Kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat pada persidangan media di Kota Darulnaim petang 21/7/08:
"PAS akan lebih berhati-hati agar tidak terkena perangkap Umno kali kedua. Itu bukan cara parti yang memperjuangkan Islam berpolitik di mana cara berkenaan tidak ubah seperti menolong pihak lawan dan bukannya untuk menjaga kestabilan parti. Itu perangkap namanya.
Umno sekarang sudah lemas dan dia nak minta tolong PAS, sedangkan PAS sendiri bekerja keras untuk melemaskan Umno, tetapi apabila Umno lemas sekarang kita nak angkat dia balik, itu bukan kerja kita.
Biar lemaslah dia, dah 50 tahun kita lawan Umno, bila dia lemas kita lanyak dia...sepatutnya begitu.
Kita nak jaga Islam, jaga Umno apa yang akan kita dapat.
Umno ni sebenarnya parti yang melonggarkan iman, orang Melayu selama ini longgar kerana Umno.
Tetapi kalau PAS nak jaga Islam, bukan caranya untuk PAS bekerjasama dengan Umno, sebab parti itu parti sekular yang hanya memperjuangkan dasar untuk dunia semata-mata.
Saya setuju benar biar Umno jadi pembangkang bukan sahaja di Kelantan, tetapi di seluruh negara termasuk di peringkat pusat."...(http://malaysianunplug.blogspot.com/2008/07/pas-umno-secret-meeting-pass-nik-aziz.html).
Ulasan: Kita sewajarnya cekap dan bijaksana berpolitik bila berdepan dengan musuh lama yang menggunakan apa saja cara melanjutkan pemerintahannya hatta sanggup menggunakan hujjah agama. Jangan sampai masuk perangkap UMNO yang menyebabkan kerugian kepada perjuangan Islam yang di pupuk dan di semai sejak dulu. Rasa-rasanya apakah kekuatan PAS sekarang sudah hebat sehingga menjadikan PAS berdiri lebih tinggi atau pun sama tinggi daripada UMNO yang memegang kuasa sampai sekarang? Jangan cepat perasan. Orang yang lemas (UMNO) akan berpaut kepada apa saja asal selamat walaupun orang yang mahu menyelamatkannya (PAS?) pula mati lemas. Jangan khianati perjuangan Islam selamanya.
No comments:
Post a Comment