BUTTERWORTH: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan kepemimpinannya selama empat tahun lalu sebagai tempoh yang penuh dengan kejayaan dan kerana itu, beliau bertekad untuk meneruskan kecemerlangan itu untuk kemakmuran rakyat...(BH, 4/3/08).
Ulasan: Lihat di sekeliling berlaku di depan mata kita sekarang: Rasuah membarah, Harga minyak melambung, Kos hidup tinggi, Jenayah meningkat, Demokrasi terhakis, Khazanah negara dibolot kroni, Pemimpin politik BN jadi semakin kaya melalui jalan yang tidak sah, Rakyat sibuk kerja siang malam takutkan kemiskinan.
Apakan daya Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi mengkhianati mandat besar pilihan raya 2004. Keluhan rakyat tidak dipedulikan. Projek berbilion ringgit diagih sama sendiri. Keupayaannya menguruskan ekonomi dipertikai. Suara kritikan dianggap musuh. Oleh itu tamatkanlah kuasa mutlak dan ego pemimpin BN.
Anda mampu mengubahnya. Gunakan hak anda sebaik mungkin dalam pilihan raya 8 Mac 2008 ini...(Harakah, 16-29/2/08).
Batal penswastaan air untuk keselesaan rakyat
SEREMBAN: Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata beliau sanggup berdepan tindakan saman bernilai RM1.5 bilion berikutan pembatalan perjanjian konsesi penswastaan bekalan air yang sudah dimeterai kerajaan negeri sebelum 2004 untuk mempertahankan kepentingan rakyat.
Beliau yang dilantik menerajui kerajaan negeri selepas menang pilihan raya umum empat tahun lalu berkata, perjanjian dibatalkan kerana ia membebankan rakyat dan hanya menguntungkan pemegang konsesi...(BH, 3/3/08).
Ulasan: Rupa-rupanya kerajaan BN mengikut Kelantan di bawah PAS (bekalan airnya diurus di bawah AKSB menggantikan Thames Water Sdn Bhd.). Kepada kerajaan Pak Lah bila lagi nak batalkan tol untuk kepentingan rakyat?
Pas sedia guna kekerasan
KUALA LUMPUR: Pas semalam memberi amaran parti itu akan melakukan apa saja tindakan termasuk menggunakan kekerasan bagi menghalang apa yang didakwanya pengundi upahan atau pengundi hantu, pada Pilihan Raya Umum Ke-12, Sabtu ini.
Setiausaha Akhbar Presiden Pas yang juga penyelaras Sekretariat Media Pilihan Raya di Ibu Pejabat Pas Pusat, Roslan Shahir Mohd Shahir, mendakwa parti itu menerima maklumat mengenai perjalanan bas yang dikatakan akan membawa pengundi hantu dari seluruh negara termasuk dari beberapa universiti tempatan.
Ulasan: Malu jika pilihan raya di negara kita masih lagi tidak BERSIH dan TIDAK ADIL. Rakyat yang cintakan negara yang BERSIH dan ADIL wajar memilih calon yang BERSIH dari semua segi. Nasihat kepada BN dan SPR: Jangan memperbodohkan rakyat kerana bila rakyat menuntut hak melalui jalan raya bererti BN akan lenyap.
Keselamatan rakyat tetap diutama
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata kerajaan prihatin dengan isu keselamatan di kalangan rakyat dengan mengambil pelbagai pendekatan segera, khususnya menambahbaik perkhidmatan polis bagi memastikan rakyat dapat hidup selesa, aman dan sejahtera...
Ulasan: Di Johor dengan nisbah polis: penduduk sebanyak 1:250 pun jenayah makin menjadi-jadi. Tinggalkan BN penyubur rasuah di Malaysia selama ini.
Kerajaan komited laksanakan syariat Islam
KUALA TERENGGANU 1 Mac - Kerajaan Barisan Nasional (BN) bertanggungjawab serta komited melaksanakan syariat Islam secara menyeluruh dalam usaha membangunkan masyarakat Melayu tanpa menjejaskan kepentingan agama lain di negara ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, dengan sifatnya yang amat komprehensif, Islam sebenarnya mampu menjadi alat ke arah memajukan umatnya dalam pelbagai bidang termasuk sains dan teknologi yang turut boleh dinikmati oleh rakyat bukan beragama Islam.
``Jika agama boleh dijadikan pendekatan untuk membangkitkan semangat orang Melayu untuk mencapai kemajuan, apa salahnya ia digunakan.
``Islam sentiasa mengajar umatnya supaya mengejar kemajuan dan cintakan ilmu pengetahuan. Islam tidak mahu umatnya berada dalam kemunduran,' ' katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan 500 tokoh agama pada majlis Multaqa Agamawan Negeri Terengganu 2008 di Wisma Darul Iman di sini hari ini.
Menurut Perdana Menteri, Terengganu merupakan negeri yang berjaya menonjolkan Islam sebagai asas kepada kemajuan dan pembangunannya yang boleh dicontohi oleh negeri-negeri lain.
Sebagai contoh, jelasnya, Terengganu telah memperkenalkan usaha melahirkan generasi ulul albab yang memberi pendedahan kepada murid-murid di peringkat prasekolah menghafaz al-Quran dan seterusnya digilap hingga ke peringkat menengah.
``Tujuannya untuk melahirkan generasi al-Quran yang pada satu hari nanti turut menguasai ilmu ! sains. Begitu juga dengan pembinaan Taman Tamadun Islam yang mampu memberi penerangan secara ringkas kepada masyarakat luar mengenai keindahan Islam,'' tambahnya.
Ulasan: Tujuannya simple, tapi belanjanya berjuta-juta! Berbaloi ke? Kita ni nak laksanakan Islam supaya kebajikan masyarakat terbela, rakyat berakhlak, negara jadi aman dan berkat "Islam is the way of Life" bukannya "Islam is one way of Life".
Kalau macam nilah pemikiran pemimpin nombor satu Malaysia dan masih dikekalkan sampai bila-bila, alamatnya 5 tahun lagi kita akan ada "Taman Seni Islam", "Taman Budaya Islam", "Taman Teknologi Islam" dan tah apa-apa lagi lah... Dan perkataan "Islam" itu akhirnya tidak membawa maksud apa-apa melainkan untuk ditonton dan dipamerkan sahaja. Dan dalam masa yang sama, duit KITA dihabiskan berbillion-billion ringgit (HUTANG!) untuk tampung kos projek yg bukan-bukan tu. Sedangkan rakyat miskin tegar masih ramai lagi kat Terengganu tu... Soalnya ada perkara lain yang lebih utama! (ihsan: fa)
No comments:
Post a Comment