BAITULMAQDIS 17 Feb. - Satu rakaman video mengenai kejayaan ketua tentera Israel yang baru bersara secara tidak langsung mengesahkan penglibatan negara Zionis Israel itu dalam serangan ke atas program nuklear Iran dan Syria, menurut sebuah akhbar harian Israel.
Akhbar Haaretz melaporkan, video yang disiarkan pada majlis perpisahan Ketua Turus, Gabi Ashkenazi pada Isnin lalu merakamkan serangan bom ke atas reaktor nuklear di Syria pada 2007 dan kerosakan program nuklear Iran melalui cacing komputer, Stuxnet.
Akhbar itu berkata, rakaman itu juga menunjukkan liputan pertanyaan sama ada Israel mungkin terlibat dalam kedua-dua serangan tersebut.
Kedua-dua kejadian itu berlaku ketika Ashkenazi memegang jawatan sebagai Ketua Turus Tentera Israel, namun rejim Zionis Israel tidak pernah mengaku terlibat dalam kedua-dua serangan tersebut.
Bagaimanapun, dokumen yang didedahkan oleh laman web WikiLeaks menunjukkan pasukan udara Israel mengebom reaktor nuklear Syria beberapa minggu sebelum ia mula beroperasi. – AFP
Ulasan: Demikianlah tindakan haram oleh negara haram yang menguasai Palestin walaupun tidak mengaku terlibat awalnya.
No comments:
Post a Comment