ANKARA: Parlimen Turki memilih Menteri Luar, Abdullah Gul, sebagai Presiden, semalam, sekali gus menjadikan beliau pemimpin pertama berlatar belakang Islam menerajui negara sekular itu.
Gul menang 339 undi daripada 550 anggota Parlimen, melepasi majoriti mudah sebanyak 276 undi sebagai syarat menang pengundian buat kali ketiga.…(BH, 29/8/07).
Ulasan: Tahniah kepada seluruh rakyat Turki. Rupa-rupanya Cankaya (Istana Negara Turki) tidaklah kebal selama-lamanya. Selama ini segolongan elit sekular and ketua tentera Turki yang menjauhkannya dari rakyat biasa dan tertindas. Rupa-rupanya Cankaya di punyai oleh 70 rakyat.Turki. Rakyat hakim negara. Selamat memerintah dengan hikmah…
Kita kena teruskan usaha memerdekakan diri dari kemilau dunia.
Jaga keharmonian -- Pihak cetus ketegangan kaum dikenakan tindakan tegas – PM
KUALA LUMPUR 28 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini memberi amaran bahawa kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak-pihak yang cuba mencetuskan ketegangan kaum.
Beliau yang juga Presiden UMNO menegaskan, apa yang dilakukan oleh pihak terbabit boleh memporak-perandakan rakyat dan negara ini.
Menurut Abdullah, negara boleh rosak sekiranya wujud golongan yang sengaja mengeluarkan kenyataan melampau tanpa mengambil kira sensitiviti rakyat pelbagai kaum…(UM, 29/8/07).
Ulasan: Kerajaan BN pun terdiri daripada pakatan berkongsi kuasa 3 parti bangsa/kaum terbesar iaitu UMNO, MCA dan MIC. Di kem masing-masing fikir untuk majukan bangsa sendiri melebihi orang lain…
Menteri akui doktor cuai
PUTRAJAYA 28 Ogos – Kementerian Kesihatan hari ini membuat pengakuan terbuka wujud unsur kecuaian dalam kes bayi Lai Yoke Shan yang mati sel tangan kirinya kerana tersalah suntik oleh seorang doktor pelatih di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang awal bulan ini.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek ketika membuat pengakuan itu juga melahirkan rasa kecewa kerana doktor pakar yang bertugas di HTAR ketika itu hanya memberikan arahan melalui telefon kepada seorang doktor pelatih yang mengendalikan rawatan bayi perempuan berkenaan…(UM, 29/8/07).
… Sehubungan itu, Dr Chua juga berkata, ibu bapa Lai Yok Shan yang berusia sebulan akan dibayar ex-gratia, tetapi jumlahnya akan ditentukan selepas perbincangan dengan Jabatan Peguam Negara…(BH, 29/8/07).
Ulasan: Kerajaan sudah mengaku kecuaiannya. Masa yang terbaik untuk ibu bapa Lai Yok Shan yang berusia sebulan kalau tak setuju dengan bayar ex-gratia, boleh saman kerajaan supaya semua di ambil kira.
Gugur syarat Mandarin – PM
KUALA LUMPUR 28 Ogos – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, Majlis Tertinggi (MT) UMNO mahu sektor swasta yang dikuasai oleh kaum Cina menggugurkan syarat penguasaan dalam bahasa Mandarin bagi pengambilan pekerja di syarikat-syarikat mereka.
Perdana Menteri berkata, perkara tersebut dibincangkan secara panjang lebar dalam mesyuarat UMNO hari ini dan MT menyokong agar syarat penguasaan dalam bahasa Mandarin dihapuskan daripada iklan pekerjaan…(UM, 29/8/07).
Ulasan: Timbul lagi isu bahasa Mandarin pada hal lama di putuskan. Kenapa PM sekarang suka bercakap berkali-kali?
Sukhoi bakal jadi tumpuan
KUALA LUMPUR 28 Ogos - Kehebatan jet pejuang Sukhoi SU-30MKM Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) beraksi di udara akan dipertontonkan kepada orang ramai pada Perbarisan Hari Kemerdekaan ke-50.
Kelincahan dua pesawat pada acara terbang lintas hormat di ruang udara Dataran Merdeka di sini pada raptai perbarisan kemerdekaan ke-50 hari ini mencuri tumpuan peserta perbarisan dan orang ramai…(UM, 29/8/07).
Ulasan: Seolah-olah rakyat hanya di asuh melihat kehebatan orang. Sampai bila? Siapa pengasuh kita?
Pengusaha bas ekspres mahu dialog dengan JPJ
JOHOR BAHRU 28 Ogos – Para pemandu bas ekspres dan operator syarikat bas di Johor Bahru mendakwa Ops Bersih yang dilakukan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengganggu kelancaran operasi mereka untuk mengambil dan menghantar penumpang.
Mereka mendakwa, pemeriksaan yang meliputi lesen memandu, cukai jalan, rekod kesalahan lalu lintas serta ujian air kencing itu boleh menyebabkan sesebuah bas lewat sehingga sejam, sekali gus menyebabkan mereka kerugian dari segi masa dan kos operasi…(UM, 29/8/07).
Ulasan: Denda syarikat yang bersalah dengan JPJ dan kemudian denda bila sesebuah bas lewat. Penumpang yang terbabit di ganti wang dua kali lebih banyak. Ini melatih supaya syarikat menghormati penumpang dan tiketnya.
Jangan semai kebencian
KUALA LUMPUR 28 Ogos – Ahli-ahli politik dinasihatkan supaya jangan menyemai perasaan benci dan sangsi di kalangan rakyat sehingga merosakkan suasana menjelang sambutan ulang tahun kemerdekaan ke-50 Jumaat ini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan semua ahli politik tanpa mengira parti memastikan mereka tidak bertindak sedemikian hanya untuk meraih sokongan dan undi…(UM, 29/8/07).
Ulasan: Ini masalahnya bila parti kerajaan BN pun terdiri daripada pakatan berkongsi kuasa 3 parti bangsa/kaum terbesar iaitu UMNO, MCA dan MIC. Apakah terjadi di kem masing-masing berfikir untuk majukan bangsa lain melebihi bangsa sendiri? Sampai kiamat tak akan selesai kalau kita bersatu di atas nama kaum kita saja. Parti berteraskan bangsa sudah lama ketinggalan zaman. Bayangkan kita sengaja lebih 30 tahun membeli sos tomato yang habis tempoh semata-mata terpesona iklannya…
Kongsi gelap: Pegawai polis disiasat
MIRI 28 Ogos – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Christopher Wan Soo Kee (gambar) hari ini mengesahkan ada pegawai dan anggota polis di Sarawak, termasuk Ketua Polis Daerah yang telah diambil tindakan tertib atau sedang disiasat berhubung penglibatan mereka dengan kegiatan kongsi gelap…(UM, 29/8/07).
Ulasan: Dalam filem Tamil sering berlaku sebegini: polis baik vs polis yang membela kongsi gelap. Jangan jadikan negara ini seperti filem Tamil itu.
IPTA bebas pilih naib canselor
PETALING JAYA: Institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bebas memilih naib canselor dan ahli lembaga pengarah menerusi pemberian kuasa autonomi, yang akan dilaksanakan secara berperingkat dalam proses transformasi dan pembaharuan pengajian tinggi negara.
Selain itu, IPTA boleh membuat keputusan sendiri untuk menambah profesional asing, meningkatkan dana universiti menerusi penyediaan tabung khas dan pemilihan pelajar antarabangsa…(BH, 29/8/07).
Ulasan: Selama ini khabarnya kebanyakan naib canselor IPTA di pilih kerana hubungan politik UMNO melalui PM. Hasilnya bermacam masalah timbul dan tidak membawa IPTA hebat maju ke depan. Sila tanya sendiri pengalaman staf di IPTA.
Baguslah kalau IPTA bebas pilih sendiri naib canselornya. Kalau staf IPTA mengundi calon-calon yang teruji hebat ilmunya dan kepemimpinannya, lebih baik.
Takungan air bawah tanah saiz Singapura ditemui
KUALA LUMPUR: Kawasan takungan air bawah tanah dipercayai seluas Singapura, ditemui dekat Tapah di daerah Batang Padang, Perak, yang boleh dijadikan sumber alternatif bagi menangani masalah bekalan air di Selangor.…(BH, 29/8/07).
Ulasan: Jagalah nikmat Allah sebaiknya untuk kita taatkanNya.
Pekerja berhak dibayar gaji setimpal
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, tiada sebuah negara pun ingin menyekat kenaikan gaji pekerja atau sengaja mengekalkan gaji rendah dalam usaha menarik pelaburan.
Perdana Menteri berkata, semua pekerja memang sepatutnya dibayar gaji setimpal dengan produktiviti dan nilai tambah mereka…(BH, 29/8/07).
Ulasan: Kotakan apa yang kita sebutkan akan mendatangkan kehebatan kepada sebarang pemimpin di mana saja. Sudah laksanakan gaji minimum yang di tuntut oleh MTUC?
No comments:
Post a Comment