“Kita bukan Tunisia dan Mesir. Pemimpin kita, Muammar Gaddafi mengetuai perjuangan di Tripoli dan kita bersama-samanya (Gaddafi),” kata Seif dalam ucapan di televisyen kerajaan, semalam.
Seif yang sebelum ini dipaparkan sebagai tokoh pembaharuan dalam rejim Libya, mengisytiharkan bapanya masih berkuasa dengan mendapat sokongan tentera dan akan ‘berjuang sehingga ke lelaki terakhir, wanita terakhir dan peluru terakhir’…
Ulasan: Senang betul diktator membunuh rakyat yang sudah jemu dengan kerenahnya. Semoga rakyat Libya menang dan dikurniakan negara yang adil, bebas (bukan negara polis/tentera), telus dan anti-korupsi.
No comments:
Post a Comment