KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat mencabar Datuk Seri Najib Razak membuat deklarasi terbuka bahawa beliau dan Umno BN sedia menerima apa-apa keputusan rakyat pada PRU-13 nanti termasuk pertukaran tampuk pemerintahan.
Deklarasi oleh perdana menteri itu penting sebagai jaminan bahawa Umno BN sedia menghormati keputusan rakyat dan supaya sebarang proses peralihan kuasa jika berlaku, dapat dilakukan secara aman.
"Adakah Najib bersedia untuk membuat deklarasi yang jelas dan nyata bahawa Umno dan Barisan Nasional akan menerima keputusan pengundi dalam Pilihanraya Umum Ke13, termasuklah peralihan kuasa pada peringkat persekutuan di Putrajaya?
"Adakah beliau bersedia untuk menarik balik deklarasi beliau “walau berkecai tulang dan badan, walau bercerai jasad dari nyawa, Putrajaya akan dipertahankan walau apapun terjadi” di Perhimpunan Agung UMNO pada tahun 2010?
Deklarasi itu juga ujarnya bersesuaian dengan cadangan yang dikemukakan oleh 20 orang cendikiawan dari pelbagai latar belakang berhubung kebimbangan pada PRU-13 nanti.
Diantara cadangan yang dikemukakan mereka termasuklah menyeru parti-parti politik bersepakat membuat perjanjian bahawa 'keputusan pengundi adalah muktamad dan mesti dihormati dan memastikan peralihan kuasa dijalankan secara aman'.
Deklarasi perjanjian itu perlu disebarkan kepada umum bagi tidak menggalakkan mana-mana individu ataupun kumpulan yang mempunyai niat untuk mencetus apa-apa pertelingkahan yang berhasrat untuk menterbalikkan keputusan pilihanraya.
Pakatan Rakyat menyokong sepenuhnya seruan untuk semua parti politik untuk memberi komitmen yang tegas untuk “menghormati keputusan suara dan kehendak rakyat” dan “memuliakan peralihan kuasa secara aman.
Persoalannya adalah samada Najib, Umno BN bersedia untuk memberikan komitmen yang tidak berbelah bagi yang diperlukan.
https://www.facebook.com/apple.juice.98
Ulasan: Take it easy. Pertukaran kerajaan adalah BIASA di Amerika Syarikat, Britain dan Jepun. Tak payahlah gunakan cara yg paling kotor utk pertahankan kuasa kerana lambat laun rakyat tahu juga. Jadilah gentlemen. Asalkan parti menang nanti adalah di luluskan di Malaysia.
No comments:
Post a Comment