Tuesday, May 22, 2012

Halang atau galakkan niaga depan rumah Ambiga?



Anis Naziri,22 Mei 2012
KUALA LUMPUR: Tindakan pihak berkuasa menangani isu sekumpulan peniaga yang merancang berniaga di kawasan kediaman Pengerusi Bersama Bersih, Datuk S. Ambiga menimbulkan persoalan.

Khususnya, kenyataan daripada Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail, yang tidak menghalang kumpulan berhimpun, dalam masa sama menghalang mereka membuka perniagaan.

"Tindakan atau respons pihak berkuasa, sama ada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) atau polis menimbulkan persoalan.  Adakah mereka ini menghalang? Adakah juga menggalakkan? Saya tidak faham," tegas salah seorang Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah(gambar), hari ini.

Beliau yang dihubungi Harakahdaily, berkata pihak berkuasa sepatutnya bertindak lebih tegas dalam menangani isu ini, memandangkan perbuatan kumpulan itu bukan sahaja terhadap Ambiga, tetapi membabitkan kejiranan bekas Presiden Majlis Peguam itu.

Walaupun hari ini, polis dan DBKL bertindak menghantar beberapa anggotanya di laluan utama memasuki kawasan perumahan Ambiga, Maria beranggapan ia sudah 'terlambat'.

"Kita alu-alukan kawalan mereka, tetapi agak terlambat kerana sebelum ini sudah ada beberapa kumpulan yang bertindak dengan mendirikan gerai burger dan senaman punggung, tanpa sebarang tindakan," tegas beliau.

Sekumpulan 60 peniaga, diketuai Pengerusi Majlis Bertindak Peniaga-peniaga Kuala Lumpur, merancang untuk berniaga di kawasan kediaman Ambiga pada Khamis dan Jumaat ini, sehingga tuntutan mereka dipenuhi.

Mengulas lanjut tindakan mereka itu yang dikatakan untuk 'mencuci' Bersih 1, 2, dan 3, Maria berkata golongan terbabit tidak memahami isu yang dijunjung Bersih.

"Ia bukan soal Bersih 1,2, atau 3.  Tetapi ia soal isu menuntut pilihan raya yang bersih, bebas dan adil.  Sayangnya, mereka tidak faham isu tetapi bertindak di luar budaya Malaysia," tegas beliau.

Tanpa menafikan hak mereka untuk berhimpun, Maria bagaimanapun berkata cara mereka berhimpun di hadapan kediaman individu tertentu tidak boleh diterima.

Sehubungan itu, beliau meminta kumpulan tersebut menghentikan rancangan mereka untuk membuka perniagaan di kediaman peguam tersebut, Khamis dan Jumaat akan datang.

Ulasan: Hujah lawan hujah. Bukan menakutkan orang.

Monday, May 21, 2012

IKRAM isytihar sokong parti, calon sokong Islam


IKRAM isytihar sokong parti, calon sokong Islam

Harakahdaily,21 Mei 2012
KAJANG: Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) membuat ketetapan untuk menyokong parti dan calon yang menyokong Islam atau paling kurang, calon yang tidak menentang Islam pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Presiden IKRAM, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad berkata, selain mengundi parti menyokong Islam, faktor calon juga perlu diambil kira.

“Kita perlu mengangkat peribadi yang sesuai ke kedudukan yang sesuai dalam memimpin ummat dan negara.

"Memilih wakil rakyat dan ahli majlis syura (peringkat negara) dari kalangan rakyat yang cerdas, berjiwa besar dan berakhlak mulia, golongan ryang berupaya membuat keputusan dan polisi terbaik demi pengurusan perjalanan negara dan kehidupan rakyat," katanya.

Menurutnya ahli IKRAM disaran mengundi mengikut prinsip urutan berikut:

1- Menyokong calon yang mendukung agenda Islam

2- Memilih calon yang tidak mengancam perjuangan Islam di Malaysia;

3- (Jika) di kalangan calon-calon bukan Islam peribadi calon yang tidak memusuhi Islam.

4- Akhir sekali, mengundi peribadi calon bukan Islam yang bahayanya terhadap perjuangan ummah paling minimum.

Perkara itu ditegaskan Mohd Parid ketika berucap sempena Perhimpunan Ahli Teras IKRAM (PAT) yang berlangsung di Bandar Sri Putra di sini, semalam.

Teras tersebut juga katanya prinsip asas penglibatan IKRAM dalam politik.

"Politik Machiavelli telah menimbulkan  fenomena yang selalu kita saksikan,  pemimpin yang sentiasa berusaha untuk mengekalkan kuasa dengan apa cara sekali pun, menerusi berbagai tipu daya yang akan menjadikan rakyat sebagai mangsa.

"Kepentingan umat, rakyat serta negara diketepikan. Mereka bersedia menindas rakyat dan mencerobohi hak-hak mereka sewenang-wenangnya dengan penuh keangkuhan," katanya lagi.

Ahi PAS wajib hadir Munajat Perdana di Kedah 1 Jun


Ahi PAS wajib hadir Munajat Perdana di Kedah 1 Jun

Harakahdaily,21 Mei 2012
KUALA LUMPUR, 21 Mei: Seluruh kepimpinan PAS diseru membuat persiapan awal bagi memastikan matlamat himpunan lebih 100,000  di Ijtimak pilihanraya dan Munajat Perdana pada 1 Jun ini di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah berjaya.

Himpunan gergasi itu diadakan selepas mesyuarat PAS Pusat yang diadakan pada 13 Mei yang lalu membuat keputusan menangguh muktamar yang dijadualkan awal Jun.

“Seluruh kepimpinan parti perlu membuat persiapan awal bagi memastikan matlamat himpunan lebih 100,000 ini mencapai kejayaan. Setiap ahli perlu mengambil inisiatif sendiri untuk hadir dalam himpunan perdana ini,” seru Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Menurut Tuan Ibrahim, ijtimak akan bermula dengan satu taklimat tertutup kepimpinan tertinggi parti seluruh negara dan ahli yang berhormat bersama Presiden bermula jam 10 pagi di kompleks PAS negeri.

Manakala himpunan untuk semua ahli PAS akan bermula seawal jam 4 petang dan dijangka berakhir jam 12 malam, tambah beliau.

“Bawalah apa-apa yang perlu untuk keselesaan munajat. Semua program parti yang bertindih dengan program ijtimak pilihanraya hendaklah ditangguhkan,” kata Pesuruhjaya PAS Pahang itu.

Munajat perdana, kata beliau akan dipimpin sendiri oleh Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz.

Manakala amanat Presiden PAS Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan menjadi acara kemuncak ijtimak dan berakhir dengan pembacaan ikrar oleh seluruh ahli PAS, sebagai baiah dan janji setia bagi menggarap usaha bagi mencapai kemenangan.

Ijtimak kali ini juga, kata Tuan Ibrahim akan disertai oleh  beberapa tokoh besar yang menyatakan kesediaan untuk turut sama bergabung dalam PAS. Mereka akan diisytihar secara rasmi bagi menyatakan ikrar dan sokongan mereka kepada parti.

“Semua ahli diseru menjadikan ijtimak kali ini sebagai pemangkin kepada pembinaan semangat juang yang tinggi kepada seluruh jentera, ahli dan penyokong parti. Semoga majlis diberkati Allah,” tambahnya lagi.


Ulasan: Bagus3...kita berdoa kpd Allah minta yg baik2 ke atas negeri dan negara kita. Rakyat terlalu lama mempercayai BN, akhirnya kita tahu sangat-sangat perangai BN bila berkuasa yang menyusahkan rakyat.

Pakatan Rakyat cabar Najib isytihar terima keputusan PRU13


KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat mencabar Datuk Seri Najib Razak membuat deklarasi terbuka bahawa beliau dan Umno BN sedia menerima apa-apa keputusan rakyat pada PRU-13 nanti termasuk pertukaran tampuk pemerintahan.

Deklarasi oleh perdana menteri itu penting sebagai jaminan bahawa Umno BN sedia menghormati keputusan rakyat dan supaya sebarang proses peralihan kuasa jika berlaku, dapat dilakukan secara aman.

"Adakah Najib bersedia untuk membuat deklarasi yang jelas dan nyata bahawa Umno dan Barisan Nasional akan menerima keputusan pengundi dalam Pilihanraya Umum Ke13, termasuklah peralihan kuasa pada peringkat persekutuan di Putrajaya?

"Adakah beliau bersedia untuk menarik balik deklarasi beliau “walau berkecai tulang dan badan, walau bercerai jasad dari nyawa, Putrajaya akan dipertahankan walau apapun terjadi” di Perhimpunan Agung UMNO pada tahun 2010?

Deklarasi itu juga ujarnya bersesuaian dengan cadangan yang dikemukakan oleh 20 orang cendikiawan dari pelbagai latar belakang berhubung kebimbangan pada PRU-13 nanti.

Diantara cadangan yang dikemukakan mereka termasuklah menyeru parti-parti politik bersepakat membuat perjanjian bahawa 'keputusan pengundi adalah muktamad dan mesti dihormati dan memastikan peralihan kuasa dijalankan secara aman'.

Deklarasi perjanjian itu perlu disebarkan kepada umum bagi tidak menggalakkan mana-mana individu ataupun kumpulan yang mempunyai niat untuk mencetus apa-apa pertelingkahan yang berhasrat untuk menterbalikkan keputusan pilihanraya.

Pakatan Rakyat menyokong sepenuhnya seruan untuk semua parti politik untuk memberi komitmen yang tegas untuk “menghormati keputusan suara dan kehendak rakyat” dan “memuliakan peralihan kuasa secara aman.

Persoalannya adalah samada Najib, Umno BN bersedia untuk memberikan komitmen yang tidak berbelah bagi yang diperlukan.
https://www.facebook.com/apple.juice.98

Ulasan: Take it easy. Pertukaran kerajaan adalah BIASA di Amerika Syarikat, Britain dan Jepun. Tak payahlah gunakan cara yg paling kotor utk pertahankan kuasa kerana lambat laun rakyat tahu juga. Jadilah gentlemen. Asalkan parti menang nanti adalah di luluskan di Malaysia. 

Monday, May 14, 2012

Washington Post: Ikhwanul Muslimin Kelompok Paling Berpengaruh di Suriah/Syria

Washington Post: Ikhwanul Muslimin Kelompok Paling Berpengaruh di Suriah

Written By Admin BeDa on Senin, 14 Mei 2012 | 13:00


Setelah 30 tahun dianiaya di Suriah, Ikhwanul Muslimin kini tampil menjadi salah satu kelompok paling berpengaruh dalam 14 bulan revolusi di negara itu, The Washington Post melaporkan, Sabtu (12/5) waktu setempat.

Anggota Ikhwan memegang kursi terbanyak di Dewan Nasional Suriah, kelompok oposisi utama yang menentang Assad, dan memimpin komite bantuan, yang mendistribusikan bantuan dan uang untuk warga Suriah yang berpartisipasi dalam pemberontakan.

Ikhwan hampir hancur selama revolusi terakhir di Suriah, di mana pasukan pemerintah menewaskan sebanyak 25.000 orang di Hama pada tahun 1982.

Washington Post menambahkan, kembalinya Ikhwan di Suriah telah menciptakan kekhawatiran di negara-negara tetangga dan masyarakat internasional yang lebih luas. Negara-negara lain takut jika minoritas Syiah Alawi dari rezim di Damaskus jatuh, akan diikuti dengan munculnya sebuah pemerintahan Islam Sunni.

Ketakutan yang ditulis The Washington Post itu senada dengan pernyataan Kepala Kepolisian Dubai Dhahi Khalfan pertengahan bulan lalu. Khalfan yang juga ingin menangkap Yusuf Qardhawi menyatakan, jika Suriah dikuasai Ikhwan, maka Arab akan terbagi menjadi dua antara yang mendukung dan menolak.

Sementara itu, Ikhwan sendiri berupaya meyakinkan negara tetangga Suriah, termasuk Yordania, Irak dan Libanon, serta para diplomat AS dan Eropa bahwa Ikhwan tidak punya niat untuk mengambil alih sistem politik di masa depan Suriah atau mendirikan pemerintahan Islam.

"Keprihatinan ini tidak benar ketika datang ke Suriah, karena berbagai alasan," kata Molham al-Drobi, salah seorang pemimpin Ikhwan yang duduk di komite urusan luar negeri Dewan Nasional Suriah.

"Pertama, kami adalah gerakan Islam yang benar-benar moderat dibandingkan dengan lainnya di seluruh dunia. Kami berpikiran terbuka," kata al-Drobi.

"Dan saya pribadi tidak percaya kami bisa mendominasi politik di Suriah bahkan jika kami menginginkannya. Kami tidak memiliki kehendak untuk itu, dan kami tidak memiliki sarananya," tambahnya. [IK/EM/bsb]

Who says the EC is independent?


Who says the EC is independent?

FRANKLY, I wasn’t surprised at all when it was reported in late April that both the Election Commission (EC) chairperson and deputy chairperson were Umno members. Even without evidence of party membership and despite the EC deputy chairperson’s subsequent U-turn and denial, it would not be a stretch to imagine both the chairperson and his deputy are Umno members.
I don’t doubt PKR’s announcement about the top EC leaders’ purported political membership was strategically timed to be released a day before the 28 April 2012 Bersih 3.0 protest. Clever strategy aside, Umno membership alone isn’t the only evidence of the EC’s lack of independence. The evidence has been mounting over the years.
Datuk Wira Wan Ahmad Omar
Wan Ahmad Wan Omar
What other proof do we have? And how can we be oh-so-certain that the EC is not independent even if it’s eventually demonstrated that neither Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof nor Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar are members of any political party?
A subservient commission
Firstly, every single member of the EC, including the chairpersonand deputy chairperson, is a former civil servant. The most recent appointment, Datuk Christopher Wan Soo Kee, was formerly the former Kuala Lumpur Special Branch chief. This composition in itself sets the EC up for bias since civil servants’ professional training is to carry out the wishes of the government of the day.
Abdul Aziz Mohd Yusof
Abdul Aziz Mohd Yusof
This point was made by Bersih 2.0 in its recommendations to the Parliamentary Select Committee (PSC) on Electoral Reform in November 2011. It argued that in a country where only one coalition has formed the federal government since 1955, “inevitably, senior civil servants slowly stop making the distinction between the government and the political party”. That includes the Royal Malaysian Police Force as well, which has often demonstrated that BN events can proceed without a hitch while Pakatan Rakyat functions are often prevented from going ahead.
Bersih 2.0’s claim is supported by the testimony of EC officials themselves. In an interview by a team of researchers with the top three EC officials in the 2000s, the then chairperson, deputy chairperson and secretary said it was “normal for them to see the prime minister even before constituency reviews were begun”. The chairperson added that “as a practical matter, requests for meetings by ‘number one and number two’ could not be refused, unlike similar requests from lesser political leaders”. [1]
It is not only academics who have reported on the subservient relationship between the EC and the government of the day. In the course of researching for this column, I found an old news report I wrote in The Star on 19 Jan 2003. The article quotes the then EC secretary as saying that the commission would submit the updated electoral roll to the government for clearance after it had been displayed.
(Click for bigger view)
(Click for bigger view)
Many citizens have also witnessed first-hand the EC’s subservience to the BN. At a Bersih 2.0public forum on 21 Feb 2011 in Petaling Jaya, for example, Wan Ahmad’s constant refrain was: “We can propose [reforms] but ultimately, the government decides.”
Competency or complicity?
Then there is the long-standing issue of gerrymandering and unconstitutionalmalapportionment. Through the years, the EC has redrawn the boundaries of constituencies in ways that have benefited the BN. Is that the mark of an independent commission ensuring free and fair elections?
And there’s been the refusal by the EC to take the BN to task for vote buying through the use of taxpayer’s monies to offer development projects just before the polls. This was most recently notable during the 2011 Sarawak state election. Indeed, it was the EC’s stubborn refusal to even speak up against or investigate the potential violations under the Elections Offences Act in Sarawak that compelled Bersih 2.0 to organise its mammoth rally on 9 July last year.
To be fair to the current EC leadership, chairperson Abdul Aziz is only following in the previous EC leadership’s footsteps. In 1995, then EC secretary Datuk Rashid Abdul Rahman declared there was “nothing wrong in making election promises” during an election campaign:
(Click for bigger view)
(Click for bigger view)
What does the EC’s apparent ignorance of these election breaches tell us? It tells us that even if the EC leadership are not Umno members, they are either incompetent or complicit with the BN. And it would seem that they have been for at least the past 17 years.
Rescuing the EC
Many academics have, for the past 15 years or more, noted how unfair and problematic our electoral system is. In 1996, notable Australian academic Harold Crouch wrote: “The Malaysian electoral system … [has been] so heavily loaded in favour of the government that it is hard to imagine that [it] … could be defeated in an election.” Ten years later, another academic, J Funston, echoed the same sentiment because nothing had changed. Funston wrote that “EC activities frequently provided direct benefits to the BN”.
How can the EC be rescued? The EC may think that merely choosing a “non-aligned colour” instead of yellow in its logo will do the trick. However, the mountain of evidence that the EC is either incompetent at its best, or not independent at its worst, means much more needs to be done.
In its recommendations to the PSC on Electoral Reform, Bersih 2.0 proposed several measures that would ensure Malaysians had an EC they could have confidence in. One, why can’t we have an EC that comprises more than just retired civil servants? If necessary, the number of commissioners can be increased to ensure wider representation and expertise.
Two, some of the issues we face can actually be addressed by establishing a Code of Conduct, as practised in India, which spells out best practices for all parties and candidates during an election. This code of conduct could also be applied to the media so that newsrooms can be pressured to ensure fair coverage of all candidates and parties no matter their political affiliations.
And three, if the EC is to regain some semblance of credibility, it needs to reclaim its power to make rules under Article 113(5) of the Federal Constitution. These rules can be used to prohibit the use of public institutions or government machinery in election campaigns.
The question, of course, is whether the EC wants to be rescued. If the growing evidence of more than a decade is anything to go by, I doubt it. And if the EC won’t reform itself of its own volition, what else are citizens left to do? 
[1]
Lim, HH (2005) “Making the system work: the Election Commission”, in Putucheary, M and Othman, N. (ed.), Elections and Democracy in Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, p.263.

Jacqueline Ann Surin believes the EC should not be so worried that with electoral reforms, BN will lose power. The commission should be more worried that without electoral reforms, BN will come into power only to have its legitimacy questioned.

Tujuh Sebab Mengapa Umno Tidak Layak Memerintah Negara


Oleh Ustaz Idris Ahmad 


Ini ialah tujuh sebab merupakan  jawapan balas kepada Ucapan Presden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak yang di lafazkan di Stadium Bukit Jalil sempena sambutan ke-66 Umno pada 11 Mei 2012,  kenapa Umno BN tidak layak diberi mandat di dalam PRU 13.

Pertama: apakah kepimpinan Umno BN boleh dipercayai? Datuk Seri Najib tidak boleh berbangga dengan pemberian BR1M , kerana ini bukan wang lebihan tetapi daripada hutang. Begitu juga durian runtuh kepada peneroka Felda, bukan wang hasil jimatan. Kalau Felda wang banyak kenapa perlu berhutang dengan KWSP sebanyak RM6 bilion.  Malahan wang tunai Felda semakin kurang sejak Felda di bawah pengawasan Najib pada tahun 2004. Pada tahun 2004 wang Felda RM4.08 bilion telah kurang kepada RM1.39 bilion pada tahun 2009. Kemana wang Felda ini dibelanjakan?. Bangunan Felda  sebanyak RM662 juta, projek basmi kemiskinan rakyat Sabah  RM253 juta dan kos tanam semula RM2 bilion. Sedangkan negeri Pakatan Rakyat beri kepada rakyat hasil ketelusan dan lebihan memerangi rasuah. Kelantan yang miskin mampu memberi skim Kifalah sebanyak RM8 juta setahun, yang Umno tidak pernah lakukan. Kerajaan di Selangor memberi air percuma yang tidak pernah dimimpi oleh rakyat Selangor selama ini. Semuanya hasil jimat cermat. Walaupun Selangor  memberi banyak kebajikan untuk rakyat, negeri Selangor tidak muflis malahan  simpanan Selangor meningkat kepada RM1.9 bilion. Wang BR1M RM500 untuk 55 tahun sekali sahaja, itu pun apabila Umno lemah. Hujah mengatakan bahawa Umno sahaja buat jalan, klinik, seolah-olah di negeri Thailand, Papua, Pontianak,Malta tidak ada jalan kerana Umno tidak ada. Ini hujah zaman  batu .

Kedua;parti mana yang lebih baik, maka sudah tentu Pakatan Rakyat lebih baik daripada Umno BN  yang terbukti dan teruji. Buktinya pemerintahan Umno BN Indeks rasuah meningkat, menurut CPI pada tahun 2010  indeks 4.4 tetapi telah merosot kepada 4.3 pada tahun 2011. Laporan Ketua Audit Negara, Malaysia kerugian akibat ketirisan RM28 bilion pada tahun 2008.

Ketiga; apakah Umno hendak diharap jaga agama?. Siapa yang runtuh masjid Bujal? Runtuh surau kampung Berembang Ampang, tutup surau Jubli Perak  Bangi, tutup surau al-Rahmah Seksyen 8 Shah Alam, Tutup Surau Puchong Perdana? Bukankah ini  angkara Umno?. Kalau tempat suci umat Islam pun Umno tidak boleh diharap. Bagaiaman hendak harap Umno menjaga Islam yang lebih besar. Apakah Umno mendakwa mereka menghormati Raja-Raja Melayu?. Siapa yang tabal Tengku Ibrahim di Padang Sekolah Ketereh? Siapa yang kata Sultan Terengganu binatang? Siapa yang maki Raja-Raja Melayu ketika krisis Perlembangaan 1983 dan 1993? Zahid Hamidi sendiri  pernah pertikai kedudukan Sultan Ismail Petra Kelantan kononnya tidak layak menjadi Sultan. Tan Sri Rahim Tambi Chik suruh rakyat berbahasa dengan Raja  ialah “saya” untuk ganti perkataan “patik”. Umno jangan hipokrit kononnya pembela Raja-Raja Melayu.

Keempat; Najib kena malu sikit kononnya bijak urus ekonomi. Seantario dunia tahu bahawa negara dan negeri BN perintah semuanya masalah. Hutang negara meningkat daripada RM146 bilion pada tahun 2002 kepada RM456.1 bilion pada tahun 2011.  Adakah Najib punya otak mengatakan kerajaan yang hutang banyak, maka kerajaan itu cerdik mentadbir negara. Pemerintahan Umno BN Kedah meninggal hutang hampir RM2.3 bilion kepada Pakatan Rakyat.

Kelima; parti Umno yang bermain isu-isu rasis di negeri Pakatan Rakyat. Siapakah yang anjur demo kepala lembu di Selangor? Siapa pula yang demo kebumikan YAB Lim Guan Eng di Pulau Pinang pada 10 Mei 2012? Apakah ini yang dimaksudkan dengan keharmonian kaum? Kalau trend ini berlaku berterusan maka ia amat merbahaya kepada negara.

Keenam; transformasi apa yang Najib bawa? Tidak lebih daripada retorik. Apakah Undang-Undang ISA kononnya dimansuhkan? Sedangkan yang baru lebih teruk. Rang Undang-Undang Pilihanraya diluluskan dengan secara tergesa-gesa oleh Dewan Rakyat. Setelah mendapat kecaman maka Dewan Negara menarik  balik. Polis yang “merusuh” pada 28 April 2012 di himpunan Bersih adakah ini transformasi Najib.  Ini bukan transformasi tetapi transformer.

Ketujuh; BN  gagal meningkat pendapatan rakyat di negara ini. Buktinya 5.2 juta rakyat berpendapatan RM3000 kebawah. Kenapa gagal? Bukankah Malaysia negara kaya? Kenapa rakyat miskin, bagaimana Najib boleh mengaku beliau berjaya meningkat pendapatan rakyat. Walau pun negara sudah merdeka 55 tahun tahap kemiskinan rakyat semakin parah. Malahan kemiskinan sebenarnya dirancang supaya ia menjadi umpan kepada Umno untuk mendapat undi dalam setiap kali pilihanraya.

*** Tulisan Ustaz Idris Ahmad Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, merangkap Pengerusi Lujnah Tarbiah

5 TIPS MENJAGA BUAH PINGGANG

1. Minuman yang diambil hendaklah melebihi dua liter sehari terutama orang yang bekerja kuat serta berpeluh dan cuba elakkan dari memakan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram, buah-buahan jeruk kering seperti asam boi dan buah kana.

2. Memakan mi segera seperti mi maggi dan makanan rapu seperti twisties, chikadess, serta mi kuning dan roti canai memudahkan penyakit buah pinggang menyerang (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei).

3. Minuman seperti nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa juga perlu dielakkan kerana kandungan utama minuman ini mempunyai bahan kimia seperti pewarna dan perisa, meminum teh kedai juga wajar dielakkan kerana teh kedai adalah teh ‘recycle’ yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.

4. Pengambilan coklat perlu dielakkan dan meminimunkan pengambilan air milo dan gantikannya dengan horlick, dilarang sama sekali mengambil minuman bergas kerana ia mampu merosakkan buah pinggang.

5. Kurangkan pengambilan ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan di ladang selama 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.



https://www.facebook.com/photo.php?fbid=441261315901205&set=a.103126679714672.7012.100000520211602&type=3&theater
6 CARA MENCEGAH PENYAKIT BATU KARANG

Batu karang selalunya dipandang remeh terutamanya di kalangan kaum wanita kerana ia sangat jarang dihidapi mereka tetapi di kalangan lelaki tersangatlah popular. Sekali kena, memang boleh meraung berhari–hari. Malah lagi teruk, boleh membuatkan kita menjadi seperti bayi kecil yang minta dibelai sampai tertidur. Antara tips-tips yang boleh diamalkan untuk mencegah penyakit ini adalah seperti berikut :

1. Memperbanyakkan minum air masak untuk membersihkan air kencing. Seelok-eloknya, ambillah 8 gelas air suam sehari supaya ia berupaya mencuci toksin dalam badan.

2. Elakkan minuman manis terutama minuman berkarbonat kerana boleh menyebabkan air kencing menjadi lebih pekat dan seterusnya lebih mudah mengidap batu karang.

3. Kekurangan vitamin B6 dan potasium menyebabkan pembentukan batu karang. Makanan seperti barli, kentang, ubi keledek berasaskan tepung gandum, bunga kubis dan pisang mampu mengatasi kekurangan vitamin ini. Berjimat dan tidak perlu membeli vitamin ini di farmasi.

4. Elakkan makanan yang kaya asid oksalik seperti tomato, bayam, lobak merah, daging, strawberi, koko, coklat dan teh.

5. Kurangkan pengambilan garam dan gula termasuk ikan masin, jeruk dan coklat dan juga banyakkan memakan sayur–sayuran selain buah-buahan kaya serat.

6. Paling penting sekali, kurangkan minum kopi, teh dan alkohol.



https://www.facebook.com/photo.php?fbid=441261879234482&set=a.103126679714672.7012.100000520211602&type=3&theater

APAKAH ITU QARIN ?

Tahukah apakah itu Qarin yang sentiasa ada bersama kita ?

Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai "kembar" manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.

Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.

Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya.

Caranya dengan membaca "Bismillah" sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Ibnu Mas'ud r.a. maksudnya: "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja." (Riwayat Ahmad dan Muslim)

Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: "Aku merasa cemburu." tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: "Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?" Aku berkata: "Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah." Sabda Baginda: "Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?" Aku bertanya: "Apakah aku ada syaitan?" Sabda Baginda: "Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin." Aku bertanya lagi: "Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?" Jawab Baginda: "Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam." (Riwayat Muslim)

Di dalam hadis lain daripada Ibnu Umar r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan." (Riwayat Baihaqi)

Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi oran beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang mengikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, "Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu." Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: "Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum."

Qarin akan berpisah dengan "kembar"nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.

#Cuba Bayangkan sejenak tentang Kembar kita ini, terutamanya apabila kita terasa ingin melakukan perbuatan Dosa dan Kejahatan. Sudah Pasti dia Gembira jika kita Tewas dengan Kejahatan dan Sedih jika kita berjaya Menangkis.

*Ingatlah ini dan berfikir tentang Apa yang akan kita lakukan.

JANGAN SEKALI KALI TEWAS DENGAN NYA DAN KEMBALI SETERUSNYA MENUJU DI DALAM JALAN ISLAM YANG SEBENAR !



https://www.facebook.com/photo.php?fbid=380878191939518&set=a.103126679714672.7012.100000520211602&type=3&theater

Amanat Dari Mangsa Kezaliman BN Menjelang PRU 13


BACA, TELITI dan FAHAMI dengan mata HATI dan mata AKAL. Saya sudah dan saya bertanggungjawab menyebarkannya. Semoga amanat ini benar dan apa jua diluar kemampuan dan pengetahuan saya, saya serahkan kepada Allah SWT. Hidup Islam dan rakyat!

Amanat Dato' Seri Anwar Ibrahim - Menjelang PRU 13
"Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!

Saya mohon agar rakyat Malaysia bertenang dan dapat meluangkan 10 minit dari masa berharga anda untuk membaca luahan hati saya agar rakyat faham mengapa saya bersungguh-sungguh dan beria sangat ingin merebut Putrajaya.

Jika saya katakan ia bukanlah perjuangan peribadi bagi membela ketidakadilan yang telah berlaku ke atas saya, pastilah ramai yang tidak akan percaya dengannya. Oleh itu, saya mengambil keputusan menulis beberapa fakta agar ia dapat meyakinkan rakyat bahwa saya ikhlas dan jujur memperjuangkan nasib kita semua.

Saya pernah dituduh liwat beberapa tahun lalu dan mahkamah mendapati saya tidak bersalah atau lebih tepat saya tidak melakukan perbuatan terkutuk itu sebagaimana yang didakwa oleh musuh-musuh politik saya. Tidak cukup dengan itu, saya kemudiannya diheret semula ke mahkamah dengan tuduhan lain pula. Kali ini mereka mendakwa saya telah melakukan kesalahan ‘menyalahgunakan kuasa’. Saya akui saya tersilap mempercayai anggota polis yang sering mengiringi saya ketika itu.

Saya telah meminta beliau menyiasat siapakah penulis buku ’50 dalil mengapa Anwar tidak boleh jadi PM’. Hanya itulah kesalahan yang mereka takrifkan sebagai ‘menyalahgunakan kuasa’ yang akhirnya menyebabkan saya terpaksa meringkuk selama 6 tahun dalam penjara. Bolehkah anda bayangkan perasaan saya dan keluarga ketika itu?

Sebaik keluar dari penjara, setelah 6 tahun menghabiskan sisa-sisa hidup dengan pelbagai amalan keagamaan di dalam sana, saya amat bersyukur akhirnya Tun Mahathir mengaku dalam satu sidang video bahwa beliau memang sengaja mengada-adakan kesalahan saya bagi memastikan kerjaya politik saya berkubur dalam penjara Sg.Buloh. Ramai rakyat yang telah tahu dan pernah menonton video pengakuan Tun Mahathir ini. Anda juga boleh melihat pengakuan Tun Mahathir di link youtube ini:http://www.youtube.com/watch?v=aPKrsCqznS0

Apabila satu persatu tembelang BN terbongkar, mereka mulai berasa kurang selesa serta risau dan mereka mula mengatur sebuah lagi fitnah bagi ‘menyibukkan’ saya dengan sesuatu yang tidak pernah saya lakukan. Tiba-tiba seorang pemuda mengaku diliwat oleh saya sehari selepas beliau bertemu Dato Seri Mohd Najib di pejabatnya. Saya yang berada 6 tahun dalam penjara seolah tidak pernah belajar bahwa ‘kebebasan’ itu adalah nikmat yang harus saya syukuri. Saya sekali lagi terpaksa berhadapan dengan kemelut yang amat memalukan saya dan keluarga.

Saya ingin bertanya, selama 6 tahun dalam penjara, berapa ramaikah banduan yang telah saya liwat? Mengapa perlu tunggu keluar penjara untuk melakukan perbuatan terkutuk itu? Saya sebenarnya tiada ruang untuk menjelaskan kebenaran ini. Saya dinafikan keadilan. Saya juga turut dinafikan hak bersuara di semua akhbar, stesen TV dan Radio milik BN. Saya tiada tempat yang dapat menjelaskannya secara meluas kepada rakyat jelata. Dimanakah dapat saya kemukakan bukti bahwa saya sungguh tidak pernah melakukan perbuatan terkutuk itu? Mereka suruh saya buktikan di mahkamah, sedang merekalah yang sebenarnya menguasai mahkamah. Ya benar! Mahkamah kita masih belum bebas. Ia masih terus dikuasai sepenuhnya oleh ‘orang’ yang berkuasa.

Saya menolak untuk bersumpah kerana bukan saya yang sepatutnya bersumpah, tetapi orang yang mendakwa diliwatlah yang sepatutnya bersumpah laknat. Dia telah pun bersumpah dan biarlah Tuhan sahaja yang melaksanakan laknat-Nya ke atas mereka yang bersumpah bohong. Itu bukan lagi dalam kekuasaan saya. LA HAWLA WALA QUWATAILLAH BILLAH. Jangan lupa, beberapa individu yang terbabit memfitnah saya dahulu ada yang telah mati dengan tragis dan ada pula yang masih hidup tetapi mengalami sakit yang aneh. Dan berhubung DNA pula, saya enggan diambil sekali lagi sample DNA kerana mereka telah punyai DNA saya dalam pertuduhan kes liwat yang pertama dahulu. Saya bimbang seandainya mereka mempunyai muslihat jahat terhadap sample DNA terbaru itu nanti. Saya harus lebih berhati-hati.

Andaikata benarlah saya ini ‘kaki liwat’ sebagaimana fitnah mereka, bukankah molek jika ianya saya lakukan di luar Negara. Saya mengajar di sebuah Universiti di Amerika Syarikat, it’s a free country, jika benarlah saya ini kebulur sangat meliwat seseorang, saya boleh melakukannya dengan sesiapa sahaja yang saya ingini di sana. Mengapa harus saya lakukan perbuatan jahat itu di Negara sendiri, di Negara yang mana saya berpolitik, berkeluarga dan mempunyai ribuan kenalan dan sahabat handai. Ia tidak masuk akal dan tidak munasabah. Ia satu fitnah jahat yang amat berat buat saya dan keluarga.

Justeru itu saya berazam untuk menyelamatkan Malaysia dari kejahatan orang-orang yang jahat dan tidak berperikemanusian itu. Saya rela mati kerana rakyat Malaysia. Hanya dengan menguasai Putrajaya sahajalah segala tipu muslihat mereka dapat kita bongkar kepada umum. Masa itu, anda nilailah sendiri dan saya akan memaafkan anda yang turut menuduh dan memfitnah saya ketika ini kerana saya mengandaikan bahwa anda ‘jahil’ atau ‘tidak tahu’ ketika itu. Saya akan biarkan anda semua berkesempatan bertaubat kepada Allah atas dosa dari kesalahan memfitnah saya, yang disifatkan Allah dan Rasul-Nya sebagai lebih buruk daripada membunuh satu jiwa mukmin.

Berhubung pemilikan harta, setakat ini belum ada bukti bahwa saya memiliki harta atau wang yang luar biasa banyaknya samada dalam mahupun di luar negara. 9 tahun lamanya sebagai Menteri Kewangan Malaysia serta Timbalan Perdana Menteri Malaysia, ramai dari kalangan pemimpin BN yang berpendapat adalah amat bodoh saya tidak menggunakan kesempatan untuk 'membaham' khazanah negara ketika itu. Memang benar ketika itu saya boleh sahaja melakukannya jika mahu, ia adalah dalam bidang kuasa saya sebagai Menteri Kewangan Malaysia, namun hukum Allah dan syariat Islamlah yang telah membendung saya dari melakukan perbuatan khianat seperti itu kepada rakyat Malaysia.

Kami, pemimpin Pakatan Rakyat berjuang dengan menggunakan hasil pendapatan masing-masing dan dari kemelut 'kekurangan dana' ini, akhirnya membawa kepada keluarnya beberapa pemimpin yang 'kononnya' ingin berjuang bersama tetapi rupanya mempunyai hasrat 'berbeza'. Pemimpin Pakatan Rakyat yang bercita-cita jahat untuk meratah khazanah kekayaan negara awal-awal lagi telah 'disingkir' oleh Allah Swt melalui ujian-ujian-Nya. Antara mereka adalah Ezam Nor dan Zulkifli Nordin, sekadar menyebut beberapa nama dari mereka. Syukur Alhamdulillah!

Baiklah, setakat itu sahaja yang dapat saya perjelaskan tentang apa yang telah berlaku kepada saya selama ini. Saya ingin bertanya, apakah anda sebagai rakyat Malaysia sanggup membiarkan orang yang paling bermotif membunuh, menjadi PM? Jika anda sangsi dengan dakwaan saya bahwa mereka, pemimpin-pemimpin BN terpaksa bersekongkol dengan perancang utama satu plot pembunuhan hanya kerana ‘survival’ politik mereka, cuba anda perhatikan fakta-fakta dan bukti-bukti di bawah ini:-

PEMBUNUHAN ALTANTUYA - WAJARKAH RAKYAT MENUTUP KES INI?
Firman Allah surah An Nisaa' (105): Sesungguhnya Kami telah menurunkan kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu, dan janganlah kamu menjadi penentang (orang-orang yang tidak bersalah), kerana membela orang-orang yang khianat (lagi berdusta),

Fakta Individu-individu yang terbabit secara langsung @ tidak dalam kes Pembunuhan Altantuya:

Altantuya Sharibuu @ Aminah bt. Abdullah adalah penterjemah Bahasa Perancis bagi urusan pembelian kapal selam oleh Kementerian Pertahanan Malaysia melalui 'Perimekar' milik Penganalisis Strategi Ketenteraan Malaysia yang juga merupakan teman baik Dato Seri Mohd Najib.

Dato Seri Mohd Najib - Menteri Pertahanan Malaysia / Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Abdul Razak Baginda - Penganalisis Pertahanan kepada Kementerian Pertahanan Malaysia / pemilik 'Perimekar'.

Ketua Inspektor Hazilah Hadri - (UTK) yang berkhidmat sebagai 'body guard' di pejabat Dato Seri Mohd Najib.

Koperal Sirul Azhar Umar - (UTK) juga berkhidmat sebagai 'body guard' di pejabat Dato Seri Mohd Najib.

Aziz Buyong - Kolonel Tentera / Pakar bom C4.

Abdullah Ahmad Badawi - Perdana Menteri Malaysia / Menerima Kertas Siasatan dari Penyiasat Polis Tentera Malaysia (MP).

Khairy Jamaludin - Menantu Perdana Menteri Malaysia / Menyimpan Kertas Siasatan berkenaan bagi tujuan survival politiknya setelah ketiadaan Pak Lah nanti.

Rosmah Mansor - Isteri Dato Seri Mohd Najib / Berada di tempat mayat diletupkan dengan C4.

Norhayati - Isteri Kolonel Aziz Buyong / Pembantu Khas Rosmah yang turut berada di tempat kejadian letupan bom C4.

Fakta-Fakta lain dalam kes Pembunuhan Kejam Altantuya:

Bom C4 milik Angkatan Tentera Malaysia.

Dua anggota UTK - Suspek utama pembunuhan adalah body guard di pejabat Dato Seri Mohd Najib.

Rekod Imigresen kemasukan Altantuya dan sepupunya ke Malaysia di'lenyap'kan oleh seseorang dari Jabatan Imigresen Malaysia dengan arahan orang-orang tertentu bagi menutup konspirasi ini.

Zahid Hamidi ketika mengambilalih tugas Menteri Pertahanan Malaysia akhirnya terpaksa membuat kenyataan 'konon'nya Angkatan Tentera Malaysia tidak memiliki Bom jenis C4 dan itu adalah amat bercanggah dengan kenyataan sepanjang kes perbicaraan Pembunuhan Altantuya di mahkamah. Atas arahan siapakah beliau 'berbohong' dan untuk survival siapa?

Keterangan-keterangan ringkas dan jelas:

Ketua Inspektor Hazilah dan Koperal Sirul Azhar dari Unit Tindakan Khas, yang juga merupakan ‘body guard’ Dato Seri Mohd Najib tidak pernah mengenali Altantuya sebelum kejadian 'bunuh' itu dan tidak langsung mempunyai 'motif' untuk membunuh model berkenaan tetapi mereka berdua mungkin telah diarah oleh sesorang 'yang berkuasa' untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan dalam konspirasi pembunuhan ini. Mereka berdua akhirnya didapati bersalah oleh mahkamah kerana membunuh dengan niat dan dijatuhi hukuman mati oleh hakim mahkamah. Mereka ini jelas telah 'dikambing hitamkan' oleh pihak tertentu dalam usaha menutupi pekung 'pengarah sebenar konspirasi' pembunuhan Altantuya.

Abdul Razak Baginda memang mempunyai motif untuk membunuh Altantuya kerana beliau dilaporkan 'kononnya' adalah pasangan kekasih kepada model ini dan kedatangan Altantuya dengan sepupunya Burmaa Oyunchimeg adalah 'kononnya' untuk mengambil komisyen berjumlah US500 ribu yang dijanjikan kepadanya seandainya pembelian kapal selam itu terlaksana. Adalah difahamkan bahwa Syarikat milik Abdul Razak Baginda 'Perimekar' menerima komisyen jualan sebanyak RM4.7 billion dari kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pertahanan Malaysia, hasil dari kejayaan dalam urusan pembelian 3 buah kapal selam dari Perancis untuk kegunaan Tentera Laut Malaysia.

Anehnya Abdul Razak Baginda kemudiannya didapati tidak bersalah dan dia dibebaskan sepenuhnya dari pertuduhan membunuh kerana dilihat tiada mempunyai kuasa untuk 'mengarah' suspek utama kes, yakni Ketua Inspektor Hazilah dan Koperal Sirul Azhar dari UTK untuk melakukan pembunuhan mangsa (Altantuya). Jadi siapakah yang mempunyai kuasa ketika itu? Jika diamati serta diperhalusi, 'orang yang tak berapa nak cerdik' pun boleh menilai fakta ini dengan baik. Cuba lihat rantaian fakta ini bagi mengaitkan siapa jua yang bermain di minda anda sebagai 'suspek sebenar' yang bertindak sebagai 'pengarah operasi' permbersihan nama baik seorang PEMBESAR dalam kes pembunuhan ini.

Siapakah PALING BERMOTIF untuk membunuh Altantuya selain Abdul Razak Baginda? Dan fakta yang paling penting untuk kita perhalusi adalah siapakah yang berkuasa atau mempunyai kuasa untuk mengarah dua orang UTK (Pengawal peribadi Dato Seri Mohd Najib - Hazilah dan Sirul) serta Pakar Bom C4 tentera (Kolonel Aziz Buyong)? Siapakah pula yang berkemungkinan mempunyai pengaruh dalam 'melenyapkan' rekod kemasukan Altantuya ke Malaysia? Sudah tentulah ia melibatkan sesuatu yang AMAT BESAR sehingga perlu dihapuskan wanita 'berbahaya' ini. Siapakah pengarah sebenar dalam konspirasi pembunuhan ini? Apakah motif sebenar nya? Apa jua jawapan yang bermain di'minda fikiran' anda, simpan dahulu untuk telahan fakta berikutnya.

Dato Seri Mohd Najib kemudiannya bersumpah bahwa beliau tidak pernah mengenali dan tiada kaitan samada secara langsung atau tidak dengan Altantuya. Sedangkan umum akhirnya mengetahui bahwa Altantuya rupanya adalah 'Perterjemah Bahasa Perancis' yang diguna pakai ketika berlangsungnya urusan pembelian kapal selam berkenaan. Ini menyebabkan Dato Seri Mohd Najib 'terpaksa' juga mengenalinya walaupun dia ingin sangat agar rakyat tahu 'konon'nya dia tidak pernah mengenali Altantuya. Fakta ini bukan omong kosong. Ia turut dinyatakan di mahkamah dalam sebutan kes yang berlangsung di Paris, Perancis berhubung penipuan yang berlaku dalam skandal penjualan dan pembelian kapal selam itu.

Menambah buruk persepsi itu adalah apabila sepupu Altantuya, Burmaa Oyunchimeg mengemukakan bukti bergambar di mahkamah ketika diminta memberi keterangan. Bukti itu adalah gambar Abdul Razak Baginda, Dato Seri Najib dan Altantuya sedang menjamu selera di sebuah restoran eksklusif. Ya lah! Takan hanya kerana keluar makan bersama sahaja terus hendak dikaitkan beliau sebagai pembunuh, itu tidak adil dan zalim namanya. Cuma yang jelas di sini adalah Dato Seri Mohd Najib telah bersumpah 'bohong'. Dia sebenarnya memang mengenali Altantuya. Kenapa ia seakan hendak di’sembunyi’kan dari rakyat Malaysia? Pasti ada sebab BESAR disebalik semua itu.

Baiklah, sekarang amati pula dari sudut berbeza, Abdul Razak Baginda hanya perlu melunaskan US500 ribu atau hanya kira-kira RM1.6 Juta sahaja berupa komisyen kepada Altantuya. Dan jika mengambil kira jumlah komisyen yang dimilikinya iaitu RM4.7 billion (Ringgit Malaysia Empat Ribu Tujuh Ratus Juta), jumlah RM1.5 juta itu amatlah kecil dan boleh dilunaskannya pada bila-bila masa sahaja. Sekali lagi, Abdul Razak Baginda dilihat tiada sebab atau motif kukuh untuk membunuh 'kekasih gelap'nya itu (Altantuya), dan lebih meyakinkan adalah beliau juga dilaporkan tidak berupaya atau tidak mempunyai kuasa bagi mengarah suspek-suspek yang terdiri dari Ketua Inspektor Hazilah, Koperal Sirul dan Kolonel Aziz untuk melaksanakan tugas-tugas 'pembersihan' itu.

C4 adalah bom milik Angkatan Tentera Malaysia, dan harus diingat Dato Seri Mohd Najib Razak adalah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Malaysia yang berkuasa penuh terhadap apa jua aktiviti Angkatan Tentera Malaysia. Dari semua fakta ringkas di atas, anda pasti sudah boleh mengagak serta mengetahui siapakah KETUA sebenar dalam 'KONSPIRASI PEMBUNUHAN KEJAM' ini. Demi survival politik dan survival parti, 'orang yang zalim' ini terpaksa dilindungi oleh orang-orang besar parti yang lainnya.

Apakah anda mengandaikan semua barisan kepimpinan BN itu 'bodoh', 'buta' dan tidak mengetahui tentang hal sebenar ini? Tidak, mereka semua bukanlah orang-orang yang bodoh, malah mereka bijak berpolitik dan tahu apa sebenarnya yang sedang berlaku. Jika begitu, jika benar mereka semua tahu, mengapa pula mereka beria-ia menyembunyikan fakta sebenar dan sekaligus mempertahankan 'orang yang zalim' ini?

Nyatanya, semua ketumbukan kepimpinan BN sebenarnya amat sedar dan tahu akan kebenaran ini, namun mereka jauh menyedari serta tahu bahwa menyelamatkan 'orang zalim ini' adalah sama seperti menyelamatkan kedudukan mereka sendiri. Mereka sedar seandainya jatuh 'orang yang zalim' ini, maka hancur berkecailah keseluruhan empayar yang telah mereka bina selama ini. Justeru itu, mereka tiada pilihan lain kecuali berusaha mempertahankan juga 'orang yang zalim' ini sekalipun terpaksa 'membohongi' rakyat jelata. Tidak mungkin mereka mahu melihat Pakatan Rakyat menguasai PUTRAJAYA hanya kerana kesilapan yang dilakukan oleh 'orang yang zalim' ini.

Mereka 'terpaksa' jua mengangkat 'orang yang zalim' ini sebagai pemimpin mereka, walaupun hati mereka jelas menolaknya. Sayang sekali mereka semua terlupa pada Tuhan. Mereka terlupa bahwa Tuhan Maha Mengetahui apa sahaja yang mereka nyatakan atau sembunyikan dalam hati mereka. Mereka lupa bahwa mereka kelak akan tetap didatangi oleh Malaikat Maut. Mereka berusaha dan cuba untuk melupakan semua kemelut itu demi kehidupan dunia yang fana ini. Ada di antara mereka yang telah menerima 'hukum' Allah yakni mati, namun yang masih hidup terus leka dan lalai dengan segala macam imbuhan duniawi yang diterima mereka dari 'orang yang zalim' itu.

Kehidupan dunia ini adalah segalanya bagi mereka-mereka ini. Mereka tahu ada akhirat menanti tetapi mereka berasa 'yakin' kononnya mereka berada di pihak yang benar dan akan 'terselamat' dari api neraka. Mereka bersangka baik terhadap harapan palsu yang dijanjikan syaitan buat mereka dan penyokong-penyokong mereka. Sedang mereka dan penyokong mereka bersekongkol dengan 'orang yang zalim' itu, Allah juga mempunyai rancangan-Nya. Dan sudah tentulah perancangan Allah jauh lebih baik dari ciptaan-Nya.

Apa boleh buat saudara, kita terpaksa menunggu sehingga ke hari pembalasan, yakni akhirat, bagi melunaskan semua yang kita persangkakan. Takan kita semua mahu turut serta bersama mereka dalam menyokong 'orang yang zalim' itu. Mereka sendiri pun sebenarnya 'terpaksa' menyokongnya demi survival politik sempit mereka. Ayuh rakyat Malaysia, berfikir dan bertindaklah dalam Pilihanraya Umum nanti. Mari kita tegakkan kebenaran dan keadilan buat semua. Kita tunjukkan bahwa rakyatlah yang paling berkuasa, dan bukan mereka para pemimpin yang jahat itu.Important link to the case: http://en.wikipedia.org/wiki/Murder_of_Shaariibuugiin_Altantuyaa

Harus diberi perhatian serius bahwa Allah dan Rasul-Nya telah acap kali mengingatkan dan memberi amaran kepada kita agar berwaspada terhadap suatu zaman di mana pemimpin yang dusta itulah yang akan 'dipercayai' dan diberi kuasa. Ia sedang berlaku sekarang dan kita 'yang diberi hidayah Allah' mudah membezakan antara penyokong yang melakukan kebaikan (amal makruf) dengan mereka yang melakukan kebathilan (Mungkar)

Firman Allah surah Al Maa-idah (51): Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani (yakni orang yang suka berdusta) sebagai pemimpin-pemimpin (mu), sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa di antara kamu mengambil mereka sebagai pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.

Hadis Rasulullah Saw pula menegaskan bahwa: Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung/menyokong) tindakan mereka yang berbuat aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga)”.- Hadis Riwayat Tirmizi, Nasae’i dan Hakim.

Sudah jelas bahwa Allah dan Rasul-Nya melaknati orang-orang yang berdusta dan berbuat aniaya. Malah penyokong-penyokong yang mendukung aspirasi pemimpin-pemimpin jahat itu juga nantinya akan turut sama terpelosok di kancah neraka jahannam. Pasti akan ada kelompok ini yang bertanya: "Bagaimana pula dengan ustaz-ustaz dan ulama UMNO?. Apakah mereka ini turut bernasib malang dan terpaksa menghuni neraka jahannam?".

Jawapan saya 'itu semua, keputusan ke mana mereka akan dikembalikan kelak, kita serah bulat-bulat kepada Allah Azzawajalla sahaja'. Bukan kita yang berhak menentukan ke mana kembalinya mereka nanti. Namun, di sebalik penyerahan tawakal kepada Allah, kita harus faham bahwa Rasulullah Saw diutus bagi menyempurnakan akhlak kita semua. Dalam sirah nabi banyak sekali dipaparkan kisah-kisah bagaimana Rasulullah Saw bukan sahaja bijak dalam ilmu agama, malah Baginda amat arif menilai akhlak orang-orang di sekelilingnya. Baginda mengajar semua khalifah dan umat ketika itu bagaimana dapat mereka mengenali samada orang itu berakhlak terpuji atau sebaliknya. Ini bermakna, mereka para ustaz dan ulama bukan sahaja perlu menilai pemimpin dari sudut agamanya sahaja, akhlak pemimpin itu turut menjadi faktor utama dalam penilaian mereka sebelum seseorang pemimpin itu wajar disokong.

Seharusnya itulah yang menjadi panduan ustaz-ustaz dan Ulama UMNO di dalam menentukan sokongan mereka. Menyokong membabi buta akan menyebabkan mereka terdedah untuk menerima nasib yang sama dengan kelompok ini kelak. Rasulullah Saw telah bersabda dalam banyak hadis yang saya rangkumkan peringatannya, antara lainnya untuk mengenali akhlak seseorang yang baik itu ada beberapa ciri utama:-

1. Pertama lihat suaminya samada dia bersolat fardhu di masjid atau tidak?
2. Kemudian lihat isterinya, apakah dia menutup aurat atau tidak?
3. Kemudian lihat pula anak-anak gadisnya, apakah mereka menutup aurat atau tidak?
4. Lihat bagaimana mereka sekeluarga berbelanja, apakah mereka boros atau tidak?

Walaupun banyak lagi ciri-ciri lain, solat fardhu umpamanya, boleh dilakonkan watak itu dikhalayak ramai oleh seorang munafik kerana kekerapan bersama dilihat menjadi faktor ia mudah dilakonkan. Jadi, memadai melihat 4 ciri di atas yang ditekankan Rasulullah saw, yang saya rasa amat sukar untuk dilakonkan kerana ia memerlukan seseorang itu istiqamah dalam perilakunya itu. Itulah yang harus dinilai terlebih dahulu agar kita dapat menetapkan kaedah menilai individu pemimpin berkenaan seterusnya.

Akhirkata, saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia, marilah kita 'share' amanat ini di kalangan fb'ians' dan teman kita semua di luar sana, samada dengan mencetak dan mengedarkan amanat ini kepada keluarga serta semua sahabat handai atau mencetak dan mengedarkan ia di kampung-kampung, di mana maklumat ter'sekat' oleh pembangunan yang sengaja di'tahan' ke sana oleh pemimpin-pemimpin tertentu.

Jika bukan saya serta pemimpin-pemimpin lain dalam Pakatan Rakyat yang bangkit memperjuangkan nasib kita semua, andalah yang terpaksa bangkit dan berjuang bersama demi kesejahteraan generasi anak-anak kita yang akan datang. Ayuh! Marilah kita semua 'Gegakkan Gempita' kerana semboyan telahpun berbunyi. Setiap dari kita rakyat Malaysia berkewajipan mencanang semboyan ini kepada sekurang-kurangnya ahli keluarga terdekat. Andaikata anda berkuasa melakukan lebih dari itu, saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga.

Berilah peluang kepada Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya pada PRU ke 13 nanti. Saya akan pastikan semua mereka yang boros membelanjakan wang rakyat termasuk Rosmah Mansor yang sanggup membeli sebutir cincin berlian berharga RM24juta di kala rakyatnya ada yang masih hidup dalam kemiskinan dan ahli keluarga kepada Ketua Wanita UMNO Shahrizat Jalil yang tergamak membelanja sampai RM250 juta wang dana Tabung Makanan kita dalam skandal NFC di bawa ke muka pengadilan.

Janganlah 'terpedaya' atau 'diperbodohkan' lagi hanya kerana 'sogokan' wang RM100, RM500 dan beberapa ratus lagi menjelang pilihanraya yang akan di'saji'kan oleh pemimpin-pemimpin BN. Lihat angka yang mereka 'baham'. angka yang diberikan kepada anda amatlah kecil berbanding jumlah yang mereka ambil tanpa restu anda semua. Nasihat saya, anda ambillah wang itu kerana wang itu memang milik rakyat dan bukan milik mereka, kemudian undilah Pakatan Rakyat dalam PRU-13 nanti. Pakatan Rakyat akan pastikan mereka-mereka yang bertanggungjawab atas setiap kesalahan mereka itu menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang telah mereka lakukan kepada negara dan rakyat Malaysia.

Bangkitlah wahai rakyat Malaysia!!! Oleh: Anwar Ibrahim