Wednesday, February 23, 2011

Menteri Libya letak jawatan, enggan ikut arahan Gadhafi

2011/02/23 TOBRUK (Libya): Menteri Dalam Negeri Libya, Abdul Fattah Younis al Abidi, berkata beliau sudah meletakkan jawatan daripada kerajaan dan menyertai penunjuk perasaan, yang mana disifatkannya akan mencapai kejayaan dalam tempoh "beberapa hari atau jam". 

Katanya, beliau sudah meletakkan jawatan Isnin lalu selepas mendapat tahu 300 rakyat yang tidak bersenjata dibunuh di Benghazi dalam tempoh dua hingga tiga hari dan mendakwa pemimpin Libya, Moammar Gadhafi merancang serangan ke atas orang awam dalam skala yang lebih meluas. 

"Gadhafi memberitahu saya beliau merancang menggunakan pesawat terhadap rakyat di Benghazi dan saya memberitahunya ratusan rakyat akan terbunuh jika ia dilaksanakan," katanya dalam temubual telefon berbahasa Arab di sini, Rabu (waktu tempatan)…

Ulasan: Bila Libya menggunakan tentera membunuh rakyatnya sendiri, maknanya Gaddafi akan jatuh. Semoga Allah mengurniakan kemenangan kepada rakyat.

No comments: