Wednesday, May 09, 2012

PKR: Fatwa haram demo 'ikut kehendak Umno'

PKR: Fatwa haram demo 'ikut kehendak Umno'
Ketua penerangan PKR Dr Muhammad Nur Manuty mendakwa fatwa mengharamkan orang Islam daripada menyertai demonstrasi dibuat untuk memenuhi kehendak pemimpin Umno.

"Adalah jelas bahawa fatwa tersebut semata-mata bertujuan untuk memenuhi kehendak pimpinan Umno yang terdesak menggunakan isu-isu agama Islam dan bangsa Melayu bagi survival politik mereka," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian dengan mempersoalkan pendirian jawatankuasa tersebut dalam isu yang sering digunakan untuk menyerang pemimpin Pakatan Rakyat.

"Di manakah pendirian rasmi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan terhadap amalan budaya fitnah jahat, perbuatan mengaibkan individu Muslim serta penyebaran video seks yang begitu berleluasa penyebarannya serta mendapat perlindungan dari pemerintah?"

Beliau mengulas keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang memutuskan haram bagi umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru-hara dan kekacauan dalam negara.

Fatwa memeranjatkan itu dikeluarkan semalam selepas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April merupakan usaha untuk mengguling kerajaan yang dipilih oleh rakyat menerusi sistem demokrasi.

Sedangkan, penganjur sejak awal lagi menyatakan bahawa perhimpunan itu diadakan bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil, kata Muhammad Nur.

Malah pengharaman itu juga bertentangan dengan hukum keharusan berdemonstrasi seperti pandangan presiden Persatuan Ulama Sedunia Yusuf Al-Qaradhawi, katanya.

"(Yusuf) berpendapat bahawa demonstrasi adalah harus kerana ia adalah salah satu kaedah untuk membebaskan rakyat dari cengkaman pemerintahan yang zalim, tidak adil serta tidak memberikan kebebasan rakyat bersuara dan bergerak dalam suasana yang aman," katanya.

Ulasan seorang kawan fb: Kan pernah berlaku didalam sejarah Islam..bila PEMERINTAH mengarahkan MUFTI-MUFTI mengeluarkan fatwa yang selaras dengan kehendak PEMERINTAH.. So apa ada hairan ... sejarah ada proses perlakuan manusia yang berulang2 sifatnya...cuma berbeza perlaku, tempat dan masa...!!!!

No comments: