KUALA LUMPUR 5 Mac – Para pemimpin UMNO menyokong tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membatalkan penggunaan dakwat kekal di kuku pada pilihan raya umum kali ini jika ia bertujuan mempermudah proses pembuangan undi, Sabtu ini...
Ulasan: Tak mungkin ada pemimpin Umno yang tidak suka dengan apa yang di buat SPR. Tapi khabarnya MCA tak setuju dengan keputusan last minute itu. Bercakaplah dari hati: Penggunaan dakwat kekal untuk mengelakkan pengundian berulang kali. Kalau pun nak menang, jangan tipu rakyat kerana kuasa rakyat akan tentukan kerajaan.
Anwar terdesak -- Penasihat PKR sanggup cemar imej negara sendiri di Singapura
KUALA LUMPUR 5 Mac – Para pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah terdesak sehingga sanggup mencemarkan imej negara sendiri di Singapura.
Mereka juga marah dengan dakwaan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang menyebarkan fitnah kepada media asing kononnya hanya penipuan besar-besaran dapat menghalang pembangkang daripada menafikan majoriti dua pertiga BN pada pilihan raya umum 8 Mac ini.
Ulasan: Kenapa takut dengan media asing kalau kerajaan BN berakhlak baik?
Anwar tidak bertanggungjawab – Abdullah
PULAU PINANG 5 Mac – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan pemimpin tulen kerana tindak-tanduknya menunjukkan beliau seorang yang tidak bertanggungjawab.
Perdana Menteri berkata, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu telah ditolak oleh UMNO yang menunjangi Barisan Nasional (BN).
‘‘Dia tidak penting kepada saya, tidak penting kepada UMNO. Dia tidak ada kawan dalam UMNO sebab itu dia lawan UMNO...
Ulasan: Kalau sungguh Anwar is not relevant, kenapa pilihan raya tidak di buat selepas April 2008?
Jangan halang pengundi luar balik mengundi
KUALA TERENGGANU 5 Mac – Datuk Seri Najib Tun Razak memberi amaran kepada parti pembangkang supaya tidak menghalang pengundi luar yang pulang ke kawasan masing-masing untuk mengundi Sabtu ini kerana mereka bukannya pengundi hantu...
Ulasan: Tapi rekod buruk BN menunjukkan penipuan BN dalam pilihan raya boleh berlaku.
Jangan jadi ‘kacang lupakan kulit’
MARAN 5 Mac – Presiden Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM), Datuk Ramli Ismail menegur segelintir peneroka yang bersikap seperti ‘kacang lupakan kulit’ apabila masih tidak berpuas hati dengan layanan istimewa kerajaan terhadap golongan berkenaan.
Tegas beliau, ungkapan ‘apa lagi yang peneroka mahu’ yang disuarakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini dianggap amat sinis kepada peneroka yang masih tidak berterima kasih.
Katanya, peneroka tidak harus melupakan jasa kerajaan dan Felda yang berjaya meningkatkan taraf hidup mereka berbanding 50 tahun lalu.
Ulasan: BN pun jangan lupa jasa rakyat kerana telah mengundinya selama ini. Peneroka yang merdeka mahu tinggalkan tempurung yang telah menghadkan pemikiran kita. Kenapa BN risau?
DAP mimpi kosong – MB
MUAR 5 Mac – Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, DAP hanya memasang angan-angan dan mimpi kosong untuk menawan satu kerusi Parlimen dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-12 ini.
Beliau yakin rakyat Johor tidak akan menerima parti pembangkang sama ada DAP, Pas atau Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana telah terbukti Barisan Nasional (BN) banyak membawa pembangunan pesat kepada rakyat negeri ini...
Ulasan: Sudah 50 tahun merdeka tapi BN menjadikan pembangunan menjadi modal utama. Wang negara di gunakan untuk pembangunan. BN tak keluarkan duitnya sendiri untuk membangun negara. Kita bercakap mengenai kerajaan BERSIH dan BEBAS DARI RASUAH sebagai pengurus wang negara. Pernah lihat pemimpin BN miskin?
Bumiputera digesa rebut peluang di WPI
JOHOR BAHRU 5 Mac – Kaum bumiputera digesa merebut peluang perniagaan dalam Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan bagi mempertingkatkan taraf hidup mereka.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kaum bumiputera harus bijak merebut peluang itu dan tidak lagi mengharapkan kerja makan gaji dengan kerajaan.
Ulasan: Rakyat di galakkan kerja siang malam untuk mempertingkatkan taraf hidup mereka tetapi pemimpin BN/UMNO semakin kaya.
No comments:
Post a Comment