KUALA LUMPUR 20 Mac – Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menyeru umat Islam di negara ini mencontohi keunggulan peribadi Rasulullah dalam melaksanakan perintah Allah ke arah melahirkan sebuah masyarakat Islam yang unggul serta menjadi teladan kepada dunia. Titah baginda, perjuangan Nabi Muhammad SAW telah berjaya membina kekuatan mental dan fizikal umat Islam sehingga mampu mencipta satu tamadun yang amat gemilang...(UM, 21/3/08).
Ulasan: Sesungguhnya kejayaan dan kebahagiaan manusia (tak kira siapa) di dunia dan di akhirat hanya bergantung di atas ketaatan kita di dalam hidup ini mengikut cara hidup (@Sunnah ) Rasulullah s.a.w.
Ambil iktibar sejarah kejatuhan empayar
IPOH 20 Mac – Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah bertitah, sikap pemimpin yang hilang pedoman ketika berkuasa adalah punca kejatuhan sesebuah empayar dan negara sebagaimana yang tercatat dalam sejarah...(UM, 21/3/08).
Ulasan: Yang menang berjaga-jaga kalau perangai wakil rakyat seperti wakil rakyat BN dulu yang suka mengaut harta negara melalui jalan yang tidak sah maka akan kecundang nantinya. Rakyat kita sudah tahu menggunakan KUASA RAKYAT untuk menukar kerajaan yang jahat.
BN masih relevan
PUTRAJAYA 20 Mac – Barisan Nasional (BN) masih relevan dan popular di kalangan pengundi walaupun gagal mencatat majoriti dua pertiga pada Pilihan Raya Umum Ke-12 baru-baru ini. Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, ini berdasarkan jumlah undi yang diperoleh BN masih mengatasi pakatan pembangkang.
Katanya, pada pilihan raya umum lalu BN memperoleh 4.1 juta undi berbanding Parti Keadilan Rakyat (PKR) 1.4 juta undi manakala Pas dan DAP masing-masing 1.1 juta undi...(UM, 21/3/08).
Ulasan: Biarlah BN seronok sendiri dengan kapal yang hampir nak tenggelam. Pada asasnya BN adalah parti yang berteraskan bangsa-bangsa yang berbeza di Malaysia dan kejayaannya bergantung kepada kejayaannya memperjuangkan kepentingan bangsa masing-masing. Rakyat Malaysia telah nampak bahawa perjuangan BN tidak membawa negara jauh ke depan kerana KKN (korupsi/rasuah, kronisme dan nepotisme) yang berlaku sepanjang BN (dulunya Perikatan) 50 tahun memerintah negara. Rakyat Malaysia sudah jemu dengan BN.
No comments:
Post a Comment