KUALA LUMPUR 6 Ogos – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan menentukan tindakan disiplin termasuk buang kerja terhadap Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah yang ditahan atas dakwaan cuba merasuah penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) kelmarin. Dalam kejadian kelmarin, pengarah berkenaan dan pasangannya ditahan ketika cuba memberi rasuah kepada penguat kuasa Jawi dalam serbuan di salah sebuah hotel terkemuka di ibu negara...(UM, 6/7/07).
Ulasan: Dari suatu perbualan haram boleh membawa kita melakukan perbuatan lain yang haram. Mendekati zina dan rasuah tidak layak kita lakukan. Kalau sudah suka bernikahlah secara sah. Jangan menipu diri sendiri dan anak isteri di rumah. Akan hapuskah rasuah dari negara kita?
Pendakwaan lemah, dua lagi kes dibuang
KUALA LUMPUR: Kelemahan siasatan polis dan kegagalan pihak pendakwaan mengemukakan saksi penting sekali lagi menyebabkan mahkamah terpaksa melepaskan tertuduh dalam dua kes berasingan, semalam...(BH, 6/7/07).
Ulasan: Pendakwaan lemah cara terbaik untuk lepaskan ‘kawan’. Di manakah keadilan?
Peniaga jamu dakwa HAS cuai, fail saman RM1.15 juta
ALOR STAR: Seorang wanita peniaga jamu yang menanggung kesakitan tiga tahun selepas tiub sebesar pangkal lidi tertinggal di dalam badannya ketika pembedahan batu karang pada 2004 menyaman Hospital Alor Star (HAS) dan kerajaan Malaysia berjumlah RM1.15 juta, semalam. Rusinah Yatim, 44, menamakan Pengarah HaAS sebagai defendan pertama dan kerajaan Malaysia sebagai defendan kedua....(BH, 6/7/07).
Ulasan: Kecuaian profesional dari penyedia perkhidmatan. Kalau saman lebih banyak pun sebagai amaran supaya lebih cermat di masa akan datang. Semoga mendapat keadilan dari mahkamah.
Abdullah sertai konvoi kemerdekaan
MELAKA: Nostalgia kepulangan bersejarah Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj dari London untuk mengumumkan tarikh kemerdekaan negara akan diimbau kembali menerusi perarakan konvoi kemerdekaan ke-50, diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 17 Ogos ini...(BH, 6/7/07).
Ulasan: Setelah 50 tahun berlalu rupa-rupanya sebenarnya kemerdekaan negara kita hanya memerdekakan nafsu dan memenjarakan Islam. Hasilnya dapat di lihat dari jenayah yang ada, masalah sosial. Islam di turunkan untuk menjadi panduan hidup untuk manusia tetapi kini tidak boleh di amalkan di negara sendiri tanpa penjajah. Apakah kita merdeka?
PM beri amanat kepada 300 Adun
IPOH: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan menyampaikan amanat penting kepada kira-kira 300 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) yang menyertai perhimpunan tiga hari Kelab Ahli Dewan Undangan (Adun) SeMalaysia di Kuantan, Pahang, esok...(BH, 6/7/07).
Ulasan: Rakyat sungguh suka JIKA PM berwasiat supaya semua Adun BN supaya jangan amalkan rasuah, jangan mengaut harta negara secara tidak halal, dan menjadi khadam kepada rakyat dan BN pertama kali akan masuk gelanggang pilihanraya tanpa menipu sikit pun.
Pelajar diajar antirasuah
BEIJING: Pelajar sekolah di ibu negara China akan diajar antirasuah sebagai mata pelajaran wajib tahun ini termasuk kajian kes membabitkan pegawai yang dihukum, lapor akhbar semalam. ...(BH, 6/7/07).
Ulasan: Pelajar adalah pemimpin hari esok. Jangan hanya guru yang sibuk mengajar antirasuah kepada pelajar tetapi pemimpin politik lain meneruskan amalan tradisi penyalahgunaan kuasa. Semua ini mengajar rakyat supaya cintakan rasuah. Rasuah bukan cara kita kerana haram.
Dua amah Indonesia maut dibelasah anak majikan
JEDDAH: Dua pembantu rumah Indonesia mati dipukul, manakala dua lagi dirawat di unit rawatan rapi di sebuah hospital di Riyadh dalam satu kejadian yang dipercayai dilakukan anak lelaki majikan mereka. Seorang suspek berusia 17 tahun dilaporkan ditahan di sebuah hospital mental dan polis turut menahan bapa remaja berkenaan selepas kejadian di Aflaj...(BH, 6/7/07).
Ulasan: Apakah hukuman mahkamah? Semoga keadilan di tegakkan di bumi Saudi. Sama-samalah kita tunggu.
Askar AS guna robot dalam operasi Baghdad
LONDON: Tentera Amerika Syarikat (AS) sudah mula menggunakan robot yang dilengkapkan dengan senjata automatik di medan perang Iraq, penggunaan sulung tentera mekanikal itu yang dikawal secara jauh...(BH, 6/7/07).
Ulasan: Rupa-rupanya orang kafir takut mati lantas robot menjadi ganti.
Perbuatan rejim Tel Aviv semakin keji
GAZA: Tentera Israel yang menceroboh Gaza bertindak lebih jauh dengan mencuri wang simpanan penduduk Palestin, memukul wanita dan menyelongkar rumah, lapor agensi berita Ma’an yang memetik kenyataan saksi...(BH, 6/7/07).
Ulasan: Apa yang di harap dari tentera Israel kerana Israel sendiri adalah negara haram yang menduduki negara Palestin dengan sokongan AS dan sekutunya.
No comments:
Post a Comment