TAIPING: Dua puluh orang termasuk tiga pasangan suami isteri maut manakala sembilan lagi cedera apabila sebuah bas ekspres terbabas dan terhumban ke dalam parit di Kilometer 229.1 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran kawasan Rehat dan Rawat Bukit Gantang di sini, semalam.
Nahas jalan raya terburuk dalam sejarah negara itu sekali gus menimbulkan semula persoalan berhubung isu pemandu yang mempunyai kesalahan trafik berulang, tetapi masih ‘bebas’ memandu kenderaan awam.
Siasatan awal polis mendapati pemandu bas berkenaan, xxxxxxxxxx, 38, yang turut terbunuh dalam nahas kira-kira jam 4.40 pagi itu, mempunyai 15 kesalahan trafik termasuk dua waran tangkap.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Raja Musa Raja Razak, berkata bas milik Syarikat Kenderaan Bukit Gantang Sdn Bhd yang didaftarkan pada 1987 itu pula mempunyai 19 saman sejak 1991. …(BH, 13/8/07).
Ulasan 1: Dari Forum BORAK SIBER mengenai KEMALANGAN MAUT BAS EKSPRESS di http://www.tranungkite.net/, seorang pengunjung menulis:
Sekadar untuk menguji, suami saya pernah bawa van 130 km/j....tiba2 bas ekspres potong dengan meninggalkan kami tak terkejar...
Baru kami tahu sendiri kehebatan bas ekspres dan pemandunya di negara kita....
Satu soalan yang pasti di tanya oleh towkey kepada orang yg datang temuduga nak minta kerja sebagai pemandu bas ekpres :
Berapa laju kamu boleh pandu?
Soalan itu sepatutnya di jawab: Berapa laju bas ekspres kamu boleh?
Ertinya towkay tidak kisah bas di pandu laju oleh pemandu, yang penting sampai awal, dan penumpang suka.
Towkay tahu apabila berlaku kemalangan, kerugian kpd pemandu, bas, pihak ketiga dan penumpang, akan di uruskan oleh syarikat insurans.
Satu rahsia umum yang semua orang tahu, bas ekspres yang speeding, dah siap peruntukan bulanan untuk penguatkuasa.
Begitulah murahnya harga jiwa pemandu & penumpang di negara kita.
Yg untungnya towkay bas ekspres dan penerima rasuah yg haram.
Apa mahu jadi wahai negaraku?
Kezaliman rasuah sudah nampak depan mata rakyat.
Rakyat nak undi lagi BN/UMNO?
Ulasan 2: Rakyat janganlah cuma salahkan pemandu, towkay, bas dan penguatkuasa yang pelbagai tapi berpunca dari kerajaan BN kita yang tak nampak serius menggempur rasuah dari negara tercinta. Kalau parti sudah hidup selesa dengan rasuah (yang di sebut politik wang), apakah boleh mengisytiharkan perang melawan rasuah dalam negara? Sorry, just no way.
PM mahu vandalisme dikena hukuman berat
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (gambar) mahu pihak yang terbabit dalam vandalisme serta cuai terhadap tanggungjawab menyelenggara aset dan fasiliti negara dikenakan hukuman lebih berat dalam usaha memupuk budaya penyelenggaraan di kalangan rakyat.
Perdana Menteri menegaskan usaha menjana mentaliti kelas pertama di dalam masyarakat merangkumi budaya penyelenggaraan yang jitu seiring dengan pembangunan infrastruktur kelas pertama…
Ulasan: Dari pengalaman, sesuatu peraturan tiada gunanya selagi rasuah bermaharaja lela. Kerajaan di dunia ketiga seronok dengan pembangunan infrastruktur kelas pertama kerana anak-cucu dan kroni mereka boleh mengaut kekayaan secara tidak sah di sebalik pembangunan negara.
Kerajaan yang ada pun sepatutnya mengamalkan sendiri mentaliti kelas pertama dengan menghapuskan rasuah dan tidak mengambil peluang sewaktu berkuasa untuk buncitkan perut dengan kekayaan yang tidak sah. Rakyat yang cerdik sepatutnya pilih kerajaan yang akan hapuskan rasuah dan penyelewangan.
SPR guna dakwat khas pada pilihan raya depan
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menggunakan dakwat tanda kuku atau jari pada pilihan raya umum akan datang bagi menghapus segala keraguan dan dakyah pihak tertentu berhubung penipuan dalam proses pengundian di negara ini yang dibangkitkan selepas pilihan raya umum 2004…(BH, 13/8/07).
Ulasan: Akhirnya di terima juga syor dari PAS…dan parti pembangkang lain. Eloklah SPR membaiki imejnya dengan membantu supaya pilihan raya negara ini berjalan tanpa penipuan. Selama ini rakyat kecewa dengan sikap SPR yang seolah-olah menyebabkan padang permainan menjadi senget sebelah. Kata ahli psikologi : Sikap orang terhadap kita biasanya bermula dengan diri kita sendiri.
No comments:
Post a Comment