Wednesday, March 05, 2008

Guna dakwat dibatal -- Ada pihak beli dari luar negara rancang calit kuku pengundi – SPR

PUTRAJAYA 4 Mac – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini membatalkan cadangan penggunaan dakwat kekal pada kuku dalam pilihan raya umum 8 Mac ini.
Pengerusi SPR, Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman berkata, laporan keselamatan yang diterima SPR mendedahkan terdapat pihak tertentu di Malaysia telah membeli dakwat itu dari luar negara...(UM, 5/3/08).
&
PM ulas tindakan SPR
KOTA BHARU 4 Mac – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, langkah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membatalkan cadangan menggunakan tanda dakwat kekal di kuku atau jari tangan pengundi pada pilihan raya umum Sabtu ini bertujuan mengelakkan berlaku penganiayaan di kalangan pengundi berdaftar.
Perdana Menteri berkata, keputusan itu dirasakan perlu bagi SPR untuk mengelakkan pihak-pihak tertentu daripada cuba mengganggu proses pilihan raya dan menghalang pengundi menunaikan tanggungjawab amalan demokrasi itu.

Ulasan: Oleh kerana rekod BN adalah di dalam pilihan raya adalah buruk, maka pihak pembanngkang mempunyai alasan yang kuat untuk mengesyaki pengundi hantu adalah hasil persengkokolan di antara SPR dan BN. Kes yang diputuskan di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu mengenai pengundi hantu di rujuk. Apakah polis kita terlalu lemah menghadapi penjenayah yang di sebutkan oleh SPR? Atau sengaja di lemahkan oleh SPR dan BN.

Apabila BN suka melihat rakyat di cederakan oleh polis FRU bila turun ke jalan raya bila memprotes salahlaku BN menonggang SPR dan menuntut hak pilihan raya yang bersih dan adil, tunggulah masa lupus BN semakin hampir. Janganlah paksa sampai rakyat menolak BN.

Abdullah: Anwar gemar berdolak-dalik, tidak kotakan janji
KEPALA BATAS 4 Mac – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim seorang yang gemar berdolak-dalik dan tidak mengotakan janji...

Ulasan: Kita faham bahawa dulu Anwar Ibrahim dalam Umno/BN. Perangainya dulu sama seperti pemimpin BN/Umno dulu dan sekarang.

Jangan terikut-ikut sentimen tukar kerajaan
BETONG 4 Mac – Pengundi muda dan mereka yang bakal pertama kali mengundi dinasihatkan supaya tidak terikut-ikut dengan sentimen mahu menukar kerajaan sedia ada semata-mata kerana mahukan perubahan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) sedia ada telah terbukti mampu mengubah nasib rakyat dan menjamin masa depan yang lebih baik kepada negara.

Ulasan: Tukarkan kerajaan yang lebih baik memang di izinkan dalam amalan demokrasi. Kita patut keluar dari tempurung yang menyebabkan kita menggunakan akal.

Pas guna mimbar hentam BN
PASIR MAS 4 Mac – Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Bachok, Datuk Dr. Awang Adek Hussin mendedahkan sikap Pas yang terus menggunakan mimbar masjid di negeri ini sebagai kempen politik mereka untuk pilihan raya ini.
Kata Timbalan Menteri Kewangan itu, dalam kempen Pas itu, mereka telah menggambarkan Barisan Nasional (BN) seperti tentera bergajah Abrahah yang datang untuk memusnahkan Kaabah iaitu Kelantan yang diperintah oleh parti itu.

Ulasan: Abrahah dan tenteranya musnah dengan tindakan burung kecil ciptaan Allah. Sila berdepan secara gentleman. Bukan dengan cara yang kotor.

Hishammuddin cabar Anwar
KEPALA BATAS 4 Mac – Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menjelaskan kenapa beliau tidak melaksanakan pendidikan percuma ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri dahulu.
Menurut Hishammuddin, Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempunyai masa selama tiga hari untuk berbuat demikian sebelum hari membuang undi pada 8 Mac ini...

Ulasan: Dulu dia bawah PM dari BN. Setelah di pecat dan di hukum melalui mahkamah kartun, sekarang dia bebas, dan boleh fikir dengan bebas. Jom berfikir diluar kotak yang ada: Tinggalkan BN.

Kerajaan terus mantapkan pendidikan
KOTA TINGGI 4 Mac – Kerajaan akan terus memantapkan lagi bidang pendidikan untuk melahirkan modal insan yang cemerlang dan berkualiti bagi memastikan kesinambungan pembangunan negara pada masa depan.
Calon BN Parlimen Kota Tinggi, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, ia termasuk melengkapkan ilmu dan kemahiran golongan pelajar yang akan menjadi pemimpin dan meneruskan kemakmuran negara pada masa akan datang.

Ulasan: Hanya menghasilkan modal insan yang cemerlang dan berkualiti untuk menjadi pekerja tetapi rosak dari segi spiritual dan cara hidup bebas kerana BN tidak menutup jalan-jalan berlakunya zina.

Projek pusat di Kelantan banyak terbengkalai - MB
KOTA BHARU, 4 Mac (Hrkh) - Sambil mengulangi bahawa tidak ada sebab bagi rakyat Kelantan memberikan undi kepada Barisan Nasional (BN), Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendedahkan banyak projek kerajaan pusat di negeri itu yang terbengkalai...

Ulasan: Bila rasuah dan penyelewengan bermaharajalela, pemimpin politik BN jadi kaya..

Salah laku: Polis terima 53 laporan
KOTA BHARU 4 Mac – Polis Kelantan menerima sebanyak 53 laporan daripada wakil-wakil parti dan orang ramai berhubung kejadian salah laku sejak penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-12 sehingga kini.
Daripada jumlah laporan itu, sebanyak 26 kertas siasatan dibuka untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan menyebabkan kerugian.

Ulasan: Siasat jangan tak siasat, dan bawa ke mahkamah jangan kira siapa.

Pas tidak wajar guna kekerasan – MB
ALOR STAR 4 Mac – Tindakan Pas yang sedia menggunakan kekerasan bagi menghalang kemasukan pengundi hantu pada Pilihan Raya Umum ke-12 jelas bertentangan dengan ideologi parti itu yang mahu memperjuangkan negara Islam.
Menteri Besar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, Barisan Nasional (BN) beroleh kemenangan pada setiap pilihan raya bukan disebabkan oleh pengundi hantu tetapi kerana rakyat percaya dengan kebolehan BN mentadbir negara.

Ulasan: Kerajaan BN perlu bermaruah. Jangan menipu dalam pilihan raya kerana rakyat ada maruah. Jangan paksakan rakyat turun menuntut hak.

Pembangkang umpama langau – MB
SEREMBAN 4 Mac. – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan tindak-tanduk pembangkang yang hanya tahu bercakap dan berjanji kosong untuk meraih undi rakyat tidak ubah seperti ‘langau’ pada Pilihan Raya Umum Ke-12.

Ulasan: Pemimpin BN lebih suka tiada pembangkang supaya mereka boleh membazirkan wang negeri dan negara sesuka hati. Pemimpin BN/Umno semakin kaya, rakyat merempat di sana sini.

Harta pengedar dadah disita
SEREMBAN 4 Mac - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri menyita harta bernilai RM525,940 daripada pengedar dadah sepanjang tahun lepas termasuk akaun bank bernilai RM322,874.
Ketua Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Supritendan Ravichandran Ramachandran berkata, antara harta yang disita termasuk lima buah kereta, 14 motosikal, 19 telefon bimbit, barangan elektrik, wang tunai dan barangan kemas.

Ulasan: Apalah sangat pengedar dadah berbanding towkey dadah? 1,000 bilis kena pun tak selesai masalah dadah selagi towkey dadah selamat via rasuah. Hasilnya rasuah memusnah negara.

Sekatan baru ke atas Iran - Disokong 14 ahli Majlis Keselamatan PBB
NEW YORK 4 Mac – Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenakan sekatan baru ke atas Iran semalam kerana enggan menggantung program pengayaan uranium dan aktiviti sensitif lain.
Teheran bagaimanapun menolak keputusan itu sebagai menyalahi undang-undang antarabangsa.
Dalam pengundian di Majlis yang terdiri daripada 15 anggota itu, 14 negara menyokong resolusi sekatan berkenaan dan sebuah negara, Indonesia mengambil sikap berkecuali.
Dua resolusi sekatan sebelum ini diluluskan secara sebulat suara pada Disember 2006 dan Mac 2007, tetapi duta-duta Majlis menyifatkan mesej kepada Iran semalam sebagai “lebih tegas”.
Libya, Vietnam dan Afrika Selatan serta Indonesia telah menyuarakan beberapa bantahan tetapi kesemuanya kecuali Jakarta akhirnya akur berikutan lobi intensif oleh kuasa Barat.

Ulasan: Di BB, ternyata yang negara kuat dengan senang memakan yang lemah...

No comments: