Tuesday, February 22, 2011

Tunisia minta ekstradisi Ben Ali

TUNIS 21 Feb. - Kerajaan sementara Tunisia, semalam meminta Arab Saudi mengekstradisi bekas Presiden Zine El Abidine Ben Ali ke negara ini bagi menghadapi pelbagai tuduhan baru ke atasnya.

Perdana Menteri, Mohamed Ghannouchi mengemukakan permintaan rasmi itu kepada Riyadh, menurut satu kenyataan Kementerian Luar yang disiarkan oleh agensi berita TAP.

Permohonan itu dibuat 'selepas beberapa tuduhan baru dikemukakan terhadap bekas Presiden Tunisia itu berhubung pembabitannya dalam beberapa jenayah berat', katanya.

Kerajaan sementara juga meminta maklumat dari Riyadh mengenai keadaan kesihatan Ben Ali, 74, berikutan laporan minggu ini yang melaporkan bahawa beliau mengalami koma akibat tekanan dan kini dirawat di sebuah hospital di Jeddah….

Ulasan: Pemerintah yang zalim akan merasakan dunia ini menjadi terlalu sempit kerana dikelililingi oleh kezaliman yang dilakukan terhadap rakyat.

No comments: