KUALA LUMPUR: Cadangan Kementerian Pengajian Tinggi meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 bagi memberi pelajar dan universiti lebih kebebasan disifatkan langkah positif dalam melahirkan graduan berdaya saing.
Prof Emeritus Datuk Dr Khoo Kay Kim, berkata selain memberi mandat penuh kepada universiti membuat sesuatu keputusan, pindaan itu wajar kerana ia sebagai tanda kepercayaan kerajaan terhadap pihak berkenaan untuk lebih bersedia berdepan dunia global. Mengimbas pelaksanaan AUKU sejak 37 tahun lalu, beliau berkata, tindakan Menteri Pelajaran ketika itu seolah-olah mengongkong kebebasan pelajar untuk mempamerkan kemahiran mereka memimpin yang sepatutnya digilap ketika berada di kampus...(BH, 26/3/08).
Ulasan: Hasil yang ada ialah melahirkan pemimpin kerajaan BN dan bakal pemimpin BN yang hanya pak turut. Rakyat bersyukur selepas kekalahan BN dalam PRU 12, ramai Naib Cancelor sudah berani bercakap sesuatu yang hampir dengan suara hatinya untuk menghasilkan graduan yang bukan sumber insan dalam ekonomi tetapi berani menegakkan kebenaran dan keadilan. Sedar dan insaflah bahawa bermuka-muka, menjadi pengampu dan penjilat bukan cara hidup orang yang jiwanya merdeka apatah lagi terpelajar.
Pelajar 14 tahun dirogol sembilan lelaki
KUALA TERENGGANU 25 Mac - Seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun mendakwa dirogol bergilir-gilir oleh sembilan remaja termasuk teman lelaki barunya dalam tempoh dua hari berturut-turut di sebuah bangsal di Felda Nerang 1 di Kemaman... ...(UM, 26/3/08).
Ulasan: Dari sudut peribadi - Semuanya berlaku setelah melanggar peraturan Allah iaitu perempuan keluar dengan lelaki yang bukan mahram. Nampak depan mata bahawa peraturan Allah adalah untuk kesejahteraan manusia. Dari sudut lain kerajaan bertanggung jawab mendidik warganya menjauhi zina termasuk rogol, menjauhi pergaulan bebas, menyekat video haram, rancangan tv & radio, serta web lucah yang merangsang seks melalui pelbagai cara, kempen yang berterusan dan akhirnya dengan hukuman yang setimpal.
No comments:
Post a Comment