KUALA LUMPUR: Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang mahu mengadakan demonstrasi jalanan kerana ia hanya mencetuskan huru-hara dan mengganggu ketenteraman awam, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar. Beliau berkata, tindakan Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Barang (Protes) demonstrasi jalanan bukan kaedah betul untuk menyampaikan sebarang pendirian atau bantahan terhadap kenaikan harga bahan api di negara ini…(BH, 8/7/08).
Ulasan: Menteri Luar dulu (sekarang Menteri Dalam Negeri) sepatutnya boleh menilai bagaimana polis di London dan New York mengizinkan perhimpunan aman dan menjaga supaya perhimpunan tetap aman. Menteri kita pula tidak mengizinkan kerana bersangka buruk ia akan hanya mencetuskan huru-hara dan mengganggu ketenteraman awam. Seluruh dunia maklum bahawa siapa yang selalu menyemai (plant) provokasi (provocateurs). Mana satu lebih baik: Izinkan kemarahan rakyat di suarakan melalui perhimpunan aman ATAU biarkan rakyat marah tapi di takutkan dengan tindakan polis sehingga akhirnya rakyat naik minyak. Kena sedar bahawa gaji menteri serta polis pun di bayar dengan wang rakyat bukan wang BN.
Singapura mahu beli 100 pesawat kalis radar F-35
WASHINGTON 8 Julai 2008 – Singapura menunjukkan minat untuk membeli sehingga 100 pesawat F-35 Joint Strike Fighter keluaran Lockheed Martin Corp untuk beberapa dekad akan datang, sekali gus menyamai pelan pertahanan udara Israel.
“Israel menyatakan mereka mahu membeli sehingga 100 pesawat. Singapura juga pada asasnya menyatakan perkara yang sama,” kata Ketua Program Pentagon, Mejar Jeneral Charles Davis. Pembangunan F-35 yang merupakan pesawat kalis radar dibiayai bersama oleh Britain, Itali, Belanda, Turki, Kanada, Australia, Denmark dan Norway….
Ulasan: Jiran yang sanggup merampas wilayah jirannya sudah berminat untuk menyamai pertahanan udara Israel. Apakah kita terlena (dengan duit atas angin) dengan beberapa buah jet pejuang Sukhoi dan beberapa lagi kapal selam Scorpene?
PM: Satu pengkhianatan perbuatan sebar fitnah, bohong timbulkan persepsi negatif negara
PUTRAJAYA 7 Julai 2008 – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, perbuatan pihak tertentu menyebarkan fitnah dan pembohongan secara meluas sehingga menimbulkan persepsi negatif yang mengetepikan kebenaran merupakan satu perbuatan khianat terhadap negara. Sambil meminta gejala itu dihentikan segera, Perdana Menteri menegaskan, suasana yang meresahkan rakyat itu berpunca daripada tingkah laku segelintir pihak yang ternyata tidak menghormati prinsip-prinsip Kepercayaan Kepada Tuhan, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang serta Kesopanan dan Kesusilaan…
Ulasan: Sekiranya terdapat bukti sedemikian, kerajaan perlu menegakkan keadilan dan di lihat menegakkan kuasa mahkamah dalam memberi keputusan yang adil.
Agong diminta campur tangan, hak bumiputera makin terhakis
KUALA LUMPUR 7 Julai – Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin diminta campur tangan di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan bagi menangani penghakisan hak-hak keistimewaan bumiputera yang semakin berleluasa sekarang.
Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) membuat saranan itu ekoran tindakan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengambil kuota biasiswa pelajar-pelajar bumiputera untuk diberikan kepada pelajar-pelajar bukan bumiputera…
Ulasan: Ini semua UMNO yang buat hal. Cukuplah UMNO memerintah dengan berlaku curang kepada bengsa sendiri.
Semua jelas, tidak perlu bukti - Syed Hamid
KUALA LUMPUR 7 Julai - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar menegaskan, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu membuat helah berhubung isu campur tangan Amerika Syarikat (AS) dengan meminta kerajaan mengemukakan bukti pula.
Beliau berkata, tindak-tanduk bekas Timbalan Perdana Menteri itu selepas timbulnya laporan liwat yang dihadapinya ternyata sudah menjelaskan segala- galanya kepada rakyat...
Ulasan: Bila menteri pun berfikiran begitu, negara di undang malapetaka. Kita kena adil kepada semua dengan mendatangkan bukti jangan asyik menuduh orang. Kalau jadi di bawa ke mahkamah, tentu menarik.
Demonstrasi bukan penyelesai masalah
PUTRAJAYA: Demonstrasi membantah penstrukturan semula subsidi minyak tidak akan menghasilkan sebarang penyelesaian kepada masalah itu kerana ia bukan saja dihadapi negara, malah seluruh dunia, kata Datuk Seri Najib Razak. Timbalan Perdana Menteri berkata, janji kosong atau langkah penyelesaian tidak realistik seperti dibuat parti pembangkang juga tidak akan mampu mengatasinya, sebaliknya merugikan lagi rakyat dan negara dalam jangka panjang...(BH, 8/7/08).
Ulasan: Berikan laluan untuk rakyat menyuarakan ketidakpuasan hati mereka. Bila semua kebebasan di tutup dengan paksaan, amankah negara? Rakyat bukan hanya binatang ekonomi.
Enam pegawai wanita TLDM catat sejarah
SEPANGGAR: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mencatat sejarah tersendiri apabila enam pegawai wanita yang berkhidmat di Markas Wilayah Laut II di sini, buat julung kalinya disenarai dalam operasi menggempur musuh negara di perairan Sabah…
Ulasan: Sampai bila kehebatan wanita di tonjolkan bila menandingi lelaki?
Latihan bersama polis, tentera uji kesiapsiagaan
PUTRAJAYA: Rakyat sepatutnya lebih bimbang dengan tindakan pihak tertentu cuba mencetuskan suasana tidak selesa menerusi demonstrasi dan bukannya latihan bersama antara tentera dan polis.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, berkata ini kerana latihan bertujuan menguji tahap kesiapsiagaan dalam memelihara ketenteraman negara sedangkan demonstrasi hanya menjejaskan ketenteraman awam…
Ulasan: Penggunaan polis (termasuk FRU) yang memang di latih khusus berdepan dengan rakyat untuk menjaga keselamatan awam pun kadang-kadang polis bertindak agak kasar dan melampau (sila lihat laporan polis serta kes mahkamah). Inikan pula tentera yang di latih khusus untuk menembak @ membunuh (satu peluru satu nyawa) demi mempertahankan negara dari di serang musuh. Bila kerajaan sudah melibatkan tentera untuk berdepan dengan rakyat bermakna kerajaan sudah tidak sayang lagi dengan rakyat.
No comments:
Post a Comment