KEPALA BATAS: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kerajaan akan menghadapi pilihan raya umum akan datang dengan penuh keyakinan kerana Barisan Nasional (BN) sudah membuktikan keupayaan memerintah negara…(BH, 12/9/07).
Ulasan: Keupayaan BN memerintah negara lebih 50 tahun terbukti dengan berbagai masalah yang ada: pelbagai masalah sosial timbul dari sikapnya mengizinkan pergaulan bebas, zina, arak dan judi, menyebabkan ada pemimpin UMNO dari pelbagai peringkat gemar mengaut duit dan harta untuk anak-cucu dan kroni, dan pelopor politik wang dan tidak memberi izin kepaya pemantau antara bangsa memantau pilihan raya umum di Malaysia.
Bayangkan tentu rakyat lebih sukakan kerajaan yang lebih baik dari BN. Rakyat yang semakin cerdik perlahan-lahan akan mengerti apa ertinya kerajaan yang baik yang berkhidmat untuk rakyat bukan yang membuncitkan perutnya dan kroni berselindung di sebalik nama menolong rakyat.
Keganasan rumah tangga meningkat
BANGKOK: Kajian baru-baru ini mendapati institusi kekeluargaan bukan lagi tempat selamat bagi wanita dan kanak-kanak jika maklumat daripada pelbagai agensi termasuk polis dan Kementerian Kesihatan Awam dipandang serius, menurut penyelidik sosial, Penchan Pradapmuk. Akhbar Bangkok Post melaporkan, perangkaan agensi berkenaan menunjukkan peningkatan dramatik dalam kecederaan dan kematian akibat keganasan rumah tangga, dan penyelidikan Penchan sendiri mengenai perkara itu menunjukkan satu dalam setiap tiga wanita berkahwin adalah mangsa jenayah rumah tangga. Dia juga menyatakan bahawa amalan memukul isteri adalah bentuk paling biasa keganasan rumah tangga di negara itu…(BH, 12/9/07).
Ulasan: Masalah manusia di dunia hanya boleh di selesaikan dengan kita kembali kepada cara hidup Islam yang di redhai Allah.
VIP lindungi pembalak haram
KUANTAN: Rampasan kira-kira 100 tan balak yang dilakukan Jabatan Perhutanan Pahang (JPP) di Hutan Simpan Lesong, dekat Selancar, petang Khamis lalu berlaku dalam suasana tegang apabila seorang lelaki dipercayai orang kenamaan (VIP), cuba mencampuri urusan berkenaan…(BH, 12/9/07).
Ulasan: Seolah-olah hebat bila ada pistol boleh melindungi pembalak haram daripada undang-undang negara. Di syorkan supaya tarik balik pangkat yang di kurniakan kepadanya.
Ingat kadang-kadang bila jenayah yang berlaku dan ada VIP di belakangnya lantas siasatan tergendala dan di tutup. Di manakah keadilan? Apabila ada hubungan yang rapat di antara jenayah dan VIP, sila semak kedudukan rasuah. Siapa sebenarnya menjadi lembu? Biasanya VIP jadi lembu kepada towkay. Sanggup bergadai nyawa demi menyelamatkan towkay. Hindarkan sumber haram dari menjadi rezeki kita.
No comments:
Post a Comment