Thursday, May 31, 2007

Guru guna 66.24 jam seminggu mendidik

PUTRAJAYA 30 Mei – Seorang guru di negara ini menggunakan purata 66.24 jam seminggu untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka sebagai seorang pendidik. Kajian Jawatankuasa Mengkaji Tugas dan Tanggungjawab Guru (TTG) yang dilakukan sejak setahun lalu menunjukkan, jumlah itu melebihi purata jam seorang pekerja yang disarankan oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) iaitu 45 jam seminggu…(UM, 31/5/07).

Ulasan: Terima kasih cikgu kerana engkau kami menjadi manusia sekarang.


Bangunan, kilang terbiar jadi penjara sementara
KAJANG: Beberapa bangunan dan kilang terbiar di seluruh negara akan dijadikan penjara sementara untuk menempatkan banduan menjalani hukuman kurang daripada enam bulan bagi mengurangkan masalah kesesakan di penjara. Ketua Pengarah Penjara Malaysia, Datuk Mustafa Osman, berkata pihaknya menyewa dan mengubah suai bangunan serta kilang lama terbabit bagi memastikan ia selamat digunakan dan sesuai dijadikan penjara.…(BH, 31/5/07).

Ulasan: Apakah negara maju mesti perbesarkan penjara? Seolah-olah banduan yang ramai jadi syarat menjadi negara maju.


Kemampuan pertahanan TUDM setara negara jiran
KUALA LUMPUR: Pesawat pejuang canggih, Sukhoi SU-30MKM yang akan diterima pada Jun ini dari Russia, membolehkan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mempunyai tahap kemampuan pertahanan setanding dengan tiga negara jiran iaitu Singapura, Thailand dan Indonesia. Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Seri Azizan Ariffin, berkata sejak penubuhan TUDM 49 tahun lalu, pembangunan kelengkapan pertahanan udara negara berdasarkan peranan dan tugas dalam mempertahankan kedaulatan negara daripada pencerobohan.…(BH, 31/5/07)..

Ulasan: Kalau setara dengan jiran tak cukup. Mesti lebih.

Pengguna komputer berisiko lumpuh
LONDON: Sekumpulan pakar mendakwa berjuta-juta pengguna komputer riba, termasuk kanak-kanak seawal 12 tahun mengalami masalah sakit belakang serius yang boleh menyebabkan lumpuh akibat penggunaan kerap komputer mudah alih berkenaan.

Akhbar Daily Mail melaporkan semalam pengguna termasuk golongan remaja kini disahkan mengalami masalah kerosakan saraf kerana terlalu membongkok bagi melihat skrin komputer riba berkenaan. .…(BH, 31/5/07).

Ulasan: Perlu beringat-ingat menggunakan kemudahan jangan sampai membawa bencana kepada diri sendiri.



 

Serang Israel sia-sia saja

GAZA: Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menyifatkan serangan roket pejuang Hamas ke Israel sebagai perbuatan sia-sia dan percaya ia hanya mencetuskan kemarahan Israel serta boleh membawa kemusnahan kerajaan bersama Fatah dan Hamas.
Pejuang Palestin enggan melaksanakan gencatan senjata di Tebing Barat hingga Gaza jika Israel terus melakukan serangannya…(BH, 30/5/07).

Ulasan: Sebagai seorang pejuang Fatah, PLO di manakah ruh dan semangat jihad untuk membebaskan Palestin dari penjajahan Israel? Dari eramuslim.com 30/5/07 di petik kata-kata pejuang Briged Ezzedine al-Qassam menyatakan, “Kami akan terus melakkan serangan, kami akan terus menerkam tentera Israel dan warga imigran penjajah Israel di setiap jengkal Palestina ini, dengan izain Allah swt."

Bashar Assad menang tanpa bertanding

DAMSYIK: Presiden Syria, Basyar Assad memenangi tempoh tujuh tahun kedua pemerintahannya selepas meraih lebih 97 peratus undi dalam satu pungutan suara, kata menteri dalam negeri semalam. Kumpulan pembangkang menggesa supaya memboikot pungutan suara yang menyaksikan Bashar sebagai calon tunggal.
Bassam Abdel Majid memberitahu sidang akhbar bahawa Bashar, 41, menang undi besar sebanyak 97.62 peratus dalam pungutan suara Ahad lalu dengan lebih 11 juta penduduk Syria memilih beliau. …(BH, 30/5/07).

Ulasan: Ertinya apa? Rakyat tidak diberi kebebasan untuk memilih.

Media perlu eksploitasi teknologi komunikasi terkini

KUALA LUMPUR 29 Mei – Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa media supaya menggunakan teknologi komunikasi terkini bagi mempengaruhi orang ramai untuk menyokong perang terhadap kemiskinan, buta huruf dan kemerosotan kualiti alam sekitar. Timbalan Perdana Menteri berkata, teknologi seperti laman web dan perisian telefon bimbit sekiranya digunakan secara kreatif boleh mengubah sikap orang ramai terhadap masalah global itu yang turut melibatkan isu ketidaksamaan antara jantina dan penyebaran HIV.
“Pihak media seharusnya bersikap kreatif dengan idea-idea yang boleh membawa pembaharuan dan meyakinkan sehingga dapat mengubah sikap orang ramai,” katanya...(UM, 30/5/07).

Ulasan: Wahai orang tua dalam media cukuplah merosakkan anak muda. Masa untuk ke depan dengan mempersiapkan belia kita menjadi hebat dengan ilmu.
Belia perlu jadi tenaga raksasa majukan negara – Abdullah

KUALA LUMPUR 29 Mei – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menggesa belia supaya menyiapkan diri masing-masing dengan ilmu bagi membolehkan mereka menjadi ‘tenaga raksasa’ yang dapat membangunkan negara untuk tempoh 50 tahun akan datang...(UM, 30/5/07).

Ulasan: Mana mungkin remaja yang tenggelam dalam keseronokan hiburan yang senang di dapati kerana diizinkan oleh pemerintah di negara kita dapat menjadi pemuka bangsa. Apakah cita-cita PM tidak di senangi oleh menteri-menteri lain atau bagaimana? Bangsa yang hendakkan maju kena hebat lebih dari orang lain...

Thursday, May 24, 2007

Pertubuhan Amnesty kutuk Amerika

LONDON: Pertubuhan Amnesty International semalam mengutuk sekeras-kerasnya Amerika Syarikat yang dituduh mencabuli hak asasi manusia dan menjadikan dunia medan pertempuran besar kempen antipengganasnya.
“Serangan ke atas Iraq dan kempen menakutkan ramai yang ditebar pentadbiran Presiden George W Bush di seluruh dunia sebaliknya menyebabkan perpecahan global,” kata pertubuhan hak asasi dunia itu.
Laporan tahunan Amnesty itu juga menuduh Washington bersalah kerana mengamalkan dasar talam dua muka dengan mendakwa sebagai jaguh pejuang hak asasi manusia tetapi hakikatnya pada masa sama mencabuli banyak peraturan antarabangsa...(BH, 24/5/07).

Ulasan: Tiba-tiba negara yang mengakui dirinya sebagai polis dunia dengan sekutunya menjadi enam jahanam yang menggerunkan. Sampai bila kita boleh membuli orang lain?

Artifak baru ditemui di Sungai Muda

ALOR STAR 23 Mei – Pakar arkeologi dan kaji sejarah Jabatan Muzium dan Antikuiti menemui lagi bukti sejarah peninggalan zaman sebelum kedatangan Islam ke Kedah di Sungai Mas, Kuala Muda. Menteri Besar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sehubungan itu, pihaknya bersetuju menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi meneliti kawasan sekitar tapak penemuan khazanah sejarah silam itu yang dipercayai membuktikan kewujudan kota purba di kawasan tersebut.
Penemuan itu membuktikan Sungai Mas sebagai penempatan awal sejak zaman pra sejarah dan berfungsi sebagai bandar pelabuhan purba zaman proto sejarah pada tahun 5 hingga 19 Masehi apabila kegemilangan Kota Kuala Muda dan Istana Pulau Tiga sebagai pusat pentadbiran dan perdagangan dimusnahkan oleh Siam……(UM, 24/5/07).

Ulasan: Cuma janganlah leka mengagung-agungkan sejarah lama sehingga kita terlupa mengamalkan Islam secara bersungguh-sungguh. Jadikan sejarah sebagai iktibar untuk kita menjadi maju. Jangan jadi seperti kerajaan Mesir yang terleka dengan sejarah Firaun, Hamman dan Qarun yang telah lalu lantas tidak mengindahkan Islam.

Najib: Barisan Nasional terus popular

ALOR GAJAH 23 Mei – Datuk Seri Najib Razak berkata, tiada siapa boleh menafikan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) masih popular dan masih mendapat sokongan padu di kalangan rakyat. Menurut Timbalan Perdana Menteri, kalau ada pihak yang memperlekehkannya, ia telah dibuktikan melalui lima pilihan raya kecil yang diadakan sejak 2004…(UM, 24/5/07).

Ulasan: Barisan Nasional masih popular dan masih mendapat sokongan padu di kalangan rakyat kerana merasuah pengundi dalam pelbagai bentuk dan menggunakan jentera kerajaan contohnya kehadiran polis dan unit pencegah rusuhan mengganggu keselesaan ceramah pembangkang, penyokongnya melakukan keganasan terang-terangan terhadap penyokong parti pembangkang seolah-olah mendapat restu dari pihak polis.

Bila rakyat semakin cerdik dan berfikir menggunakan akal yang waras, bukan perut, maka tiada lagi tempat untuk BN menguasai Malaysia.

Tuesday, May 22, 2007

Pemerintah Mesir Tangkap Puluhan Aktivis Al-Ikhwan Al-Muslimun

Ini sebenarnya lagu lama penguasa Mesir. Menangkapi para aktivis Islam menjelang perhelatan politik. Seperti yang terjadi belakangan ini, sumber keamanan Mesir menyatakan telah kembali melakukan penangkapan massal terhadap anggota Al-Ikhwan Al-Muslimun. Kali ini dinyatakan 25 orang anggota Al-Ikhwan ditangkap sejak hari Sabtu (19/5). Menurut Al-Ikhwan, sasaran penangkapan ini adalah untuk mengacaukan persiapan para calon Al-Ikhwan untuk terjun dalam putaran pertama pilihan raya umum yang akan dilakukan pada 11 Jun mendatang…(eramuslim, 22 Mei 07).

Ulasan: Kalau benar amalkan demokrasi, izinkan parti politik yang berdaftar bertanding dalam pilihan raya umum. Jangan gunakan alat kerajaan serta polis dan tentera untuk memberi tekanan kepada mereka. Jangan menipu dan merasuah pengundi. 

Berkempen pada pilihan raya DUN Machap, Ijok: 38 pelajar IPTA kena tindakan

JELI: Senarai pembabitan pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang menyokong parti pembangkang dengan berkempen secara aktif pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Machap dan Ijok diserahkan kepada Jawatankuasa Pemantau peringkat kementerian untuk diambil tindakan.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed, berkata setakat ini 38 pelajar di beberapa IPTA sudah dikenal pasti.…(BH, 22/5/07).

Ulasan: Kerajaan BN cuba untuk membunuh semangat berpolitik yang ada pada pelajar. Apakah hanya dengan menyokong parti BN pelajar akan menjadi pejuang dan pemimpin?

Kepada kerajaan BN, tolong haramkan semua parti pembangkang kecuali BN. Senang tak perlu fikir nak sokong parti yang berdaftar tetapi tak boleh bergerak. Kononnya mengikut demokrasi tetapi betulkah?

Penjara mahu tambah wadar

KOTA BHARU: Jabatan Penjara merancang menambah bilangan wadar bagi mengawasi 50,000 banduan dalam penjara seluruh negara, sesuai dengan sasaran seorang wadar bagi setiap tiga banduan. Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Penjara, Datuk Zulkifli Omar, berkata jumlah banduan yang ramai kini menyebabkan nisbah meningkat sehingga mencapai seorang wadar bagi setiap lapan banduan…(BH, 22/5/07).

Ulasan: Apakah negara maju bererti penjara perlu di besarkan lagi dan bertambah banduannya? Ini adalah hasil negara kita maju mengikut model Barat.

2 disyaki jadikan remaja hamba seks ditahan

GEMAS: Polis menahan dua pemuda kerana disyaki menjadikan seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat sebuah sekolah menengah di sini sebagai hamba seks sejak pertengahan tahun lalu. …(BH, 22/5/07).

Ulasan: Ceritanya bermula sama saja. Mula-mula dengan berkenalan, makan dan minum dan lama kelamaan berzina (seks haram). Pihak perempuan perlu lebih berhati-hati kalau mahu jaga diri. Cara untuk mengelakkannya kalau betul-betul serious: Elakkan dari mendekati zina dalam semua bentuk.

Israel ugut bunuh pemimpin Hamas

BANDAR GAZA 21 Mei – Israel hari ini mengancam untuk membunuh para pemimpin politik Hamas jika serangan roket pejuang Palestin dari Gaza tidak dihentikan. Menteri Keselamatan Awam Israel, Avi Dichter memberi amaran, rejim Yahudi itu bersedia untuk membunuh pemimpin politik Hamas yang hidup dalam buangan, Khaled Meshaal sebaik sahaja ada peluang untuk berbuat demikian.
Perdana Menteri, Ismail Haniyeh juga boleh menjadi sasaran bunuh, kata Dichter, anggota Kabinet keselamatan Israel yang diberi kuasa meluas.
“Dia (Khaled) ialah sasaran yang wajar sekali dibunuh dan saya yakin kami akan menghapuskannya apabila timbul sahaja peluang sekalipun tugas itu sukar,” kata Dichter kepada radio tentera…(BH, 22/5/07).

Ulasan: Kerajaan haram Israel hendak membunuh musuhnya menggunakan kehebatan polis rahsianya.

6 pendaki takluk puncak Everest

KUALA LUMPUR 21 Mei – Enam daripada tujuh pendaki Merdeka de’ Everest 2007 termasuk seorang wanita berjaya mengibarkan Jalur Gemilang di puncak Everest setinggi 8,848 meter bermula pukul 6.15 pagi waktu tempatan hari ini.
Semakan data pendakian ke puncak Everest belum pernah mencatatkan kumpulan seramai enam orang berjaya tiba di puncak tertinggi di dunia itu pada satu masa dan berkemungkinan ekspedisi itu bakal mencatatkan satu lagi sejarah baru dunia.

Ulasan: Dengan kegigihan, latihan fizikal dan mental puncak Everest dapat di takluki. Bagaimana dengan hati kita? Usahakan supaya hati kita taat dan kasih kepada Allah, Maha Pencipta.

Jangan naikkan harga barang

KUALA LUMPUR 21 Mei – Kenaikan gaji kakitangan awam yang diumumkan kerajaan hari ini tidak akan membawa sebarang keistimewaan, jika ia turut mendorong kepada kenaikan harga barang-barang pengguna.
Beberapa orang ahli ekonomi tempatan melahirkan kebimbangan, sekiranya fenomena seumpama itu berlaku, ia boleh menyebabkan kadar inflasi meningkat, sekali gus memberi tekanan kepada kehidupan, terutama kepada golongan yang berpendapatan rendah.

Ulasan: Kalau kerajaan boleh pastikan (bagaimana?) harga barangan pengguna tidak di naikkan lagi, kenaikan gaji yang baru hanyalah menambah kepada kekurangan real income yang terjadi akibat kenaikan harga barangan pengguna sebelum ini.



 

Kenaikan gaji terbaik

PUTRAJAYA 21 Mei – Kerajaan hari ini mengumumkan berita gembira yang disifatkan sebagai ‘terbaik dalam sejarah perkhidmatan awam’ apabila memberi kenaikan gaji antara 7.5 hingga 35 peratus kepada kakitangannya berkuat kuasa 1 Julai ini.

Ulasan: Jaga-jaga jangan terperangkap dengan helah lama kerajaan BN. Mula-mula di berikan kenaikan gaji. Kemudian pilihan raya umum akan di adakan untuk memilih kerajaan baru. Bila BN memerintah Malaysia semula, rakyat akan menderita kenaikan barangan lagi dan lagi.

Tahniah kepada kakitangan @ staf kerajaan kerana mendapat kenaikan gaji. Bagaimana rakyat yang bukan kakitangan kerajaan? Bersedialah mengundi dengan memilih parti yang sayangkan Malaysia bukan hanya mengunakan Malaysia sebagai tempat membuat kekayaan dan harta secara yang tidak halal.

Kalau kita adalah rakyat yang cekap memilih dalam pilihan raya, rakyat akan di hormati kerana kita akan mendapat kerajaan yang menjadi pembantu (khadam) kepada rakyat. Bukan rakyat yang hanya memilih berdasarkan sedikit rasuah yang di terima.

Monday, May 21, 2007

Tiada milik peribadi -- Kerajaan mahu elak industri sensitif lakukan kemahuan sesuka hati

KUALA LUMPUR 20 Mei – Kerajaan tidak akan membenarkan syarikat-syarikat yang mendapat lesen untuk menjalankan perniagaan dalam industri berkepentingan awam seperti stesen-stesen televisyen dijadikan syarikat persendirian.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin menegaskan, syarikat-syarikat seumpama itu harus diapungkan di Bursa Malaysia kerana jika ia dijadikan syarikat persendirian, pemilik syarikat itu nanti boleh melakukan apa sahaja terhadap syarikat tersebut mengikut kemahuan mereka.
Timbalan Menteri Kewangan itu diminta mengulas perkembangan sektor korporat di Malaysia yang menyaksikan beberapa syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia dijadikan syarikat persendirian termasuk Maxis Communications Berhad.
Maxis dijadikan syarikat persendirian oleh taikun T. Ananda Krishnan melalui eksesais korporat bernilai RM40 bilion baru-baru ini.
Terbaru, Berjaya Corporation Berhad yang dikuasai oleh jutawan Tan Sri Vincent Tan pula bercadang menjadikan Berjaya Capital Berhad (BCap) sebagai syarikat persendirian.
Ketika bercakap kepada pemberita, Awang Adek tidak menamakan syarikat-syarikat yang memegang lesen stesen-stesen televisyen di negara ini. Bagaimanapun, di Malaysia, bisnes stesen-stesen televisyen satelit berbayar Astro dan saluran kabel MiTV turut dipegang oleh syarikat-syarikat yang dikuasai oleh Ananda Krishnan dan Vincent Tan.
Operasi televisyen swasta percuma di negara ini seperti TV3, ntv7, 8TV dan TV9 pula dikawal oleh Media Prima, sebuah syarikat senaraian awam yang sahamnya diapungkan di Bursa Malaysia.

Ulasan: Betulkah? Tunggu dan lihat kerana macam-macam boleh berlaku di zaman UMNO ini.



PM perturun petua didik anak

KEPALA BATAS 20 Mei – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menurunkan petua tersendiri kepada golongan ibu bapa dalam mendidik anak- anak yang masih kecil supaya tidak terlalu menyekat anak-anak dengan pelbagai pantang larang yang dikhuatiri merencatkan proses pembesaran semula jadi kanak-kanak.

Ulasan: Baca dan amalkan Tarbiyatul Aulad fil Islam oleh Abdullah Nasih Ulwan.



AS sedia Pakistan RM19 bilion hapus pengganas

WASHINGTON 20 Mei – Amerika Syarikat (AS) menyediakan kira-kira RM3.4 bilion (AS$1 bilion) setahun kepada Pakistan bagi membiayai penyertaannya dalam operasi antikeganasan di kawasan sempadan dengan Afghanistan. 
Akhbar New York Times dalam laporannya semalam menyebut, bayaran itu terus dibuat meskipun Presiden Pakistan, Pervez Musharraf membuat keputusan lapan bulan lalu untuk mengurangkan rondaan di kawasan di mana pejuang Al-Qaeda dan Taliban bergiat cergas.

Ulasan: Malu kerana kerajaan orang Islam menerima wang dari musuh umat untuk menghancurkan umat Islam. Pelik.




Laporan Khas: Remaja ketagih rokok kian membimbangkan

KUALA LUMPUR: Walaupun pelbagai kempen dan peraturan antimerokok dilaksanakan, jumlah perokok di negara ini akan meningkat daripada 3.1 juta pada akhir tahun lalu kepada kira-kira 3.8 juta pada 2015 dan lebih empat juta menjelang 2020. 
Malah, satu kaji selidik Cawangan Penyakit Tidak Berjangkit, Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan baru-baru ini mendapati semakin ramai golongan muda, khususnya remaja terjebak ke dalam kancah ketagihan rokok.
Dari segi pecahan etnik, perokok di kalangan orang Melayu adalah paling tinggi dengan jumlahnya mencatat 1.77 juta atau hampir 50 peratus daripada mereka yang berumur antara 25 hingga 64 tahun.
Jumlah perokok di kalangan kaum Cina pula ialah 435,000 merangkumi 21.2 peratus keseluruhan komuniti dewasanya, manakala 183,000 perokok daripada kalangan kaum India (16.2 peratus)....(BH, 21/5/07).

Ulasan: Kita bersusah-payah menjadi perokok, tunggulah hari di mana kita kena buat keputusan menghentikannya kerana sayangkan agama atau sebab kesihatan (Cancer cures smoking).

Walaupun dulunya terdapat perbezaan pendapat, tetapi berdasarkan penemuan-penemuan sains terkini, kita terpaksa menerima bahawa : Merokok adalah HARAM di dalam Islam. Maksud al-Quran: Dan janganlah kamu mencampakkan dirimu di dalam kebinasaan.


Saudara mara tak sabar rai kepulangan Mila

PULAU PINANG: Saudara mara juara Akademi Fantasia Musim kelima (AF5) yang memecah tradisi sebagai wanita pertama menjuarai program realiti itu, Mila atau Norsyarmila Jirin, tidak sabar-sabar menantikan kepulangannya ke kampung halaman di Kampung Sungai Batu, Teluk Kumbar di sini.
Mila, 19, menjuarai AF5 yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, malam kelmarin, selepas memperoleh 32 peratus undi rakyat Malaysia dan Brunei. Dia turut mencatat sejarah dengan memecahkan dominasi juara lelaki selama empat musim berturut-turut sejak 2003.
Dengan kemenangan itu, Mila membawa pulang hadiah bernilai hampir RM400,000 iaitu sebuah kondominium di A’Famosa Resort Melaka (RM278,900) sebuah kereta jenis Toyota Vios (RM84,849), wang tunai RM20,000, sijil simpanan premium Bank Simpanan Nasional (RM10,000), pakej percutian ke Gold Coast, Australia (RM6,388) dan trofi AF5....(BH, 21/5/07).

Ulasan: Kaum keluarga sepatutnya memberikan nasihat supaya menjaga adab dan agama dalam hidupnya. Jangan hanya teruja dengan hadiah RM400,000 dan kehidupan sebagai artis wanita yang bergemerlapan kerana apalah kita kalau ternafi syurga Allah di akhirat nanti.

Sebenarnya rancangan hiburan seperti AF dan yang seumpamanya adalah merosakkan kerana melatih belia Melayu supaya berhibur dan menghiburkan daripada belajar kuat untuk membebaskan umat dari kejahilan semua hal.



Pembangkang veteran mahu tubuh parti baru

SINGAPURA: Seorang veteran pembangkang yang baru-baru ini bebas daripada muflis berkata semalam beliau bercadang menubuhkan parti politik baru dengan sasaran melakukan transformasi terhadap pentadbiran republik itu.
Joshua B Jeyaretnam, 81, bebas daripada muflis selepas membuat bayaran ganti rugi terakhir pada 10 Mei lalu daripada saman fitnah yang difailkan pemimpin republik itu termasuk perdana menteri.
Bebas daripada muflis bermakna beliau layak mengambil bahagian dalam pemilihan Parlimen menjelang 2011.
“Rakyat Singapura tidak mempunyai hak sama sekali, ekonomi, politik atau sosial,” katanya kepada wartawan sambil menambah parti barunya mensasarkan memperkenalkan ‘perubahan lengkap dan menyeluruh dalam cara negara itu ditadbir....(BH, 21/5/07).

Ulasan: Lawan tetap lawan. Untuk mengalahkan kerajaan yang sedia ada yang sudah lama memegang kuasa (seperti juga di Malaysia) memerlukan kesabaran. Terlalu banyak kelemahan dan kesilapan kerajaan berlaku depan mata kita. Teruskan perjuangan untuk mengelakkan rakyat dari di nafikan hak dalam berbagai segi. Rakyat perlu bebas di dalam negara demokrasi.

PKS Tidak Akan Jadi Bunker Koruptor

PKS tidak akan menjadi bunker tempat persembunyian bagi para koruptor, siapapun kader yang terbukti secara hukum telah melakukan korupsi baik dipusat maupun daerah akan dikeluarkan dari struktur partai.
Hal tersebut disampaikan oleh Presiden PKS Tifatul Sembiring usai melepas peserta Umroh Bersama, di Sekretariat DPP PKS, Jakarta, Senin (21/5).
"Jangan rumor-rumor, tapi serahkan pada hukum, yang bersalah itu ditindak tegas, kalau terbukti ada kader PKS yang bersalah, saya tidak akan melindungi, bahkan dia akan kita hukum juga dari struktur partai, kalau terbukti dia bermain-main, "ujarnya…(eramuslim, Senin, 21 Mei 07).

Ulasan: Syabas kepada parti yang mempunyai masa depan gemilang. Jangan jadi laksana UMNO yang menyimpan orang bermasalah....

Friday, May 18, 2007

Kenaikan gaji tiada kesan inflasi?

CYBERJAYA 17 Mei – Kenaikan gaji kakitangan awam dijangka tidak memberi kesan kepada inflasi, kata Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop. Menurutnya, kerajaan mampu mengawal inflasi kerana ia mempunyai pegawai penguatkuasaan yang mencukupi sekiranya terdapat peniaga yang cuba mengambil kesempatan menaikkan harga barangan berikutan kenaikan gaji kakitangan awam.“Kami akan memastikan sekiranya gaji kakitangan awam naik, ia (inflasi) tidak akan berlaku,” katanya kepada pemberita selepas melawat tapak projek MKN-Embassy Techzone di sini hari ini...(UM, 18/5/07).

Ulasan: Think.....ye ke

Kenaikan gaji tiada kesan inflasi?

Thursday, May 17, 2007

150 jam syarat terjun di Makkah

KAJANG: Cadangan Putera Umno untuk mencipta rekod penerjunan di Makkah hanya dapat direalisasikan sehingga kumpulan itu memenuhi syarat yang ditetapkan iaitu sudah melakukan lebih 150 jam penerjunan.

Ulasan: UMNO nak bawa Putera UMNO ke mana?
Untuk menjadi perwira kebanggaan umat dengan mentaati Allah atau mengajar mencari kebanggaan dunia? Wahai Putera UMNO, janganlah tertipu dengan UMNO kerana sesungguhnya Allah s.w.t. memiliki semua kehebatan di dunia dan akhirat. He who give the world will never love you...

Raja Nazrin-Zara diijab kabul hari ini

KUALA KANGSAR 16 Mei – Perkahwinan diraja antara Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah dan Zara Salim Davidson yang berlangsung di Istana Iskandariah, Bukit Chandan di sini, esok menamatkan penantian selama dua dekad rakyat negeri ini untuk mendapatkan seorang Raja Puan Besar Perak…(UM, 17/5/07).

Ulasan: Selamat Pengantin Baru. Semoga Allah berikan berkah sepanjang hayat. Selamat menjadi hamba Allah yang mentaatiNya.

2 beradik maut dirempuh peronda polis kejar penjenayah

BALING 16 Mei – Dua beradik terbunuh setelah motosikal yang mereka naiki dirempuh kereta peronda polis yang sedang mengejar penjenayah dalam satu kemalangan di Jalan Kupang Grik dekat Kupang di sini hari ini.
Kejadian menyayat hati itu disaksikan pasangan kembar salah seorang mangsa yang mendengar dentuman kuat di belakangnya sebelum kenderaan itu mengheret kedua-dua mangsa sejauh kira-kira 20 meter dari tempat kejadian.
Lebih memilukan, mayat kedua-dua mangsa ditemui dalam keadaan berpelukan…(UM, 17/5/07).

Ulasan: Penjenayah terlepas, terbabit pula dalam kes kemalangan yang melibatkan mati. Oh..peronda polis.

Kereta terpakai wajib jalani pemeriksaan Puspakom

PUTRAJAYA 16 Mei – Semua kereta terpakai diwajibkan menjalani pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) sebelum proses pindah milik kenderaan itu dibenarkan, berkuat kuasa 1 Julai ini. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Chan Kong Choy berkata, bayaran sebanyak RM30 akan dikenakan oleh Puspakom dan kenderaan persendirian yang lulus pemeriksaan itu akan diberikan sijil khas yang mempunyai tempoh sah laku selama 14 hari sahaja.Menurutnya, pemeriksaan Puspakom itu akan meliputi pemeriksaan identiti iaitu nombor casis dan enjin sementara pemeriksaan fizikal akan melibatkan maklumat berkaitan keupayaan enjin, warna, jenis badan, buatan, status, model, tahun dibuat dan kelas kegunaan serta pemeriksaan kerangka dan cermin gelap…(UM, 17/5/07).

Ulasan: Menteri BN di nasihatkan supaya jangan sibuk membuncitkan syarikat kroni melalui poket rakyat. Ada masalah, fikirlah dan selesaikan tanpa kacau duit rakyat. Cari modal lain, lupakanlah macam mana nak ambil duit dari rakyat!
Jangan lupa Puspakom itu anak syarikat DRB-HICOM Group.

Wednesday, May 16, 2007

Reuters dijual RM60 bilion, Thomson muncul agensi berita terbesar

LONDON 15 Mei – Penerbit Kanada, Thomson Corp. bersetuju untuk membeli Reuters dengan harga sekitar RM60.2 bilion (8.7 bilion pound sterling) untuk mewujudkan kumpulan data dan berita kewangan terbesar di dunia.

Ulasan: Bilakah orang kita boleh beli syarikat yang berpotensi untuk memajukan umat dan agama kita. Takkanlah nak guna duit yang banyak sebagai hantaran saja?

Harga makanan berasas tepung dijangka naik

KUALA LUMPUR: Harga barang makanan berasaskan tepung seperti roti, biskut, kuih dan mi dijangka naik berikutan peningkatan kos bahan mentah terutama tepung gandum yang naik 15 sen mulai kelmarin.

Ulasan: Bila kerajaan naikkan harga minyak dulu semua orang boleh faham, tanpa belajar ekonomi pun, bahawa harga barang akan naik lagi. Terima kasih kepada kerajaan BN yang merestui kenaikan harga barangan. Nak undi BN lagi?

Tuesday, May 15, 2007

Taliban ada ramai calon ganti Dadullah


KANDAHAR: Pemimpin Taliban di Afghanistan, Mullah Omar, berkata beribu-ribu anggota pergerakan itu bersedia mengambil alih kepemimpinan Mullah Dadullah sebagai pemimpin tertinggi di medan perang. “Kematiannya tidak memperlahankan jihad Taliban,” kata jurucakap pergerakan itu, Yousuf Ahmadi kepada wartawan melalui telefon.
Beliau membacakan kenyataan Mullah Omar yang mengesahkan kematian Dadullah.
“Ada beribu-ribu mujahidin berjuang di bawah pimpinan Dadullah dan beribu-ribu lagi mampu menggantikan beliau,” katanya lagi…(Berita Harian, 15/5/07).

Ulasan: Selamat jalan Sheikh Dadullah menemui Allah Maha Pencipta. Semoga Allah menerimamu sebagai syahid dan redha terhadap segala usaha dan amalmu berjuang untuk membebaskan negara dan umat Islam dari penjajah baru kafir Amerika dan sekutunya. Kita yang masih tinggal, fikirkan bagaimana?

Friday, May 11, 2007

Artis serikan Pesta Air Nasional di Langkawi

KUALA LUMPUR: Bulan Pesta Air Nasional 2007 akan berlangsung dari 6 April hingga 6 Mei depan dengan Langkawi, Kedah dipilih sebagai lokasi majlis pelancaran yang diadakan selama tiga hari berturut-turut.

Ulasan: Jangan sampai cemarkan pulau yang cantik dengan maksiat. Wahai pak menteri UMNO, kalau sejak merdeka mengajak rakyat kembali kepada kepada Islam, alangkah baiknya... Paling tidak tak teruk macam la ni.


7 pendaki negara sedia tawan puncak Everest

KUALA LUMPUR 14 Mac – Tujuh pendaki Merdeka de’Everest 2007 kini sudah bersedia dari segi fizikal dan mental untuk menawan puncak gunung tertinggi di dunia itu.
Presiden Persatuan Kembara Negara (PKN), Datuk Khalid Yunus berkata, persiapan dan latihan yang sudah diadakan sejak lebih tiga tahun lalu pasti menjadi bekalan untuk mereka berjuang di Everest…(Utusan Malaysia, 15/3/07).

Ulasan: Asalkan Allah reda di mana saja kita berada. Pastikan solat waktu di jaga dan jaga adab.

Kerajaan tidak terpengaruh indeks rasuah

KUALA LUMPUR 14 Mac – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan tidak terpengaruh dengan sebarang kaji selidik yang menggambarkan indeks rasuah di negara ini semakin tinggi.Menurut beliau, indeks rasuah tersebut menggunakan metodologi yang tidak diketahui sedangkan kerajaan telah lama berusaha keras memerangi jenayah rasuah daripada berleluasa.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah badan Jururunding Risiko Ekonomi dan Politik Hong Kong yang menyebut kaji selidik mereka menunjukkan rasuah semakin buruk di Malaysia berbanding tahun lalu.
Dalam sistem penilaian kaji selidik itu yang bermula dari tempat pertama hingga 10, Malaysia diletakkan di tempat ketujuh…(Utusan Malaysia, 15/3/07).

Ulasan: Yang pentingnya apakah cukup tindakan untuk membanteras rasuah dan menjadikan Malaysia sebuah negara yang BEBAS rasuah? Setakat ini tidak ada kesungguhan dari kerajaan BN, hanya Pak Lah yang sibuk menggunakan ucapannya di sana sini seperti orang yang tidak berkuasa.

We have yet to see kesungguhan kerajaan menjadikan negara sifar rasuah. Tapi rakyat tertanya-tanya bila 18 kes high profile akan di bicarakan? Atau menjadi lawak bodoh?


Bekas atlit kebangsaan koma kena rim trailer
GEORGETOWN: Pemenang pingat emas kuartet 4x400m Sukan Sea 1997, D Nadarajan, koma sejak seminggu lalu akibat terkena rim trailer yang melantun selepas tayarnya meletup di sebuah bengkel di Prai, dekat sini, minggu lalu…(Berita Harian, 14/03/07).

Ulasan: Kita manusia sebenarnya perlu bergantung kepada Allah untuk berlindung dari apa-apa yang merbahaya akan menimpa kita. Selamat berdoa dan bertawakkallah.


Remaja selamat cubaan rogol


JOHOR BAHRU: Seorang gadis berusia 19 tahun berjaya menyelamatkan diri daripada dirogol lelaki yang baru dikenali tidak sampai 24 jam dalam sebuah kereta di Taman Permatang Impian, Jalan Kulai-Kota Tinggi, dekat sini, pagi semalam…(Berita Harian, 14/03/07).

Ulasan: Alhamdulillah terselamat untuk kali ini. Jangan cuba lain kali kerana orang lelaki pandai untuk bermuka-muka. Mula-mula memberi budi sebanyak mungkin kepada perempuan, lama-lama secara natural perempuan akan menggadai bodynya tanpa di paksa.

Kalau betul-betul tak mahu di zina samada secara paksa (rogol) atau pun secara sukarela, perlu elakkan menghampiri zina dengan menjauhi pergaulan bebas dalam sebarang bentuk. Mahkotamu terlalu berharga untuk di korbankan tanpa nikah.

Dalam Islam, Allah telah lama berfirman dalam surah al Israa ayat 32: Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk.


Nadiah Amirah dilantik Duta Akademik GPMS

BATU PAHAT: Nadiah Amirah Jamil, 18, yang memperoleh 14 1A dan empat 2A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2006 dilantik menjadi Duta Akademik Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)…(Berita Harian, 14/03/07).

Ulasan: Jangan tertipu dengan GPMS yang ternyata begitu rapat dengan UMNO. Nadiah adalah terlalu bijak berbanding GPMS. It is all right to get to know them but do not be fooled around. Know them untuk menolak mereka.


Tiga gadis Melayu jadi juruterbang AirAsia

MELAKA: Tiga gadis Melayu mencatat sejarah menjadi kumpulan pertama juruterbang wanita bagi pesawat komersial yang dikeluarkan Akademi Penerbangan Malaysia (MFA) di Batu Berendam dekat sini.
Mereka mengikuti 'Commercial Pilot License With Instrument Rating Course' di MFA selama 66 minggu sehingga menamatkan kursus tahun lalu, (Berita Harian, 14/03/07)..

Ulasan: Tahniah. Selamat bekerja sebagai pemandu kapal terbang dengan syarikat yang pemiliknya bukan orang kita. Tanamkan cita satu hari nanti akan membuka syarikat penerbangan sendiri atau akan membeli syarikat AirAsia. Bukan 'condemned' selamanya untuk menjadi pemandu.

Pelajar 18 A ditawar tajaan RM250,000

KOTA BHARU: Pelajar Maahad Muhammadi Perempuan, Siti Fatimah Mukhtar, 17, yang memperoleh 18 A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2006, ditawarkan biasiswa RM250,000 bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan.
Tawaran Kerajaan Negeri Kelantan itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pendidikan, Sains dan Teknologi, Nik Mohd Amar Nik Abdullah, yang menemui pelajar itu di sekolah berkenaan, semalam….(Berita Harian, 15/3/07).

Ulasan: Tahniah kerana menjadi juara keseluruhan Malaysia. Rupa-rupanya pelajar dari sekolah Islam pun boleh jadi hebat.
KUALA LUMPUR: Tujuh pesawat – lima Cessna 172 dan dua helikopter pengangkut MI-17- yang dibeli untuk kegunaan Polis Diraja Malaysia (PDRM), tersadai sejak beberapa tahun lalu dipercayai kerana tidak memenuhi piawaian.Difahamkan, semua pesawat itu dibeli dengan menggunakan peruntukan RM24 juta dalam Rancangan Malaysia Kelapan (RM-8) pada 2003.
Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Mustaffa Abdullah, ketika dihubungi mengesahkan pesawat itu tidak dapat digunakan kerana menghadapi masalah teknikal.
“Memang pesawat itu untuk latihan, tetapi tak perlulah nak besarkan isu ini... ia berkaitan dengan pembekal. Saya tak mahu ia jadi isu, ini berkaitan kontrak. Ini akan membebankan banyak pihak. Cuma saya boleh katakan ini berkaitan masalah teknikal,” katanya.….(Berita Harian, 15/3/07).

Ulasan: Polis pun kena ingat bahawa wang rakyat perlu di jaga. Kenapa bayar yang sub-standard? Tolong siasat, jangan tak siasat. Rasa-rasa kenal siapa Menteri Dalam Negeri?
IJOK: Kerajaan Selangor memperuntukkan RM36 juta kepada kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok untuk melaksanakan dan meneruskan pelbagai projek pembangunan yang perlu disiapkan dalam tempoh dua minggu. Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, berkata jumlah itu tidak termasuk tambahan peruntukan RM3.2 juta kepada DUN Ijok yang diluluskan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, beberapa hari lalu.

Komen: Dua minggu untuk habiskan RM36 juta? Sampai bilakah rakyat Malaysia akan di perbodohkan oleh kerajaan BN? Kerajaan yang tidak bermaruah menggunakan rasuah politik dengan menaburkan projek segera untuk membeli undi.

Nampaknya kena doa supaya ramai lagi wakil rakyat BN meninggal, supaya janji lama di tunaikan semasa menunggu pilihan raya kecil.



  

Guru ditangkap khalwat dengan pelajar

JITRA 10 Mei – Seorang guru sebuah sekolah menengah di Jitra ditangkap khalwat dengan pelajarnya yang berusia 16 tahun dalam sebuah kereta di kawasan kuari tanah, Guar Arang, Changlun dekat sini, semalam…(U.M, 11/5/07).

Ulasan: Amat tidak kena cara untuk guru mengambil peluang sebegitu. Guru sewajarnya jadi pendidik kepada pelajar bukan mengambil peluang untuk memuaskan nafsu. Kalau hendakkan sangat, tak tahan sangat menjaga nafsu eloklah nikah dulu.  Kemudian segala2nya menjadi halal sebagai suami isteri. Chikgu rasanya sudah tahu bahawa Allah dengan jelas memerintahkan jangan menghampiri zina.









  

Japan has drop box for unwanted babies

TOKYO - A Japanese hospital opened the country's only anonymous drop box for unwanted infants Thursday despite government admonitions against abandoning babies.
The baby drop-off, called "Crane's Cradle," was opened by the Jikei Hospital in the southern city of Kumamoto as a way to discourage abortions and the abandonment of infants in unsafe public places. The hospital described it as a parent's last resort.
Similar baby drops exist in Germany and South Africa. Some U.S. states, such as Alabama and Minnesota, also have programs protecting identities of women who give up their babies.
Abortion is readily available and widespread in Japan where restriction against the measure is loose and there are no clear religious taboos.
Nearly 290,000 abortions were reported in 2005, according to the Health Ministry.. (Associated Press, 10 May 2007).

Comment: Just imagine farmers who would readily sow their seeds in their beautiful farms but does not want the harvests. What sort of farmers are they?

Olmert: Israeli command below par in war

JERUSALEM - Prime Minister Ehud Olmert told an inquiry the army command did not perform well in last summer's war in Lebanon and acknowledged he gave short shrift to warnings troops weren't ready, but he insisted Israel had no option except to fight, according to testimony released Thursday…(Associated Press, 10 May 2007).

Comment: Negara haram Israel sepatutnya berbincang tindakannya menyerang sebuah negara yang merdeka dari sudut undang-undang antarabangsa. Bukan berbincang dan tidak ada hak untuk berbincang mengenai kekalahannya sewaktu perang di Lubnan. Jangan membodohkan orang Islam di seluruh dunia.

The illegal state of Israel should be discussing its action to wage a war on an independent state in the view of international laws. Israel should not discussing about losing in the war in Lebanon last summer because it has no right to do so. The illegal state of Israel in Occupied Palestine did wage war on the legal state of Lebanon and unfortunate enough it lost that war. Shame on you. Do not fool the all people including all Muslims around the world.

Kuarters guru retak

ALOR STAR: Sekurang-kurangnya 31 keluarga guru di tiga blok rumah pangsa Kuarters Institusi Pendidikan Sekolah Kebangsaan Sungai Limau, Yan, dekat sini, bimbang apabila bahagian bawah blok rumah empat tingkat itu merekah selebar 14 sentimeter.
Kuarters pasang siap itu dikatakan mula retak pada awal 2005 selepas siap dibina pada 2004...(H.Metro, 10/5/07).

Ulasan: Hasil dari projek design and build dan biasanya menggunakan perunding pengurusan project (PMC) yang di perkenalkan sewaktu Dr M memerintah. Semak balik rekabentuk asal, pengawasan (supervision) sewaktu pembinaan, ok kah atau…telah berlaku penyelewengan. Demikianlah BN/UMNO menghabiskan duit rakyat selama ini.

Bahaya bahan pewarna dalam makanan ringan

LONDON: Ibu bapa diingatkan mengelak anak-anak mereka mengambil makanan, gula-gula atau minuman mengandungi bahan campuran yang didakwa boleh menyebabkan anak kecil itu mengalami masalah kelakuan termasuk panas baran dan kurang daya tumpuan.…(U.M, 10/5/07).

Ulasan: Jangan kerana tidak ada maklumat terkini menyebabkan anak kita tersiksa lantaran memakan makanan dan meminum minuman yang merbahaya.

Ustazah ditemui mati separuh bogel, mati dicekik

KAPIT 9 Mei – Polis hari ini mengesahkan seorang ustazah yang ditemui mati dalam keadaan separuh bogel di sebuah anak sungai terpencil berhampiran kawasan Perindustrian Bleteh, kira-kira tiga kilometer dari sini semalam, mati akibat dicekik. …(U.M, 10/5/07).

Ulasan: Kita bersedih dan bersimpati dengan kematian ustazah, pembawa obor hidayah kepada umat. Di doakan supaya matinya di terima Allah sebagai syahid pada jalanNya. Pastikan kita tidak mati kecuali dalam keadaan kita Muslim sebagaimana Allah telah perintahkan di dalam Quran, dengan sentiasa mengamalkan Islam setiap masa. 

Pelajar kolej parah dibelasah akibat mencarut

KUALA TERENGGANU 9 Mei – Gara-gara mengejek dan mencarut, seorang pelajar sebuah kolej di sini patah gigi, pecah bibir dan bengkak di bahagian badan serta muka akibat dibelasah rakan sebaya yang menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) lain kelmarin…(U.M, 10/5/07).

Ulasan: Tepat sebagaimana kata orang tua-tua dulu, “Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa”. Hormatilah walaupun musuh. Atau yang lebih baik berdamailah, cari projek membantu ummah dan bersama-sama kita bantu.

Wednesday, May 09, 2007

Kanak-kanak AS ketagih televisyen

CHICAGO: Sekurang-kurangnya 90 peratus kanak-kanak bawah usia dua tahun dan 40 peratus bayi berusia kurang tiga bulan Amerika Syarikat terbukti penonton setia televisyen, cakera padat digital dan video.
Satu kajian berasingan pula menyifatkan perbuatan menonton televisyen itu menumpulkan tumpuan dan menyifatkan masalah pembelajaran. Malah, remaja yang kaki televisyen terbukti sukar menjejakkan kaki ke universiti berbanding mereka yang kurang menonton televisyen.

Ulasan: Kalau kerajaan tidak cermat mengawal negara kita pun kearah penyakit yang sama. Apakah hebat kalau ada berpuluh atau beratus rangkaian TV yang percuma dan berbayar, tapi anak-anak kita menjadi sengsara.

Apa kata parti terbesar pemerintah/kerajaan, UMNO, yang memiliki Media Prima (melalui Malaysia Resources Corporation Berhad)?

PM mahu korporat, negeri perkukuh tahap integriti

PUTRAJAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu semua kerajaan negeri dan sektor korporat di negara ini melaksanakan inisiatif memantapkan tahap integriti seperti diguna pakai kerajaan, demi kebaikan rakyat serta negara.
Perdana Menteri berkata, keutuhan integriti adalah agenda nasional yang membabitkan semua pihak dan bukan terhad kepada kerajaan Pusat semata-mata.
“Apabila kita bercakap mengenai integriti, apa yang perlu kita risaukan dan perlu kita buktikan ialah cakap kita itu disusuli dengan tindakan,” katanya.

Ulasan: Jangan hanya bercakap kosong laksana pemimpin pembangkang.
Kepada yang berkuasa ingatlah: Pelaksanaan Adalah Bukti Kata-Kata.

Racun haram berleluasa di Cameron Highlands

CAMERON HIGHLANDS: Sebahagian besar pekebun sayur di sini, dipercayai menggunakan baja yang diharamkan dari Thailand untuk memastikan tanaman mereka sentiasa kelihatan segar dan tahan lama.
Pekebun sayur sendiri mendakwa sekurang-kurangnya 90 peratus daripada lebih 4,000 petani di kawasan tanah tinggi itu menggunakan baja berkenaan dan racun serangga diharamkan sejak bertahun lalu tanpa dikenakan tindakan pihak berkuasa.

Ulasan: Ada sekurang-kurangnya 2 perkara yang boleh di lakukan.
1) Beri penerangan mengenai bahaya racun kepada pekebun sayur dan menggalakkan sayur organik.
2) Pihak berkuasa ketatkan import racun.
Mereka tanam dan jual, dapat duit. Kita beli, habiskan duit dan makan dan dapat penyakit. Sampai bila kita nak jadi pengguna yang hidupnya at the mercy of others? Masa untuk berubah. Sekarang.

Kemenangan di Ijok lenyapkan kepalsuan ciptaan pembangkang?

BOSTON 7 Mei – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, keputusan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok baru-baru ini melenyapkan kepalsuan yang dicipta oleh pihak- pihak tertentu terhadap kerajaan.
Katanya, keputusan pilihan raya itu membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah mantap dan mendapat sokongan padu rakyat.…(U.M, 8/5/07).

Ulasan: BN menang tapi melalui merasuah pengundi. Apakah RM36 juta untuk di belanjakan sepanjang 2 minggu sebelum pilihan raya kecil di Ijok kalau tidak di namakan rasuah?

Rakyat yang CERDIK tidak akan dapat di tipu oleh oleh parti pemerintah. Akan sampai hari itu akan datang….
Pelajar-pelajar kena belajar berFIKIR supaya tidak di tipu..

RM690 juta bina kediaman guru di pedalaman

IPOH 8 Mei – Kementerian Pelajaran memperuntukkan sebanyak RM690 juta untuk membina kediaman guru di kawasan pedalaman di seluruh negara.
Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Datuk Dr. Zulkurnain Awang berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM143 juta diperuntukkan bagi kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak…(U.M,9/5/07).

Ulasan: Jangan hanya mencari jalan untuk habiskan duit rakyat. Sudah tentu kita dapat belajar sesuatu dari kajian terhadap kediaman guru yang banyak di bina menggunakan konsep Reka(bentuk) & Bina sewaktu zaman Dr Mahathir. Kenapa banyak rumah guru yang di biarkan kosong?

Tuesday, May 08, 2007

14 cara Yahudi dera tahanan Palestin

KAHERAH: Penyeksaan yang dilakukan terhadap beribu-ribu rakyat Palestin ditahan di penjara Israel didapati adalah sebahagian daripada sistem digubal rejim zionis yang menyenaraikan 14 kaedah bagi menyeksa tahanan mereka, kata dua kumpulan hak asasi manusia Israel.
Pusat Maklumat Israel bagi Hak Asasi Manusia di Wilayah ditakluk (B'Tselem) dan Pusat HaMoked bagi Pembelaan Individu berkata dalam laporan mereka majoriti 73 tahanan Palestin yang ditemuramah berkata mereka ‘dipukul, diikat sehingga sakit, dimaki, dimalukan dan dinafikan keperluan asas’ dari mula ditahan.
Tahanan Palestin yang digelar “luar biasa” oleh penyiasat Israel dikenakan langkah soal siasat khas “tujuh peringkat” termasuk memukul dan membengkokkan badan tahanan ke belakang ketika duduk di atas bangku.
Hampir 11,000 rakyat Palestin ditahan di penjara dan pusat tahanan Israel, termasuk 126 wanita dan 450 kanak-kanak.

Ulasan: Mari kita tolak Israel sebagai negara haram di bumi Palestin yang sengaja menyiksa tahanan Palestin.

Tapi apa kurangnya polis/pegawai penyiasat dan SB yang menyoal siasat tahanan ISA di negara kita? Sia baca penulisan bekas tahanan ISA seperti Dr Syed Husin Ali dan Saari Sungib untuk mengetahuinya. Berapa kaedah yang di pakai?

Ahli Umno diminta kemuka cadangan

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta semua ahli Umno menghadiri mesyuarat cawangan masing-masing mengemukakan cadangan bernas untuk membantu memantapkan lagi kedudukan parti…(BH, 8.4.07)..

Ulasan: Di cadangkan supaya Umno berjuang diatas nama Islam bukan hanya menggunakan nama Islam. Parti Umno sudah tentu akan di redhai Allah sepanjang masa KALAU menjadikan Islam sebenar (bukan Islam Hadhari) sebagai asas dan dasar perjuangannya dan melaksanakan secara konsisten, mengajak manusia dan menegakkannya syariat Allah, hidup di bawah naungan Islam, seperti yang diturunkan Allah kepada Rasulullah saw, dan diserukan oleh para salafush-salih, bekerja dengannya dan untuknya, keyakinan yang bersih dalam sanubari, pemahaman yang benar yang melalui akal dan fikrah, dan menerima syariah Islam yang mengatur anggota tubuh, perbuatan dan melaksanakannya di dalam politik negara dan sejagat.

Cuma bayangkan sekiranya asas dan dasar perjuangan Umno ialah Islam dan ini dilaksanakan secara konsisten selama ini (sudah 50 tahun sejak merdeka) yang mengajak rakyatnya kepada kebaikan, Malaysia tidak akan sebegini teruk seperti sekarang. Salah siapa kalau tidak Umno?

Tinggalkanlah Umno yang merosakkan diri, ummat dan negara yang selama ini menjadi tempat berpijak untuk mengumpulkan kekayaan dan harta dengan cara yang tidak benar di bawah nama perjuangan Bangsa Melayu. Siapa juara rasuah kalau bukan Umno?

Rebut wanita punca dibunuh

KLANG: Cemburu dan berebut teman wanita dikenal pasti punca jurugambar bebas, A Nethiyanathan, 28, dipukul sehingga mati dan mayatnya ditanam di tapak pembinaan di Taman Sungai Kapar Indah, di sini, sebelum ditemui polis 2 Mei lalu…(BH, 8.4.07).

Ulasan: Benarlah sabda Rasulullah s.a.w.: “Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela-selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita” (Riwayat Bukhari, Muslim, Imam Ahmad, at-Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah).

Huraian mengikut JAKIM ialah:
1. Dunia mempunyai daya penarik yang kuat kerana Allah SWT telah menjadikannya berkeadaan demikian untuk menguji manusia siapakah yang dapat menguasai hawa nafsunya dan dapat menjalani kehidupan di dunia menurut jalan yang diredhai Allah.
2. Antara daya penarik dunia ialah wanita kerana lazimnya mereka mendorong lelaki dengan tutur kata yang manis, gerak geri yang menggoda dan pakaian yang memberahikan. Semua ini mencabar keimanan kaum lelaki sehingga mereka menjadi lalai terhadap tugas dan kewajipan mereka.
3. Oleh itu Rasulullah SAW menuntut kita supaya memelihara dan mengawal diri daripada diruntun oleh kemanisan dan keindahan dunia dengan menambahkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah sambil mengingati bahawa segala yang ada di dunia hanyalah sementara sahaja berbanding dengan segala nikmat di akhirat yang kekal abadi.
4. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah.

Wednesday, May 02, 2007

Malaysia sedia bukti pertahan Pulau Batu Putih

KOTA TINGGI: Malaysia sudah bersedia dengan semua bukti dan hujah bagi memulakan perbicaraan berhubung kedaulatan Pulau Batu Putih, Middle Rocks dan South Ledge dengan Singapura di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague, Belanda pada 6 November depan.
Tuntutan terhadap Middle Rock yang terletak kira-kira 0.5 batu nautika dari Pulau Batu Putih dan South Ledge berada 1.7 batu nautika dari Middle Rock, dibuat Singapura pada 1993. Pulau Batu Putih terletak kira-kira 7.75 batu nautika (14.3 kilometer) dari Tanjung Penyusop, Johor berbanding 25 batu nautika (46.3 km) dari Singapura…(BH, 2/4/07).

Ulasan: Selamat mendapatkan kembali wilayah yang di ambil oleh jiran yang jahat. Apalah makna kemerdekaan kalau tak pertahankan negara?

Lupus kereta 15 tahun perlu kajian menyeluruh

KUALA LUMPUR 1 Mei – Satu kajian menyeluruh perlu dilakukan terhadap cadangan melupuskan kereta yang berusia 15 tahun untuk memastikan ia tidak membebankan pemilik kereta dan menjejaskan hak pengguna.

Ulasan: Kenapa bila industri automotif di negara ini sedang mengalami kemerosotan, masalah itu dipindahkan kepada pengguna? Jangan hanya lihat kepada poket rakyat dan paksa rakyat untuk tukar kereta hanya bagi menyelamatkan kereta nasional. Kalau tak pandai berniaga eloklah jangan berniaga, jangan sampai menzalimi rakyat.

Tuesday, May 01, 2007

Rasuah ialah pemenang sebenar di Ijok


KUALA LUMPUR, 30 Apr (Hrkh) - Kekalahan pembangkang dalam pilihan raya kecil di kawasan yang sebelum ini dimenangi oleh Barisan Nasional tidak bermakna sokongan rakyat kepada parti itu semakin baik, kata Ahli Jawatankuasa PAS, Haji Mahfuz Omar.
Malah, katanya, Barisan Nasional telah memunggah wang rakyat sehingga RM36 juta untuk menjamin kemenangannya di Ijok dan hanya mendapat pertambahan majoriti hanya 201 undi sahaja.
Hakikatnya, kata beliau, ia bukan satu kemenangan malah perbuatan merasuah pengundi di tahap tertinggi dan pemenang sebenar ialah rasuah.
"Tidak cukup dengan itu, pilihan raya kecil Ijok juga mencipta sejarah sebagai pilihan raya kecil yang paling mahal dan ganas.
"Pihak polis juga gagal menunjukkan sikap tidak memihak sehingga Amnesty International Malaysia sangat prihatin terhadap tindakan polis yang mengamalkan sikap selektif dalam menafikan hak penyokong calon Parti Keadilan Nasional (PKN) untuk mengadakan perhimpunan dan ceramah politik," katanya…(Harakah 30/4/07).

Ulasan: Terima kasih kepada PM kerana partinya UMNO/BN berjaya menjadikan pilihan raya kecil di Ijok sebagai paling mahal, rasuah sebagai pemenang sebenar, ganas dan sikap pihak polis yang gagal menunjukkan sikap berkecuali. Memang benarlah BN menjadi Cemerlang, Gemilang dan Terbilang dalam hal merasuah pengundi.
PM sebagai kemuncak kuasa bila nak MARAH kepada juak-juak UMNO/BN?

MB Pahang komen tentang AF

KUANTAN 30 April – Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob yang turut tertarik dengan perkembangan Akademi Fantasia (AF), menganggap peminat membuat tindakan tidak bijak apabila tidak mengundi penyanyi berbakat iaitu Muhammad Aizat Amdan (Aizat). Adnan berkata, beliau memberikan sokongan kepada peserta AF5 berkenaan serta seorang lagi yang masih bertahan, Dafi kerana kedua-dua mereka adalah dari Pahang. Namun beliau kecewa kerana masyarakat tidak memilih kedua-dua peserta berkenaan yang disifatkannya amat berbakat.

Ulasan: Sokongan kita hanya kerana kebenaran bukan kerana taksub kenegerian. Kepada Tok MB: Hentikanlah memberi promosi kepada AF dan rancangan-rancangan yang serupa supaya turut menyokong satu program hiburan yang tidak mempunyai manfaat kearah Malaysia yang berwibawa melainkan hanya hiburan lalai, merugikan dan hanyalah menghasilkan artis yang telah lama merosakkan nilai agama dalam masyarakat.

Sebagai rakyat yang terdidik kami melihat tindakan Tok MB yang langsung tidak berasas kerana menjatuhkan kredibiliti seorang pemimpin nombor satu negeri.



  

Periksa semua bangunan -- Arahan PM kepada JKR ekoran insiden terbaru siling mahkamah runtuh

KUALA LUMPUR 30 April – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengarahkan Jabatan Kerja Raya (JKR) memeriksa serta-merta semua bangunan kerajaan di seluruh negara selepas kejadian siling runtuh berlaku di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini.
Perdana Menteri yang marah dan malu dengan kejadian itu – iaitu insiden ketiga siling runtuh melibatkan bangunan kerajaan dalam tempoh tiga minggu – mahu kontraktor-kontraktor yang cuai dalam pembinaan bangunan-bangunan tersebut dikenakan tindakan tegas tanpa kompromi. Kompleks Mahkamah Jalan Duta dibina dengan kos RM270 juta, manakala kejadian siling runtuh akibat paip pecah di ibu pejabat Jabatan Imigresen dan Dewan Serbaguna Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi di Putrajaya juga berlaku di bangunan baru milik kerajaan yang dibina dengan kos beratus-ratus juta ringgit.

Catatan: Dalam kejadian terbaru kelmarin 1.4.07, beberapa keping siling di bilik Setiausaha Mahkamah Tinggi Sivil 6, di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, di sini, yang baru siap dan belum digunakan runtuh. JKR bertanggungjawab mereka bentuk kompleks itu tetapi ia dibina Johawaki Development Sdn Bhd.

Pada 11 April lalu, operasi di kompleks Ibu Pejabat Jabatan Imigresen di Presint 2, Putrajaya tergendala dan terpaksa ditutup sementara selepas sambungan paip tingkat tujuh bangunan itu patah menyebabkan limpahan air dan silingnya runtuh.

Kira-kira jam 7.10 pagi Sabtu lalu pula, hampir semua kepingan dan kerangka keluli pengikat siling kaca lepa di Dewan Serba Guna Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi di presint yang sama, runtuh akibat limpahan air selepas saluran paip sistem perenjis kebakarannya pecah.

Ulasan: Sila buat penyiasatan terperinci kerana beratus juta duit rakyat di habiskan untuk membina kompleks yang ternama. Samada rekabentuk asal yang salah, di bina tidak mengikut rekabentuk asal atau tidak ikut spesifikasi yang di nyatakan dalam dokumen kontrak.

Rupa-rupanya PM pandai marah juga. Tapi marah kerana dunia sahaja. Tapi bila nak marah kerana agama?