KUALA LUMPUR 14 Ogos – Sudah terhantuk baru tengadah. Setelah 20 orang terkorban dalam nahas bas ekspres di Lebuh Raya Utara Selatan awal pagi semalam, pelbagai pihak memberikan cadangan dan idea untuk mengatasi masalah kemalangan maut yang berpunca daripada kelalaian manusia itu.
Hari ini, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Ahmad Mustapha Abdul Rashid mencadangkan kamera automatik dipasang di lokasi-lokasi yang kerap berlaku kemalangan di seluruh negara.
Tetapi soalnya, penggunaan kamera di lokasi-lokasi yang dikenal pasti khususnya di lebuh raya sebagai cara mengurangkan kadar kemalangan telah lama dilakukan tetapi apa yang berlaku ke atas peralatan berkos tinggi itu - sebahagiannya dilaporkan ditinggal tidak berfungsi. Jadi, masalahnya bukanlah peralatan tetapi setiap pihak yang diberi tanggungjawab harus menggunakan peralatan pada tahap maksimum dan sekali gus memastikan penguatkuasaan peraturan jalan raya khususnya pengangkutan awam berjalan dengan baik.
Seperti kes nahas di Lebuh Raya Utara Selatan itu, bagaimana boleh dibenarkan pemandu bas yang mempunyai 15 saman termasuk dua waran tangkap bebas memandu di jalan raya. Bagaimana pula bas Super Express itu yang digunakan sejak 1987 dan gagal empat kali pemeriksaan Puspakom Sdn. Bhd. baru-baru ini kerana masalah brek, disaman 19 kali oleh polis sejak 1991 selain merekodkan 79 saman dengan JPJ sejak lima tahun lalu, masih dibenarkan beroperasi…(UM, 14/8/07).
Ulasan: Ramai orang fikir macam mana hendak habiskan duit rakyat. Selagi rasuah mencengkam negara masalah pelanggaran undang-undang tidak akan selesai. Kerajaan BN/UMNO perlu hapuskan rasuah dan penyelewengan bermula dari pemimpin politik semua peringkat sebagai teladan.
Ibu Pejabat BPR bongkar balak haram Sabah
KENINGAU 14 Ogos – Siasatan lanjut Badan Pencegah Rasuah (BPR) terhadap aktiviti pembalakan haram di sini yang dibongkar kelmarin, mendapati lima daripada tujuh kilang yang diperiksa beroperasi secara haram. Sehubungan itu, badan tersebut kini menyiasat secara terperinci termasuk kemungkinan berlaku perbuatan rasuah melibatkan pegawai perhutanan dan pembalak-pembalak haram berkenaan.
Pengarah BPR Selangor, Mohd. Jamidan Abdullah yang mengetuai operasi di pedalaman daerah ini berkata, siasatan turut menjurus kepada bagaimana boleh berlaku kelemahan penguatkuasaan Jabatan Perhutanan Sabah.
“BPR percaya balak-balak ini dikeluarkan tanpa pembayaran royalti selain ada juga yang ditebang secara haram di hutan terlibat.
“Oleh itu, kita sedang melihat kemungkinan perbuatan rasuah, aspek teknikal dan kelalaian jabatan,” katanya di sini, hari ini.
Ulasan: Selagi rasuah mencengkam negara masalah pelanggaran undang-undang tidak akan selesai. Kerajaan BN/UMNO perlu hapuskan rasuah dan penyelewengan bermula dari pemimpin politik semua peringkat sebagai teladan.
BPR tahan cif inspektor, 6 anggota polis narkotik Sentul
KUALA LUMPUR 14 Ogos – Tujuh anggota polis termasuk seorang berpangkat cif inspektor dari Cawangan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, di sini yang dipercayai melakukan jenayah ‘rasuah berkumpulan’ ditahan Badan Pencegah Rasuah (BPR)…(UM, 14/8/07).
Ulasan: Kerajaan BN/UMNO perlu hapuskan rasuah dan penyelewengan bermula dari pemimpin politik semua peringkat sebagai teladan. Tak mungkin dapat hapuskan rasuah dan penyelewangan kalau pemimpin tidak menunjukkan contoh yang elok.
30.5% pelajar universiti sanggup ambil rasuah
KUALA LUMPUR 14 Ogos – Sebanyak 30.5 peratus pelajar universiti di negara ini yang ditanya pendapat mereka sanggup mengambil rasuah jika diberi peluang berbuat demikian, kata Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR), Datuk Ahmad Said Hamdan. Beliau berkata, penemuan itu adalah hasil satu kaji selidik yang dijalankan oleh sebuah universiti tempatan pada tahun 2003…(UM, 14/8/07).
Ulasan: Pelajar universiti pun terikut dengan gaya pemimpin politik. Kerajaan BN/UMNO perlu hapuskan rasuah dan penyelewengan bermula dari pemimpin politik semua peringkat sebagai teladan. Tak mungkin dapat hapuskan rasuah dan penyelewangan kalau pemimpin kita tidak menunjukkan contoh yang elok. Jangan persalahkan guru dan pensyarah.
Semua lepas tangan
KUALA LUMPUR: Polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) semalam saling menuding jari seolah-olah mahu ‘melepas tangan’ berhubung isu pemandu bas yang mempunyai banyak rekod kesalahan trafik. Pengusaha bas pula memberi alasan sukar mendapatkan pemandu baru hingga terpaksa mengambil pemandu kurang berpengalaman atau yang mempunyai rekod kesalahan lalu lintas.
Alasan itu diberi pihak terbabit ketika mengulas nahas jalan raya terburuk yang mengorbankan 20 orang apabila sebuah bas ekspres terbabas dan terhumban ke dalam parit di Kilometer 229.1 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Kawasan Rehat dan Rawat Bukit Gantang, Taiping, kelmarin…(BH, 14/8/07).
Ulasan: Puspakom pun kena jawab juga. Bila semua lepas tangan, bermakna semua sedikit sebanyak bertanggung jawab. Semua rakyat tertanya-tanya kenapa tidak bermula bermula dari rasuah dan penyelewengan?
Kerajaan BN/UMNO perlu hapuskan rasuah dan penyelewengan bermula dari pemimpin politik semua peringkat sebagai teladan. Tak mungkin dapat hapuskan rasuah dan penyelewangan kalau pemimpin kita tidak menunjukkan contoh yang elok.
Wahai pemimpin, sila baca balik apa kata Allahyarham Prof Syed Hussein Al-Attas mengenai rasuah.
Pelajar hina ‘Negaraku’, Islam mohon maaf
PUTRAJAYA: Pelajar Malaysia di sebuah universiti di Taiwan yang mempersendakan negara, kerajaan, orang Melayu dan Islam dalam klip video bertajuk ‘Negarakuku’, memohon maaf secara terbuka kepada kerajaan dan rakyat negara ini semalam.
Permohonan maaf Wee Meng Chee, pelajar Universiti Ming Chuan kelahiran Muar, Johor itu disampaikan Naib Presiden MCA, Datuk Dr Chua Soi Lek, pada sidang media khas di pejabat Menteri Kesihatan itu di sini.
Perkara itu dinyatakan Dr Chua selepas perbincangan menerusi telefon dengan Meng Chee dan pertemuan hampir sejam dengan bapanya, Wee Ann Hee…(BH, 14/8/07).
Ulasan: Pelajar itu sudah berusia 24 tahun sepatutnya meminta maaf sendiri bukan melalui Menteri Kesihatan yan juga Naib Presiden MCA.
Pengurusan bas Bukit Gantang disiasat
KUALA LUMPUR: Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) akan membatalkan permit Syarikat Kenderaan Bukit Gantang Sdn Bhd (SKBG), jika siasatan mendapati syarikat itu melakukan kesalahan serius mengikut Akta LPKP (1987). …(BH, 14/8/07).
Ulasan: Jangan salahkan cuma pemandu dan syarikat bas ekspres sahaja. Tetapi juga kerajaan kita yang tak serius memerangi rasuah dan penyelewengan bermula dari dalam diri keluar. Peraturan dan undang-undang boleh lepas bila rasuah sudah berleluasa. Nak undi BN lagi?
Kanak-kanak 12 tahun dituduh rogol, culik
JOHOR BAHRU: Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun dan lima remaja lain didakwa di dua mahkamah berasingan di sini, semalam atas tuduhan menculik, merogol dan merompak seorang wanita, awal bulan ini.
Ulasan: Semoga akan tegak keadilan di negara ini. Undang-undang sepatutnya menjadikan Malaysia selamat untuk di diami. Sentiasalah berusaha dan doa supaya anak kita tidak melakukan jenayah.
Angka Perceraian di Indonesia Tertinggi, Dibanding Negara Islam Lain
Indonesia berada diperingkat tertinggi memiliki angka perceraian paling banyak dalam setiap tahunnya, dibandingkan negara Islam didunia lainnya. Hal tersebut diungkapkan oleh Dirjen Bimas Islam Departemen Agama Nazaruddin Umar dalam acara Pembukaan Pemilihan Keluarga Sakinah dan Pemilihan Kepala KUA Teladan Tingkat Nasional, di Asrama Haji, Pondok Gede, Jakarta, Selasa malam(14/8).
Menurutnya, gejolak yang mengancam kehidupan struktur keluarga ini semakin bertambah jumlahnya pada tiga tahun terakhir ini.
"Setiap tahun ada 2 juta perkawinan, tetapi yang memilukan perceraian bertambah menjadi dua kali lipat, setiap 100 orang yang menikah, 10 pasangannya bercerai, dan umumnya mereka yang baru berumah tangga, "jelasnya.
Nazaruddin mengatakan, Islam tegas menyatakan dalam Al-Quran bahwa perceraian itu adalah suatu perbuatan yang halal, tetapi paling dibenci Allah, namun perceraian itu menjadi fenomena yang terjadi di masyarakat Indonesia…(Eramuslim,15 Ogos 07).
Ulasan: Kalau benar-benar mahukan masyarakat yang aman dan damai –tidak kira di mana- masyarakat perlu mengamalkan agama di dalam kehidupan. Allah akan berikan kejayaan dan tranquillity dengan mentaati perintahNya seperti di amakan oleh Rasulullah s.a.w. Bermula dengan diri kita dan sampaikan kebenaran sebaik mungkin kepada masyarakat.
.
No comments:
Post a Comment