Tuesday, August 28, 2007

Kes Zakaria: Perdana Menteri tidak campur tangan

IPOH 26 Ogos – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, beliau tidak campur tangan dalam keputusan menggugurkan 13 pertuduhan ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Pelabuhan Klang, Datuk Zakaria Md. Deros di Mahkamah Majistret Klang, kelmarin.
Abdullah menyatakan demikian ketika diminta mengulas mengenai pengguguran kesemua 13 pertuduhan di bawah Akta Syarikat 1965 yang sepatutnya dikenakan terhadap Zakaria di Mahkamah Majistret Klang, kelmarin. Selain itu, Majistret Fadzilatul Isma Ahmad Refngah turut membenarkan kesemua 39 pertuduhan terhadap tujuh pengarah lain daripada syarikat yang sama digugurkan. Permohonan menggugurkan kes itu dibuat oleh pegawai pendakwa kanan daripada Ibu Pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Azmil Haron setelah mendapat arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya pada 31 Julai lalu...(UM, 27/8/07).

Ulasan: Satu kes pun tak sangkut? Ini amat menghairankan kerana masa menyiasat terbazir. Bukan senang hendak di lihat adil oleh rakyat. Kalau sudah terpaksa, terpaksalah PM masuk campur untuk pastikan keadilan di laksanakan.

Pengusaha bas diberi tempoh dua minggu bayar 70,000 saman

KUALA LUMPUR 27 Ogos – Polis trafik memberi tempoh dua minggu bermula hari ini kepada 293 syarikat dan pengusaha bas di seluruh negara bagi menyelesaikan 70,000 saman tertunggak pemandu bas yang dianggarkan bernilai RM20 juta…(UM, 27/8/07).

Ulasan: Selama ini polis trafik tidur ke?

Peluang pendidikan dinikmati semua
KUALA LUMPUR 27 Ogos – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, konsep demokrasi dalam pendidikan yang menjadi amalan negara ini telah membolehkan semua rakyat tanpa mengira latar belakang mendapat pendidikan yang terbaik.
Beliau berkata, langkah itu juga telah membolehkan lebih ramai pelajar mendapat pendidikan tinggi sama ada di institusi pengajian tinggi awam ataupun swasta….
Menurut Najib, agenda pendidikan bukan sahaja diperjuangkan oleh pemimpin sekarang tetapi telah dimulakan oleh pemimpin terdahulu.
Katanya, Allahyarham bapanya, Tun Abdul Razak Hussein antara tokoh awal yang memperjuangkan kemajuan pendidikan di negara ini…(UM, 27/8/07).

Ulasan: Lebih ramai pelajar mendapat pendidikan tinggi sama ada di institusi pengajian tinggi awam ataupun swasta tapi terpaksa berhutang dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN). Untung Petronas berikan sedikit untuk membantu pendidikan. Kenapa pelajar Melayu ternafi dari hak mendapatkan biasiswa seperti di maktubkan dalam perlembagaan negara.

TPM tonton iklan khas DRB-Hicom
PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam menonton tayangan perdana iklan televisyen khas terbitan DRB-Hicom Bhd sempena ulang tahun ke-50 Kemerdekaan di pejabatnya di sini…(BH, 27/8/07).

Ulasan: Iklan pun ada tayangan perdana? TPM kena ingat kerana DRB-Hicom Bhd adalah syarikat swasta.

No comments: