2011/02/23 TRIPOLI: Presiden Libya, Muammar Gaddafi hari ini memerintahkan polis dan tentera menghancurkan pemberontak yang cuba menggugat pemerintahannya selama 41 tahun dan memberi amaran penunjuk perasaan akan diperangi sehingga ke titisan darah terakhir.
Dalam ucapannya di kaca televisyen awal hari ini, Gaddafi menegaskan beliau akan terus kekal sebagai pemimpin Libya dan bersedia mati syahid bagi mempertahankan tanah airnya.
Sambil mendakwa perjuangannya itu disokong oleh rakyat, beliau memerintahkan polis dan tentera menghancurkan pemberontak yang kian meningkat yang kini mengorbankan ratusan nyawa sejak lapan hari lalu…
Ulasan: Cukuplah 42 tahun memerintah sebagai diktator. Berilah kebebasan kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang lebih baik. Negara Libya bukanlah milik keluarga Gaddafi.
No comments:
Post a Comment