LANGKAWI: “Marilah kita kotakan apa yang kita katakan.” Itulah mesej Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika menutup Dialog Antarabangsa Langkawi (LID) 2007 yang berakhir di sini, malam tadi. Perdana Menteri menegaskan pelan tindakan ‘Menuju Ke Hadapan’ yang dirumuskan selepas dialog tiga hari yang disertai 40 negara itu, hendaklah direalisasikan di negara masing-masing...(BH, 8/8/07).
Ulasan: Kotakan apa yang di katakan dalam majlis tertentu atau apa yang di buat selama ini? Dalam kebanyakan negara miskin dalam dunia ini serta negara yang membangun, pemimpin politiknya dalam semua peringkat adalah KAYA kerana membolot kekayaan dengan cara yang tidak sah. Rakyat jadi miskin dan tertindas. Pemimpin sebegini perlu menukarkan paradigm pemikiran dan pemahaman untuk berkhidmat kepada rakyat sekiranya mahukan negara maju, sejahtera dan makmur. Jangan menjadikan tempoh berkuasa untuk buat harta melalui anak pinak dan kroni.
Sikap terbuka Pak Lah dikagumi
PEMIMPIN dan delegasi yang menghadiri Dialog Antarabangsa Langkawi (LID), kagum dengan penghormatan dan sikap terbuka yang ditunjukkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad...(BH, 8/8/07).
Ulasan: Sudah semestinya orang yang tahu di utamakan.
Pelajar buat klip video hina Negaraku disiasat
PUTRAJAYA: Polis akan menyiasat perbuatan seorang pemuda tempatan menghasilkan klip video yang mempersendakan lagu Negaraku, memburuk-burukkan negara dan menyentuh sensitiviti agama mengikut Akta Hasutan 1948....(BH, 8/8/07).
Ulasan: Pastikan polis siasat unsur jahat di bendung. Kenapa agama dan negara di persendakan?
Rundingan ganti Nuri lancar
LANGKAWI: Datuk Seri Najib Razak berkata, urusan pembelian helikopter baru Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagi menggantikan pesawat Nuri kini berjalan lancar dan kerajaan akan mengeluarkan tender antarabangsa tidak lama lagi....(BH, 8/8/07).
Ulasan: Pastikan tidak ada orang, berkepentingan atau tidak, menghabiskan duit rakyat melalui komisyen seperti yang berlaku semasa pembelian kapal selam TUDM dulu.
Sultan Selangor tarik balik gelaran Datuk
SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafudin Idris Shah, menarik balik gelaran Datuk seorang ahli perniagaan, Chow C K Kenneth yang didapati bersalah membabitkan kes Suruhanjaya Sekuriti (SC). Mesyuarat ke-122 Dewan Diraja Selangor di Istana Alam Shah, Klang, 2 Ogos lalu, juga menggantung gelaran Datuk bekas Pengarah Urusan NasionCom Holdings Berhad (NCHB), Chee Kok Wing yang menghadapi tuduhan menipu SC. Selain itu, mesyuarat berkenaan mengekalkan keputusan menggantung gelaran Datuk empat penerima darjah kebesaran negeri berikutan kes mereka di mahkamah belum selesai.
Ulasan: Bintang tidak menghalalkan perbuatan salah. Yang bersalah mesti di hukum.
No comments:
Post a Comment