KUALA LUMPUR 16 Julai – Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal mendoakan operasi mencari dan menyelamat helikopter Nuri Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bersama enam krewnya akan menemui kejayaan tidak lama lagi….
Ulasan: Amin. TUDM, TLDM dan tentera darat perlu minta kerajaan supaya cepat melupuskan helikopter Nuri yang telah menyebabkan ramai tentera kita yang terlatih kehilangan nyawa di dalam kemalangan sejak 30 tahun lalu.
Kepada orang tertentu: Jangan pula sibuk meminta komisyen untuk diri dan puak tertentu bila kerajaan putuskan pembelian helikopter baru seperti apa yang berlaku dalam pembelian kapal selam dari Peranchis yang semua tahu.
Pendidikan berkualiti julang martabat Islam
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata pendidikan adalah cara utama untuk mengubah status sebahagian besar negara Islam yang masih mundur kerana rakyatnya tidak menguasai bidang ilmu. Perdana Menteri berkata, hanya dengan penguasaan ilmu umat Islam akan dapat mengembalikan semula kegemilangan tamadun Islam pada masa lalu.
Beliau berkata, kegagalan banyak kerajaan Islam menyediakan sistem pendidikan berkualiti kepada penduduknya menyebabkan dunia Islam hingga kini masih dicengkam kadar buta huruf yang tinggi hingga mengakibatkan mereka terus dibelenggu kemiskinan.
Ulasan: Belajar bukan hanya untuk bekerja mencari makan tetapi untuk menguasai ilmu. Di samping itu mesti prihatin dengan masyarakat dan politik negara. Barulah akan lahir generasi baru yang menguasai ilmu, sayang kepada rakyat dan boleh memimpin negara yang bebas dari rasuah.
Amah remaja dihukum pancung
COLOMBO: Seorang remaja Sri Lanka yang bekerja sebagai pembantu rumah di Arab Saudi dikenakan hukuman pancung selepas didapati bersalah membunuh bayi majikannya. Sebuah mahkamah Arab Saudi menjatuhkan hukuman mati ke atas Rizana Nafeek pada 16 Jun lalu selepas mendapatinya bersalah dan memberinya tempoh sehingga semalam untuk merayu hukumannya.
Aktivis hak asasi manusia berkata, kematian bayi itu didapati akibat kemalangan….
Ulasan: Kenapa Saudi Arabia mengadili Rizana tanpa peguam bebas. Negara yang kaya sewajarnya melantik peguam untuknya. Jangan terlalu cepat menghukum.
Bush Desak Negara Arab Agar Dukung Abbas
Washington - Presiden AS George W. Bush, Senin, menelefon pemimpin Arab Saudi, Jordania dan Mesir guna mendesak mereka agar mendukung Presiden terkepung Palestina Mahmoud Abbas, demikian keterangan Gedung Putih….(Republika online 17/7/07).
Ulasan: Dalam apa saja, kita mesti bersatu dengan siapa saja di dalam melaksanakan keadilan bukan membela kezaliman. Mengapa Presiden Palestin bertindak di luar undang-undang dan perlembagaan Palestin. Ketahuilah bahawa kerajaan darurat yang di lantik adalah menyalahi undang-undang yang ada (ultra-vires).
Tapi kenapa Amerika Syarikat masih sayang kepadanya?
No comments:
Post a Comment