Thursday, August 23, 2007

Bas disaman 94 kali

SLIM RIVER: Amat mengejutkan apabila pemandu bas ekspres yang terbabit nahas di Kilometer 363.9 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Sungkai di sini, kira-kira jam 12.30 tengah malam semalam, mempunyai satu waran tangkap.
Kenderaan dipandunya pula disaman 94 kali dengan majoritinya melebihi had laju sejak Januari 1999 sehingga Mac lalu.
Itulah fakta dapat dicungkil polis ketika menyiasat latar belakang pemandu bas ekspres berusia 52 tahun terbabit…( hmetro, 23/8/07).

Ulasan: Semua rakyat tahu bila rasuah sudah maharaja lela menyebabkan undang-undang dan peraturan seolah-olahnya terbatal. Hapuskan rasuah dan penyelewengan dari negara kita : Bermula dari pemimpin politik kerajaan BN/UMNO dalam setiap peringkat dan kemudiannya rasuah di kalangan penjawat awam bermula dengan ketua. Jangan cuma tumpu ikan bilis saja…terlupa (di arahkan supaya melupakan) jerung.
Rasuah menjatuhkan harga diri sekali pun di puja ramai.

Kekal RM42,000 -- Kerajaan tolak rayuan REHDA naik harga rumah kos rendah RM60,000

KUALA LUMPUR 22 Ogos – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan tetap mempertahankan harga rumah kos rendah pada kadar RM42,000 sebuah demi memelihara kepentingan dan kebajikan rakyat.
Timbalan Menterinya, Datuk Azizah Mohd. Dun menegaskan, pengekalan harga tersebut adalah sejajar dengan dasar kerajaan untuk memberi peluang kepada semua rakyat memiliki rumah serta hidup selesa.
Beliau diminta mengulas isu Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) yang memohon kepada kerajaan untuk menaikkan harga rumah kos rendah kepada RM60,000 sebuah daripada RM42,000 ketika ini. Timbalan Presidennya, Datuk Michael Yam berkata, pemaju tidak mampu lagi menyerap kenaikan kos membina rumah kos rendah ekoran kenaikan harga bahan binaan.

Ulasan: Kerajaan yang di pilih rakyat sewajarnya mengambil kira penderitaan rakyat. Ingat bahawa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bukan kepunyaan pemaju. Kalau kita nak ikut pemaju, sila beranikan diri serahkan balik mandat kuasa kepada rakyat.

Undang-undang syariah terbaik – Gani
KUALA LUMPUR 22 Ogos – Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, Seksyen 3 dan 5 Undang-Undang Sivil 1956 yang berasaskan prinsip Common Law Inggeris, lazim digunakan dalam perbicaraan apabila keadaan memerlukan.
Beliau berkata, kedua-dua seksyen itu memberi peruntukan untuk mengguna pakai norma-norma atau amalan biasa serta prinsip-prinsip lain yang menekankan kepada keadilan dan pembahagian yang saksama mengikut Perlembagaan negara.
‘‘Undang-undang tersebut telah diguna pakai oleh para pengamal undang-undang sejak negara mencapai kemerdekaan pada 1957,’’ katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim semalam mencadangkan rujukan kepada Common Law Inggeris dimansuhkan daripada undang-undang sivil negara.
Menurutnya, penggunaan Common Law hanya menggambarkan minda pengamal undang-undang tempatan yang masih terjajah.
Beliau turut mencadangkan supaya usaha dilakukan untuk memartabatkan undang-undang Islam dalam perundangan negara dan perundangan antarabangsa.
Abdul Gani bagaimanapun berkata, undang-undang Syariah adalah yang terbaik kerana ia menekankan kepada keadilan dan pembahagian hak yang sama.
Katanya, sudah sampai masanya untuk semua pihak memikirkan lebih daripada Common Law untuk prinsip-prinsip keadilan dan pembahagian hak saksama bagi mengisi bahagian-bahagian yang perlu dimantapkan dalam sistem perundangan negara.
‘‘Sudah tiba juga masanya untuk kita mendapatkan prinsip-prinsip tersebut (keadilan) dalam kebudayaan, cara hidup dan agama termasuk agama Islam dan juga undang-undang adat seperti yang diamalkan di Sabah dan Sarawak,’’ jelasnya.
Sementara itu, kata beliau, undang-undang Syariah dilaksanakan di negara ini setelah digubal dan diluluskan oleh Parlimen.
Menurutnya, mengikut undang-undang Syariah, memberi keadilan dan hak saksama kepada yang berhak merupakan prinsip utama mengikut ajaran al-Quran.

Ulasan: Sekurang-kurangnya berikan kebebasan kepada rakyat Muslim mengamalkan undang-undang Syariah di kuatkuasakan di negara ini. Kenapa kerajaan kita yang rata-ratanya daripada anak tempatan tidak merestuinya dan membolehkannya? Sudah 50 tahun merdeka, perangai kita terjajahkah lagi?

Cawangan trafik paling banyak terima aduan rasuah
KUALA TERENGGANU 22 Ogos – Amalan rasuah dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) merupakan aduan paling banyak diterima oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat Mengenai Integriti terutama yang melibatkan anggota bawahan dari cawangan trafik.
Pengerusi jawatankuasa berkenaan, Datuk Dr. Wan Hashim Wan Teh berkata, aduan mengenai integriti pasukan PDRM itu dikemukakan kepada pihaknya semasa sesi pendengaran awam di 11 negeri pada tahun ini.

Ulasan: Hapuskan rasuah dari negara kita tak kira jerung atau pun bilis.

No comments: