Wednesday, February 16, 2011

Demonstrasi: Najib tak perlu bagi amaran

KUALA LUMPUR, 14 Feb: Ahli jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak perlu mengingatkan rakyat Malaysia agar tidak menggunakan demonstrasi jalanan sebaliknya memastikan demokrasi di negara ini tidak tercemar.

"Saya harap apa yang berlaku di Mesir dan Tunisia menjadi pengajaran kepada semua negara diktator.

"Perdana Menteri memberi amaran jangan buat seperti di Mesir, sebenarnya amaran itu tak perlu buat kerana kalau ada demokrasi tak berlaku seperti di Mesir. Beri kebebasan kepada rakyat berhimpun, berceramah, berorganisasi dan polis pengawal keamanan bukan penjaga rejim seperti yang berlaku di Mesir," tegasnya.

Tambahnya, pemerintah diktator tidak akan kekal lama sebaliknya akan digulingkan jika rakyat benar-benar bangkit.

"Selepas 30 tahun sudah tumbang dan semalam dilaporkan polis pula buat tunjuk perasaan minta kenaikan gaji. Ini jadi pengajaran sebab tak ada negara lagi melainkan India yang tukar rejim melalui pilihanraya. Thailand, Indonesia, Filipina, Iran, Tunisia dan sekarang Mesir pula menggunakan perarakan rakyat untuk menjatuhkan kerajaan," katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyertai Solidariti Bersama Kebangkitan Rakyat Mesir menyerahkan nota ucapan tahniah kepada rakyat Mesir kepada pihak kedutaan negara itu di sini, hari ini.

Solidariti itu menuntut Majlis Tertinggi Tentera Mesir agar terus memberikan ruang demokrasi kepada rakyatnya….

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30854:demonstrasi-najib-tak-perlu-bagi-amaran&catid=1:utama&Itemid=50

No comments: