum RM900 sebulan dan Elaun Sara Hidup (COLA) RM300 untuk pekerja sektor swasta. Presidennya, Syed Shahir Syed Mohamud berkata, beliau bersama barisan tertinggi kesatuan memperjuangkan kedua-dua isu itu bukan bertujuan untuk berkempen pada pemilihan MTUC yang akan diadakan tidak lama lagi. Sebaliknya, jelas beliau, MTUC yang mempunyai keahlian kira-kira 500,000 orang telah memperjuangkan perkara itu sejak 10 tahun lalu.
Ulasan: Asalkan yang menang ialah rakyat yang tertindas.
Alam sekitar WPI perlu dilindungi – PM
JOHOR BAHRU 5 Julai – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahukan semua yang terlibat dalam pembangunan Wilayah Pembangunan Iskandar melindungi alam sekitarnya.
Ulasan: Selamat menjaga alam sekitar seluruh negara. Bukan hanya WPI. Jangan jadi macam Pasir Gudang, yang di rancang hebat, tapi pencemaran yang teruk. Sila tanya penduduk Pasir Gudang, klinik berdekatan dan pakar pencemaran..
Kerajaan sedia beri kerakyatan kepada Mariam: PM
JOHOR BAHRU: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (gambar) berkata, kerajaan sedia memberi kerakyatan Malaysia kepada Mariam Johari, 86, yang terkandas di Korea Selatan selepas mengikut seorang lelaki ke negara itu, 64 tahun lalu.
Ulasan: Kerajaan sepatutnya menyayangi warganegara kita di mana saja.
Kontrak 4 kantin kotor ditamat
KUALA LUMPUR: Empat pengusaha kantin, masing-masing dua di Kelantan dan Kedah, ditamatkan kontrak mereka serta-merta selepas didapati gagal menepati kriteria kebersihan ditetapkan sehingga berlaku keracunan makanan di kalangan pelajar.
Ulasan: Sayangilah anak-anak pelajar sekolah. Jangan hanya berniaga saja tetapi ambil kira kebersihan. Tunaikan hak kepada sebagai pembeli kerana tiap-tiap hari membawa duit untuk kepada peniaga.
Harga beras naik 10 sen
KUALA LUMPUR: Kenaikan harga beras putih tempatan, wangi dan basmati yang diimport antara lima hingga 10 sen sekilogram serta 20 sen bagi beras pulut tidak dapat dielakkan berikutan peningkatan harga komoditi itu di pasaran antarabangsa.
Padiberas Nasional Berhad (Bernas) dalam kenyataan semalam berkata harga beras import pelbagai gred secara purata meningkat antara 10 hingga 100 peratus sejak 2005.
Ulasan: Akhirnya kerajaan BN terpaksa mengaku kalah (secara senyap-senyap?) kerana telah dua kali menaikkan harga petrol dan diesel, elektrik dan air membuka ruang kepada syarikat menaikkan harga barangan yang terpaksa di bayar oleh rakyat. Rakyat telah faham dari awal lagi drama ini.
Kikis sikap mudah minta maaf
PUTRAJAYA: Pemimpin Umno perlu mengikis sikap mudah meminta maaf yang hanya merugikan bangsa Melayu dan menghilangkan maruah parti sebagai pelindung orang Melayu, kata Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamad Khir Toyo.
Ulasan: Selama ini pemimpin Umno mudah minta maaf kepada rakyat bukan Islam menyebabkan orang lain mempersoalkan hak istimewa orang Melayu seperti di berikan di dalam perlembagaan negara. Tetapi pemimpin Umno sukar minta maaf kepada pemimpin pembangkang Melayu walaupun telah jelas kesilapannya menyebabkan kedudukan pemimpin UMNO sekarang bukan lagi pelindung orang Melayu. Kehebatan pemimpin UMNO hanya sebagai pagar yang makan padi.
No comments:
Post a Comment