Monday, May 14, 2012

6 CARA MENCEGAH PENYAKIT BATU KARANG

Batu karang selalunya dipandang remeh terutamanya di kalangan kaum wanita kerana ia sangat jarang dihidapi mereka tetapi di kalangan lelaki tersangatlah popular. Sekali kena, memang boleh meraung berhari–hari. Malah lagi teruk, boleh membuatkan kita menjadi seperti bayi kecil yang minta dibelai sampai tertidur. Antara tips-tips yang boleh diamalkan untuk mencegah penyakit ini adalah seperti berikut :

1. Memperbanyakkan minum air masak untuk membersihkan air kencing. Seelok-eloknya, ambillah 8 gelas air suam sehari supaya ia berupaya mencuci toksin dalam badan.

2. Elakkan minuman manis terutama minuman berkarbonat kerana boleh menyebabkan air kencing menjadi lebih pekat dan seterusnya lebih mudah mengidap batu karang.

3. Kekurangan vitamin B6 dan potasium menyebabkan pembentukan batu karang. Makanan seperti barli, kentang, ubi keledek berasaskan tepung gandum, bunga kubis dan pisang mampu mengatasi kekurangan vitamin ini. Berjimat dan tidak perlu membeli vitamin ini di farmasi.

4. Elakkan makanan yang kaya asid oksalik seperti tomato, bayam, lobak merah, daging, strawberi, koko, coklat dan teh.

5. Kurangkan pengambilan garam dan gula termasuk ikan masin, jeruk dan coklat dan juga banyakkan memakan sayur–sayuran selain buah-buahan kaya serat.

6. Paling penting sekali, kurangkan minum kopi, teh dan alkohol.



https://www.facebook.com/photo.php?fbid=441261879234482&set=a.103126679714672.7012.100000520211602&type=3&theater

No comments: